window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

Faisal · Jan 8, 2021 07:00 PM

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 01

Sesetengah pihak berpendapat bahawa struktur cukai jalan (road tax) di negara kita agak melampau. Malah mereka menggesa industri untuk guna sistem yang berasaskan kadar pelepasan (emission-based). Salah satu cara untuk membayar road tax dengan murah ialah dengan enjin yang berkapasiti lebih kecil. Dalam erti kata lain, pembeli harus memiliki kereta yang menggunakan enjin turbo ataupun hibrid.

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 02

Harga road tax yang mahal mungkin menjadi penghalang buat pembeli. Sebab inilah kereta dengan enjin V8 jarang dijumpai di Malaysia. Kereta terpakai dengan enjin berkapasiti besar tidak digemari sama sekali kerana harga road tax sahaja sudah separuh daripada harga kereta tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 01

Jadi, semahal manakah road tax di Malaysia boleh jadi? Khas untuk anda, inilah 5 kereta yang mempunyai harga road tax yang tertinggi di Malaysia. Mari kita mulakan dengan harga yang paling munasabah terlebih dahulu.

#5: Bentley Continental GT (6.0L) – RM 15,630

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 02

#4: Lamborghini Aventador (6.5L); Ferrari 812 (6.5L) – RM 17,880

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 03

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 04

#3: BMW 7 Series V12 (6.6L); Rolls-Royce Ghost (6.6L) – RM 18,330

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 05

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 06

#2: Rolls-Royce Phantom/ Bentley Mulsanne (6.75L) – RM 19,005

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 07

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 08

#1: Bugatti Chiron (8.0L) – RM 24,360

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 09

Nampaknya senarai ini didominasi oleh kereta dari syarikat Volkswagen dan BMW. Di tangga ke-5 sahaja pun sudah enjin 6.0L.

Kenapa harga road tax kereta ini begitu tinggi?

Walaupun pemilik kereta sebegini sendiri tidak kisah dengan harga road tax yang melambung, jawapannya terletak pada kapasiti enjin serta kadar progresif yang lebih tinggi buat enjin yang menghampiri kapasiti 3.0L (RM 4/cc).

Cara termudah untuk anda mengira harga road tax ialah dengan menggunakan road tax calculator oleh WapCar.

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 10

Inilah contoh harga road tax mengikut kapasiti enjin:

Road tax kereta persendirian di Semenanjung
Kapasiti enjin (cc) Kadar asas Kadar progresif/cc Harga road tax
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 55 - RM 55
1,201-1,400 RM 70 - RM 70
1,401-1,600 RM 90 - RM 90
1,601-1,800 RM 200 RM 0.40 RM 200-280
1,801-2,000 RM 280 RM 0.50 RM 280-380
2,001-2,500 RM 380 RM 1.00 RM 381-880
2,501-3,000 RM 880 RM 2.50 RM 882-2,130
>3,000 RM 2,130 RM 4.00 RM 2,134.+

Untuk mengira road tax kenderaan, terdapat kadar asas dan kadar progresif. Kalau anda betul-betul nak jimat, beli kereta dibawah 1,000 cc (1.0L).

Berdasarkan jadual yang diberi, tidak hairanlah sekiranya banyak jenama enggan membawa masuk enjin besar. Walaupun ditawarkan dengan enjin 6.6L V12, BMW 7 Series di Malaysia hadir dengan varian PHEV dimana ia menggunakan enjin yang jauh lebih kecil.

Sekiranya anda perasan diantara kelima-lima kereta itu, tiada satu pun kereta jenis SUV. Sebabnya? Kadar progresif untuk kereta jenis SUV, MPV, dan pikap adalah lebih rendah.

Road tax SUV, MPV, dan pikap di Semenanjung
Kapasiti enjin (cc) Kadar asas Kadar progresif/cc Harga road tax
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 85 - RM 85
1,201-1,400 RM 100 - RM 100
1,401-1,600 RM 120 - RM 120
1,601-1,800 RM 300 RM 0.30 RM 300-360
1,801-2,000 RM 360 RM 0.40 RM 361-440
2,001-2,500 RM 440 RM 0.80 RM 441-840
2,501-3,000 RM 840 RM 1.60 RM 841-1,650
>3,000 RM 1,640 RM 1.60 RM 1,641.+

Kereta jenis sedan dan sport dicaskan sehingga RM 4/cc. Sebagai perbandingan, kereta jenis SUV dan MPV dicaskan sehingga RM 1.60/cc sahaja – 60% lebih rendah.

Selain kapasiti enjin, lokasi kereta anda didaftarkan juga mempengaruhi harga road tax. Kereta yang didaftar di Sabah, Sarawak, dan Labuan akan dicaskan road tax yang lebih rendah kerana infrastruktur jalan di sana agak berbeza.

Walaupun road tax Bugatti Chiron di sana lebih murah, anda tidak akan ada jalan yang cukup untuk menikmatinya.

Road tax kereta persendirian di Sabah, Sarawak & Labuan
Kapasiti enjin (cc) Kadar asas Kadar progresif/cc Harga road tax
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 44 - RM 44
1,201-1,400 RM 56 - RM 56
1,401-1,600 RM 72 - RM 72
1,601-1,800 RM 160 RM 0.32 RM 160-224
1,801-2,000 RM 224 RM 0.25 RM 224-274
2,001-2,500 RM 274 RM 0.50 RM 274-524
2,501-3,000 RM 524 RM 1.00 RM 525-1,024
>3,000 RM 1,024 RM 1.35 RM 1,025.+

Inilah antara sebab mengapa varian yang berkapasiti besar lebih laku di sana berbanding di Semenanjung Malaysia.

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 11

Contohnya, Isuzu D-Max varian 3.0L.

Road tax SUV, MPV & pikap di Sabah, Sarawak & Labuan
Kapasiti enjin (cc) Kadar asas Kadar progresif/cc Harga road tax
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 42.50 - RM 42.50
1,201-1,400 RM 50 - RM 50
1,401-1,600 RM 60 - RM 60
1,601-1,800 RM 165 RM 0.17 RM 165-199
1,801-2,000 RM 199 RM 0.22 RM 199-243
2,001-2,500 RM 243 RM 0.44 RM 243-463
2,501-3,000 RM 463 RM 0.88 RM 464-903
>3,000 RM 903 RM 1.20 RM 904.+

Mengenai kereta elektrik, road tax dicaskan mengikut output maksimum kereta tersebut.

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia 12

Porsche Taycan: Kereta elektrik pertama dari Porsche

Oleh itu, adakah anda mahu standard road tax yang dicaskan berdasarkan kuasa maksimum kenderaan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Bentley Continental GT V8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda