window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain

Mersita · Sep 27, 2020 11:50 AM

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 01

Di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan terutama sekali di Sabah dan Sarawak, permukaan jalanrayanya sangat teruk dan berlubang-lubang – sampaikan bila anda memandu, anda terasa seperti bermain Subway Surfer. Berdasarkan pengalaman peribadi, penat bukan saja sebab perjalanan jauh, tapi fokus sepenuhnya terpaksa diberi kerana keadaan jalan yang kadangkala berbatu agak mencabar untuk kereta kecil.

Keadaan jalan sebegini pasti membuatkan ramai pelanggan di negeri Borneo itu memilih untuk membeli kereta yang mempunyai jarak pelepasan tanah (‘ground clearance’) yang luas seperti trak pikap Hilux. Jangan hairan kalau anda lihat trak pikap 4x4 berselerak di sana – pilihan ini bukannya untuk gaya, tapi ia juga untuk keperluan.

Tapi, barangkali ada yang mahukan alternatif bagi Toyota Hilux atau Ninja King. Pasti ada yang mahukan kereta tinggi yang juga untuk kegunaan harian yang lebih sesuai dengan gaya hidup biasa. Salah satu kriteria yang sering dicari oleh warga Sabah/Sarawak juga ialah kereta “people mover” ataupun yang mempunyai konfigurasi 7 tempat duduk yang selesa untuk seisi keluarga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, apakah pilihan yang ada sebagai alternatif trak pikap 4x4?

1. Honda BR-V

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 01

Honda BR-V ialah sebuah MPV 7 tempat duduk yang mampu milik dan ia amat sesuai untuk keluarga kecil. Ia menawarkan ruang yang lebih luas berbanding Honda City yang harganya lebih kurang sama.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 02

Jarak pelepasan tanahnya seluas 201 mm juga cukup ‘ngam’ – tak terlalu tinggi sehingga kanak-kanak atau warga emas susah nak masuk, dan jaraknya cukup luas untuk membolehkan anda naik atas pembahagi jalan atau mengharungi banjir kilat.

Tambahan pula, pemanduan BR-V sangat selesa untuk pemandu dan juga penumpang. Penumpang yang duduk di belakang akan rasa lebih selesa berbanding penumpang di dalam Honda City disebabkan oleh trek dan jarak roda BR-V yang lebih lebar dan panjang.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 03

Honda BR-V ditawarkan dalam dua varian – 1.5E dan 1.5V yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter yang sama dengan Honda City/Jazz. Janaan kuasanya cukup tinggi berbanding yang lain dalam senarai ini – 121 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork. Julat harganya bermula dari RM 86,726 - 93,420.

2. Mitsubishi Xpander

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 04

MPV 7 tempat duduk Mitsubishi yang akan dilancarkan tak lama lagi sememangnya MPV keluarga yang tampak paling sasa dan agresif setakat ini. Saiznya lebih lebar dan panjang daripada Honda BR-V dan Perodua Aruz.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 05

Jarak pelepasan tanahnya pula seluas 205 mm, dan tetapan suspensionnya adalah “MacPherson struts” di hadapan dan “torsion beams” di belakang. Enjin petrol 4A91 MIVEC 1.5 liternya mampu menjana 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 06

Mitsubishi Xpander 2020 akan dilancarkan tak lama lagi dan ia akan dipasang tempatan (CKD) di fasiliti baru Mitsubishi di Pekan, Pahang. Ciri uniknya dimana kerusi belakangnya boleh dilipat rata untuk memaksimakan ruang simpanan membuatkannya satu pilihan menarik untuk keluarga besar.

3. Toyota Avanza

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 07

Toyota Avanza menawarkan pemanduan yang selesa dan pengendalian yang bagus. Ia mempunyai jarak pelepasan tanah sebanyak 180 mm. Ia cukup bagus dan tinggi bagi sebuah MPV dalam segmennya, dengan harga bermula dari RM 77,963 - 84,849.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 08

Walaupun ada yang sering membandingkannya dengan Perodua Alza, keluasan jarak bawah kereta jauh lebih tinggi berbanding Alza yang juga ‘sepupunya’ di bawah Daihatsu. Enjin petrol NA 4 silinder 1.5 liternya mampu menjana 105 PS dan 136 Nm dan juga dianggap sebagai antara enjin paling tahan lasak. Kuasanya memacu tayar belakang dan ia ditawarkan dengan transmisi automatik.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 09

Tambahan pula, Avanza baharu mempunyai rupa bentuk hadapan yang seakan-akan Vellfire – lebih ranggi dan sasa berbanding reka bentuk sebelumnya. Tapi, kualiti kemasan ruang dalamannya agak biasa dan tampak tak begitu mewah/premium.

5. Perodua Aruz/Toyota Rush

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 10

Toyota Rush

Antara SUV popular dan mampu milik di Malaysia ialah Perodua Aruz (bermula dari RM 72,900 - 73,226) atau Toyota Rush (bermula dari RM 88,314 - 91,885). Dengan jarak pelepasan tanah seluas 220 mm, Perodua Aruz ialah kenderaan paling murah dalam senarai ini. Aruz ialah kereta yang dilencanakan semula dari Rush dan kedua-duanya dikilangkan di fasiliti Perodua di Rawang.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 11

Perodua Aruz

Kedua-dua SUV 7 tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin petrol Dual VVT-I 4 silinder berkapasiti 1.5 liter yang sama, menjana 105 PS dan 136 Nm, dan dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 12

Cuma ada beberapa perbezaan antara mereka – Rush mempunyai pengesan titik buta (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan kamera 360 darjah. Aruz 1.5AV dan Rush dilengkapi dengan ADAS, ‘dashcam’, dan pembaca Smart Tag. Dengan beza harga RM 20,100, Perodua Aruz jadi pilihan lebih popular.

5. Subaru XV

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 13

Subaru XV dianggap sebagai kereta yang mempunyai pengendalian paling bagus dalam julat harga ini. Enjin ‘boxer’ Subaru juga bermaksud yang enjinnya dipasang lebih rendah, oleh itu pemanduan XV terasa lebih stabil dan tangkas. Ia juga sangat selesa dan senyap untuk dipandu. Harganya bermula dari RM 117,788 – RM 133,788.

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 14

Subaru XV juga mempunyai tetapan pacuan semua roda (AWD) dan Subaru juga adalah satu-satunya syarikat yang boleh menghasilkan susun-atur yang cukup sempurna dan seimbang – menyumbang kepada kualiti pemanduannya. Tapi, memandangkan ia AWD, kecekapan bahan apinya tidak sebagus kereta pacuan roda hadapan seperti HR-V. Ia dikatakan mempunyai penggunaan petrol sebanyak 7.3-liter/100 km, tapi angka ini lebih bagus berbanding Proton X70 (7.6 liter/100 km).

5 kereta tinggi yang bukannya Hilux atau trak pikap lain 15

Enjin ‘boxer’ FB20 2.0 liternya yang mampu menjana 156 PS dan 196 Nm dianggap sebagai salah satu enjin yang paling tahan lasak. Enjin XV ini dipadankan dengan transmisi jenis CVT.

Dah boleh bayangkan kereta idaman anda yang selesa untuk dipandu di jalan rosak, berbatu atau berlubang? Bergantung pada lokasi kediaman atau keutamaan anda dalam pemilihan kereta, aspek seperti jarak pelepasan tanah boleh memudahkan pemanduan anda dan mengurangkan risiko kerosakan akibat jalan rosak. Alah membeli, menang memakai.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda