5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia
Faisal · Jan 8, 2021 07:00 PM
Sesetengah pihak berpendapat bahawa struktur cukai jalan (road tax) di negara kita agak melampau. Malah mereka menggesa industri untuk guna sistem yang berasaskan kadar pelepasan (emission-based). Salah satu cara untuk membayar road tax dengan murah ialah dengan enjin yang berkapasiti lebih kecil. Dalam erti kata lain, pembeli harus memiliki kereta yang menggunakan enjin turbo ataupun hibrid.
Harga road tax yang mahal mungkin menjadi penghalang buat pembeli. Sebab inilah kereta dengan enjin V8 jarang dijumpai di Malaysia. Kereta terpakai dengan enjin berkapasiti besar tidak digemari sama sekali kerana harga road tax sahaja sudah separuh daripada harga kereta tersebut.
Jadi, semahal manakah road tax di Malaysia boleh jadi? Khas untuk anda, inilah 5 kereta yang mempunyai harga road tax yang tertinggi di Malaysia. Mari kita mulakan dengan harga yang paling munasabah terlebih dahulu.
#5: Bentley Continental GT (6.0L) – RM 15,630
#4: Lamborghini Aventador (6.5L); Ferrari 812 (6.5L) – RM 17,880
#3: BMW 7 Series V12 (6.6L); Rolls-Royce Ghost (6.6L) – RM 18,330
Nampaknya senarai ini didominasi oleh kereta dari syarikat Volkswagen dan BMW. Di tangga ke-5 sahaja pun sudah enjin 6.0L.
Kenapa harga road tax kereta ini begitu tinggi?
Walaupun pemilik kereta sebegini sendiri tidak kisah dengan harga road tax yang melambung, jawapannya terletak pada kapasiti enjin serta kadar progresif yang lebih tinggi buat enjin yang menghampiri kapasiti 3.0L (RM 4/cc).
Cara termudah untuk anda mengira harga road tax ialah dengan menggunakan road tax calculator oleh WapCar.
Inilah contoh harga road tax mengikut kapasiti enjin:
Road tax kereta persendirian di Semenanjung
Kapasiti enjin (cc)
Kadar asas
Kadar progresif/cc
Harga road tax
<1,001
RM 20
-
RM 20
1,001-1,200
RM 55
-
RM 55
1,201-1,400
RM 70
-
RM 70
1,401-1,600
RM 90
-
RM 90
1,601-1,800
RM 200
RM 0.40
RM 200-280
1,801-2,000
RM 280
RM 0.50
RM 280-380
2,001-2,500
RM 380
RM 1.00
RM 381-880
2,501-3,000
RM 880
RM 2.50
RM 882-2,130
>3,000
RM 2,130
RM 4.00
RM 2,134.+
Untuk mengira road tax kenderaan, terdapat kadar asas dan kadar progresif. Kalau anda betul-betul nak jimat, beli kereta dibawah 1,000 cc (1.0L).
Berdasarkan jadual yang diberi, tidak hairanlah sekiranya banyak jenama enggan membawa masuk enjin besar. Walaupun ditawarkan dengan enjin 6.6L V12, BMW 7 Series di Malaysia hadir dengan varian PHEV dimana ia menggunakan enjin yang jauh lebih kecil.
Sekiranya anda perasan diantara kelima-lima kereta itu, tiada satu pun kereta jenis SUV. Sebabnya? Kadar progresif untuk kereta jenis SUV, MPV, dan pikap adalah lebih rendah.
Road tax SUV, MPV, dan pikap di Semenanjung
Kapasiti enjin (cc)
Kadar asas
Kadar progresif/cc
Harga road tax
<1,001
RM 20
-
RM 20
1,001-1,200
RM 85
-
RM 85
1,201-1,400
RM 100
-
RM 100
1,401-1,600
RM 120
-
RM 120
1,601-1,800
RM 300
RM 0.30
RM 300-360
1,801-2,000
RM 360
RM 0.40
RM 361-440
2,001-2,500
RM 440
RM 0.80
RM 441-840
2,501-3,000
RM 840
RM 1.60
RM 841-1,650
>3,000
RM 1,640
RM 1.60
RM 1,641.+
Kereta jenis sedan dan sport dicaskan sehingga RM 4/cc. Sebagai perbandingan, kereta jenis SUV dan MPV dicaskan sehingga RM 1.60/cc sahaja – 60% lebih rendah.
Selain kapasiti enjin, lokasi kereta anda didaftarkan juga mempengaruhi harga road tax. Kereta yang didaftar di Sabah, Sarawak, dan Labuan akan dicaskan road tax yang lebih rendah kerana infrastruktur jalan di sana agak berbeza.
Walaupun road tax Bugatti Chiron di sana lebih murah, anda tidak akan ada jalan yang cukup untuk menikmatinya.
Road tax kereta persendirian di Sabah, Sarawak & Labuan
Kapasiti enjin (cc)
Kadar asas
Kadar progresif/cc
Harga road tax
<1,001
RM 20
-
RM 20
1,001-1,200
RM 44
-
RM 44
1,201-1,400
RM 56
-
RM 56
1,401-1,600
RM 72
-
RM 72
1,601-1,800
RM 160
RM 0.32
RM 160-224
1,801-2,000
RM 224
RM 0.25
RM 224-274
2,001-2,500
RM 274
RM 0.50
RM 274-524
2,501-3,000
RM 524
RM 1.00
RM 525-1,024
>3,000
RM 1,024
RM 1.35
RM 1,025.+
Inilah antara sebab mengapa varian yang berkapasiti besar lebih laku di sana berbanding di Semenanjung Malaysia.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen