window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm!

Mersita · Nov 25, 2020 08:00 PM

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 01

Sekarang kan musim hujan. Faham-faham sajalah, banjir kilat boleh terjadi di mana-mana. Secara amnya, kami tak sarankan anda untuk berani-berani redah banjir atas pelbagai sebab. Tapi, kalau betul-betul terpaksa, anda boleh baca tip kami di sini.

Flash flood in Kuala Lumpur

Apa-apa pun, topik kita kali ini adalah untuk menyenaraikan kereta-kereta yang mempunyai kedalaman peluncuran atau 'wading depth' yang paling tinggi. Kenderaan yang dicadangkan dibawah ada dijual di Malaysia dan anda boleh pertimbangkan pilihan-pilihan ini jika anda tinggal di kawasan yang mudah dilanda banjir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Land Rover Discovery, 900 mm

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 01

Land Rover agak sinonim dengan pemanduan lasak atau ‘off-road’. Kenderaan ‘off-road’ ini perlu mempunyai parameter asas yang baik seperti ‘approach’ dan ‘departure angles’, perjalanan roda, dan juga kedalaman peluncuran.

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 02

Land Rover Discovery mempunyai kedalaman peluncuran 900 mm dengan suspension udara. Sebenarnya, Range Rover yang lebih besar pun mempunyai kedalaman peluncuran 900 mm, tapi kami pilih Discovery sebab ia lebih murah. Harganya ialah RM 729,800 ketika ia diperkenalkan pada tahun 2018.

2. Ford Ranger Raptor, 850 mm

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 03

Ford Ranger Raptor, dengar nama pun dah gerun. Apatah lagi jika dilihat depan mata, ia adalah trak pikap berprestasi tinggi dengan komponen mekanikal yang lebih ‘fancy’ berbanding Ford Ranger biasa. Ia berharga RM 208,888 (OTR tanpa insurans).

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 04

Jika dibandingkan dengan Ranger biasa, badannya dinaikkan sedikit dalam 50 mm – membawa kepada kedalaman peluncuran 850 mm dengan jarak pelepasan tanah sehingga 283 mm. Tapi, jika Raptor terlalu ekstrim untuk anda, Ranger biasa yang mempunyai kedalaman peluncuran 800 mm pun masih agak mengagumkan.

3. Nissan Leaf, 700 mm

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 05

Air dan elektrik kalau nak diikutnya bukanlah pasangan yang baik. Tapi, jangan terkejut jika kami beritahu yang kereta elektrik penuh, Nissan Leaf, mempunyai kedalaman peluncuran 700 mm! Anda ‘confirm’ tak salah baca. 700 mm ialah kedalaman peluncuran yang lebih kurang sama dengan trak pikap seperti Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton.

Bagaimana? Pek-per baterinya serta semua komponen bervoltan tinggi ditutup rapi iaitu perkara biasa bagi kebanyakan kenderaan elektrik. Oleh itu, risiko biasa yang sering dihadapi kereta dengan enjin pembakaran bahan api biasa tidak relevan bagi kenderaan elektrik.

Namun, kebanyakan pengilang kenderaan elektrik tidak menyarankan anda untuk meredah banjir dengan kereta ini. Walaupun semua komponen ditutup rapi, masih ada risiko untuk air banjir menyusup masuk ke dalamnya. Oleh itu, gunalah juga sedikit ‘common sense’ sebelum anda nak selamkan kereta anda ke dalam banjir.

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 06

Jika anda berminat dengan Nissan Leaf, ia boleh didapati dengan harga RM 181, 263.

4. Toyota Fortuner, 700 mm

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 07

Seperti yang kami nyatakan tadi, 700 mm ialah angka biasa bagi kedalaman peluncuran trak pikap. Memandangkan Toyota Fortuner adalah berdasaran Toyota Hilux, kedalaman peluncurang Fortuner sama pada 700 mm.

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 08

Angka ini sama dengan SUV berdasarkan trak yang lain. Ford Everest yang mempunyai kedalaman peluncuran 800 mm sama dengan Ford Ranger. Tapi, memandangkan Fortuner bukanlah sebuah trak, ia tertakluk pada duti eksais dan dijual pada harga yang lebih mahal. Tambahan pula, ia turut menikmati pengecualian SST yang berjalan masa ini. Harga bermula dari RM 162,178 hingga RM 184,431.

5. Mercedes-Benz G-Class, 700 mm

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 09

Diangkat sebagai “Godfather of SUVs”, Mercedes-Benz G-Class (kadangkala digelar sebagai G wagen) mempunyai kedalaman peluncuran sebanyak 700 mm dengan jarak pelepasan tanah 241 mm.

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 10

Mercedes-Benz G350d AMG Line yang diumumkan baru-baru ini berharga hampir sejuta ringgit iaitu RM 999,888, menjadikannya kereta yang paling mahal dalam senarai ini. Varian AMG G63 pula berharga RM 1,464,888 apabila ia mula-mula diperkenalkan pada 2018.

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm! 11

Setakat ini, itu saja kereta-kereta yang kami rasakan boleh menghadap banjir dengan lebih baik sedikit berbanding kereta lain. Ada lagi kereta-kereta lain yang tidak dinyatakan dan kebanyakan trak pikap yang juga sesuai tidak dimasukkan sekali dalam entri kali ini. Walaupun begitu, kami masih sarankan anda untuk cuba mengelak daripada meredah banjir kerana kedalaman pada sesetengah tempat tidak boleh dijangka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda