window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Haris · Jan 20, 2021 08:00 PM

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 01

Landskap ekonomi yang kurang menentu ketika ini sedikit sebanyak akan mencuit perasaan untuk memulakan perniagaan. Tahukah anda, di waktu sukar ini, kereta terpakai mengalami permintaan yang mendadak?

Bagi mereka yang kurang bernasib baik, sekarang adalah masa yang terbaik untuk merancang. Lagipun, kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk memiliki 1 kenderaan untuk pelbagai kegunaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 01

Sempoi

Jika anda mahu bermula dengan langkah kanan, apa kata pastikan kenderaan untuk mencari rezeki tersebut boleh dipercayai dan tahan lama. Pada julat harga di bawah RM 20k, berikut adalah 5 kenderaan bajet untuk peniaga kecil!

1. Nissan Vanette C22

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 02

Oleh Effy Sukri

Pencetus nama van pasar malam, keandalan Nissan Vanette C22 ini sudah lama terbukti. 13 tahun dalam pengeluaran menjadikan model ini model Nissan paling lama dalam pasaran Malaysia.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 03

Kabin dalaman retro klasik

Kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2010, Nissan Vanette masih boleh didapati kurang daripada 20 tahun pada harga yang mampu milik.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 04

Model separa panel

Varian Nissan Vanette terdiri daripada panel penuh, lori pikap dan sebagainya memerlukan lesen PSV / GDL tetapi van Nissan Vanette biasa (dengan tingkap) cuma memerlukan lesen biasa. Van Nissan Vanette ini dikuasakan dengan enjin 1.5 liter A15 yang sudah terbukti tahan dan menjana sebanyak 82 PS kuasa kuda.

2. Toyota Hiace

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 05

Toyota Hiace diesel

Toyota Hiace takkan dilupakan sekiranya Nissan Vanette disenaraikan. Toyota Hiace dikuasakan oleh enjin 2.0 liter keatas dengan pilihan minyak petrol atau diesel. Kapasiti enjin sahaja lebih tinggi daripada Nissan Vanette.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 06

Toyota Liteace

Kekurangan Toyota Hiace (dan Toyota LiteAce) adalah pada harga bawah RM 20k, pilihan yang ada cuma model sebelum tahun 2000.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 07

Set up yang ringkas

Jika ini salah satu kebimbangan anda, jangan khuatir. Hal ini kerana, memelihara sebuah kenderaan komersial atas 20 tahun bukanlah sesuatu yang janggal kerana kenderaan komersial direka untuk tahan lebih lama berbanding kenderaan penumpang.

3. Renault Kangoo

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 08

Sangat underrated?

Renault Kangoo mungkin sebuah kenderaan yang selalu terlepas pandang. Disebabkan ini, harga susut nilai kenderaan ini kini menyebelahi pembeli kereta terpakai.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 09

Foto oleh Shafiee Ismail

Ruang belakang pada Renault Kango tanpa melipat kerusi belakang adalah sebesar 650 liter. Tanpa kerusi, kapasiti ruangan belakang meningkat 4 kali ganda. Cukup besar untuk anda?

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 10

District Paradise Auto menggunakan Renault Kangoo

Jimat minyak, ruang dalaman yang luas dan aspek keselamatan yang bagus adalah antara ciri-ciri terbaik Renault Kangoo. Tidak keterlaluan juga untuk memuji rekaan luar yang unik, memberikan anda gaya yang tersendiri.

Hadir dengan pilihan enjin petrol dan diesel (hanya untuk pendaftaran syarikat sahaja), Renault Kangoo adalah pilihan yang selalu terlepas pandang tetapi masih relevan dalam senarai ini.

4. Perodua Myvi generasi pertama

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 11

Tidak mengejutkan, Perodua Myvi memang sudah banyak digunakan bagi peniaga yang baru berjinak-jinak.

Perodua Myvi generasi pertama mempunyai kapasiti but belakang yang paling besar dalam keseluruhan generasi Myvi (setakat ini) iaitu 225 liter. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang but belakang menjadi 630 liter.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 12

Gelak membaca tapi tergamam dengan kehebatannya

Praktikal, mudah dijaga dan serba guna, reputasi Perodua Myvi sememangnya tak boleh dipertikaikan lagi. Model Perodua Myvi generasi pertama menggunakan enjin yang terbukti, 1.3 liter DVVT K3-VE yang menghasilkan sebanyak 91 PS dan 117 Nm. Tork yang tinggi membolehkan Perodua Myvi gagah membawa lebih muatan.

5. Perodua Alza / Proton Exora

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 13

Ruang dalaman Exora

Duo MPV yang dihasilkan untuk menyaingi sesama sendiri ini adalah kenderaan paling akhir dalam senarai ini.

Lebih disasarkan untuk kegunaan membawa penumpang dan muatan, kedua-dua model masih boleh didapati pada harga bawah RM 20k untuk generasi awal.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 14

Ruang dalaman Alza

Kedua-duanya mempunyai ruang but belakang yang kecil apabila tempat duduk barisan ketiga ditegakkan namun sudah tentu ini tidak menjadi masalah jika ia dibaringkan. Cukup untuk membawa muatan perniagaan kecil-kecilan.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 15

Kredit gambar: Roda Pusing

Perhatikan juga dimensi kedua-dua model. Perodua Alza berada dalam segmen B manakala Proton Exora dalam segmen C. 

Sekiranya anda bercadang untuk berniaga secara gerilla atau ‘pacak khemah’, dimensi yang lebih kecil memudahkan anda untuk menyelusup masuk ke dalam kotak parking.

Kesimpulan

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 16

Foto oleh Car Boot Sales Shah Alam

Beberapa model popular seperti Perodua Rusa, Proton Juara dan Proton Arena tidak dapat disenaraikan oleh sebab-sebeb tertentu seperti terlalu berumur dan sedikit mahal. Jika ada model yang anda rasakan menarik, sila letakkan di ruangan komen.

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 17

Aspek ketahanan juga penting dalam memilih sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan. Setiap kenderaan mempunyai tujuan yang spesifik manakala sesetengah kenderaan memang direka tahan lasak untuk kegunaan pelbagai

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni! 18

Air tak tumpah dalam kereta

Turut diingatkan juga, sebahagian senarai kereta di atas memerlukan pemandu untuk mengambil lesen memandu vokasional (lebih spesifik lagi, lesen PSV/GDL) untuk membenarkan kenderaan tersebut dipandu secara sah.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda