window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu

Faisal · Dec 7, 2020 01:00 PM

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 01

Selepas 8 tahun sejak pelancaran Nissan Almera yang pertama, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Almera generasi kedua pada September yang lalu. Sedan segmen B ini bermula daripada RM 79.9k untuk varian pengenalan VL hingga RM 91.3k untuk varian teratas VLT.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 02

Sekarang, mari kita lihat 5 fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu mengenai Nissan Almera 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Antara kereta paling menjimatkan minyak yang pernah kami uji

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 01

Nissan Almera terdahulu mengunakan enjin 1.5L aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Kadar penggunaan bahan apinya adalah sebanyak 6.7 liter/100 km.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 02

Nissan Almera baru pula menggunakan enjin 1.0L turbo 3-silinder yang lebih canggih. Ia turut dipadankan dengan transmisi CVT.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 03

Menurut ETCM, tren kuasa ini menggunakan bahan api sebanyak 5.4 liter/100 km dibawah ujian NEDC R101. Berdasarkan ujian kami, Nissan Almera hanya menggunakan 5.19 liter/100 km – antara kereta yang paling efisien yang pernah kami uji.

2. Enjin 1.0L turbo yang cukup berkuasa

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 04

Walaupun berkapasiti kecil, teknologi turbo banyak membantu dalam memberikan kuasa seperti enjin yang berkapasiti besar.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 05

Secara teknikal, enjin ini menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork daripada 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Maka itu, memecut dan memotong terasa mudah.

Walaupun kuasa (PS) kurang daripada Honda City dan Toyota Vios, Nissan Almera memiliki lebih tork daripada pesaingnya dimana ia lebih bermanfaat untuk kegunaan harian.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 06

3. Antara kereta yang paling selamat

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 07

Buat kali pertamanya, Nissan Almera di Malaysia didatangkan dengan kawalan kestabilan dan cengkaman.

Pada masa yang sama, varian VLP dan VLT hadir dengan 6 beg udara seperti Honda City dan Toyota Vios.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 08

Selain daripada pembaharuan ini, Nissan Almera baru hadir dengan Intelligent Forward Collision Warning (FCW) dan Intelligent Forward Emergency Braking (AEB). Buat masa sekarang, tiada pesaing lain yang mendatangkan kedua-dua ciri ini secara standard.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 09

Malah untuk varian teratas VLT, Nissan Almera dilengkapi dengan Blind Spot Warning (BSW) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

4. Pemanduan yang cukup senyap

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 10

Antara ciri yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dialami ialah kesenyapan kabin.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 11

Berbanding di Thailand, Nissan Almera di Malaysia dilengkapi dengan penebat bunyi yang lebih banyak untuk meningkatkan tahap kesenyapan kabin.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 12

Berdasarkan ujian kami, Nissan Almera mencatatkan bacaan bunyi serendah 68 dB pada kelajuan 110 km/j.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 13

Di samping itu, jurutera Nissan turut menghasilkan kabin yang cukup kedap daripada sebarang gegaran oleh enjin 3-silinder di hadapan.

5. Lebih selesa daripada Honda City

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 14

Mengejutkan bukan? Nissan Almera kali ini lebih selesa daripada Honda City.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 15

Teknologi Zero Gravity pada kerusi Nissan Almera memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang seperti mereka berada di dalam sebuah kereta segmen C.

Gabungan kerusi Zero Gravity, talaan suspensi yang baik serta tambahan pada penebat bunyi menjadikan Nissan Almera antara sedan segmen B yang paling selesa ketika ini.

5 fakta menarik mengenai Nissan Almera 2020 yang mungkin anda tidak tahu 16

Anda boleh dapatkan Nissan Almera serendah RM 688 bulanan. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda