window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k!

Zamil Syaheer · Aug 2, 2020 12:00 PM

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 01

Kadang-kadang, susah sebenarnya menjadi peminat tegar kereta. Kita dambakan begitu banyak kereta idaman. tetapi tidak mempunyai sumber untuk membeli kesemua sekali. Malah,  apabila diberi pilihan kita akan selalu memilih kereta terpakai yang menyeronokkan berbanding baharu.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 02

Jadi dengan harga di bawah RM 80,000, kami telah mengumpulkan 5 buah kereta yang dapat memberikan senyuman di wajah anda. Kereta yang kami pilih mempunyai pelbagai perbezaan dari segi pacuan roda, jenis badan dan perwatakan.

Perlu kami ingatkan bahawa anda perlu mengumpulkan wang tunai untuk membeli kereta yang berumur 10 tahun atau lebih, kerana pihak bank tidak akan lagi memberi pinjaman (melainkan pinjaman peribadi). Dengan itu, berikut adalah 5 buah kereta yang kami syorkan untuk peminat pemanduan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Toyota MR-S W30 (1999 – 2007)

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 01

Toyota MRS (Midship Runabout-Sports) adalah sebuah roadster pacuan roda belakang yang ringan dan lincah. Malah, anda boleh membuka bumbung untuk gaya yang lebih sambil menghirup udara segar di pagi hari.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 02

Ia dikuasakan oleh enjin 1.8 liter 1ZZ-FED dengan 140 PS dan 171 Nm. Angka itu mungkin kendengaran biasa, tetapi beratnya 996 kg! Ini bermakna MR-S mempunyai nisbah kekuatan-ke-berat yang sangat baik, dan penghitungan senyuman setiap kilometer.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 03

Harganya sekarang berada dalam lingkungan RM 60,000 - 70,000. Model sebelum MRS ini iaitu MR2 W20 sekarang bertukar tangan dengan harga hampir RM 80,000! Untuk keseronokan memandu, tidak banyak yang mampu menyamai dinamik MR-S.

Selain itu, ia adalah Toyota. Ini bermaksud pengalaman pemilikan dan penyelenggaraan tidak akan menyakitkan. Ini haa ada sebuah unit manual untuk dijual.

2. Toyota Altezza / Lexus IS SXE 10 (1998 – 2005)

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 04

Aha, lagi satu Toyota. Walaupun begitu, Menggabungkan pacuan roda belakang, enjin aspirasi natural yang berprestasi dengan kepraktisan 4 pintu, Altezza adalah sebuah sports sedan yang padu.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 05

Ia datang dengan enjin 4 hingga 6 silinder, Namun begitu, model yang kami sangat syorkan ialah versi RS200. Ia dilengkapi dengan enjin 4-silinder 3S-GE Yamaha dengan 210 PS dan 216 Nm tork dengan pilihan kotak gear 6-kelajuan manual atau automatik.

Apa yang menariknya, casis Altezza ditala oleh Hiromu Naruse yang terlibat secara langsung dalam pembikinan Lexus LFA, sekali gus memberikan iadinamik pemanduan yang baik.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 06

Paling menarik, harganya bermula dari RM 30,000 - 40,000 sahaja! Namun, sebuah kereta pada zaman ini semestinya memerlukan pengubahsuaian di sana sini. Baiknya, dari segi mekanikal ia sungguh lasak dan tahan lama. Ini adalah kereta yang bagus untuk dimiliki dan dipandu sekiranya anda memerlukan kereta sporty 4 pintu.

3. Ford Fiesta ST (Generasi ke-6, 2013 – 2019)

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 07

Sekiranya anda tidak memerlukan 4 pintu, mungkin tuan / puan lebih suka hot hatch roda depan dengan pengecas turbo? Ini dia, Ford Fiesta ST! Untuk kereta dengan berat kurang dari 1.2 tan, Fiesta ST mempunyai kuasa 182 PS dan 240 Nm dari enjin 1.6 liter EcoBoost.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 08

Itu bermaksud prestasi yang berpadanan dengan Volkswagen Golf GTI Mk6. Masa 0-100 km / jam pecutan hanya mengambil masa 6.9 saat. Tetapi apa yang menarik disini adalah pengalaman memandu Secara ringkasnya, ia lincah, laju, dan mendorong anda untuk memandunya dengan lasak.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 09

Ada satu unit berharga RM 78,000 di Mudah, dan tidak banyak unit terpakai untuk dijual. Ini adalah petanda bahawa pemilik yang membelinya baru masih seronok menikmati pengalaman pemanduan yang diberi oleh si kecil-kecil cili padi ini.

4. Suzuki Swift Sport ZC32S (2012 – 2017)

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 10

Swift Sport mungkin mempunyai output daya yang rendah pada kertas dengan 136 PS dan 160 Nm tork dari unit kuasa 1.6 liter M16A, tetapi ia tidak kurang menghiburkan untuk memandu daripada Fiesta ST. Ini benar-benar hatchback kecil yang mempesonakan.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 11

Ia akan mendorong anda untuk brek selambat mungkin, mengambil selekoh sambal menjaga kelajuan, dan menggunakan setiap 136 PS dari enjinnya. Ini semua dalam badan 4 pintu yang agak praktikal (namun ruang but tak luaslah).

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 12

Ada sebuah unit bewarna kuning dengan transmisi manual 6-kelajuan yang dijual pada harga RM 62,000. Jarang betul ada yang dijual dengan transmisi manual, kerana terdapat banyak unit yang disenaraikan dengan pilihan automatik CVT. Tunggu apa lagi?

5. Subaru Impreza WRX STI Version 8 (2002 – 2005)

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 13

Sekiranya anda seperti saya yang hidup di era World Rally Championship (WRC) tahun 90-an dan awal 00-an, maka Subaru Impreza WRX STI akan menjadi sesuatu yang mungkin menghiasi dinding bilik tidur anda, takpun dalam garaj Gran Turismo.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 14

Legenda seperti Petter Solberg dan bahkan Tommi Makinen sama-sama mengemudi Impreza versi 8 ini di WRC. Ia datang dengan dua jenis enjin iaitu 2.0 liter pengecas turbo dengan 280 PS dan 394 Nm tork atau 2.5 liter yang menghasilkan 300 PS dan 407 Nm tork.

Kesemua kuasa ini dipasangkan ke sistem pacuan all-wheel drive (AWD) yang boleh ditukar, bersama dengan kota transmisi manual 6-kelajuan. Ini adalah roket gaya rali 4 pintu yang tangkas.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 15

Versi 8 STI, yang dikenali dengan sebutan 'Blobeye' kini dapat dimiliki dengan harga sekitar RM 60,000 hingga 70,000 bergantung pada keadaan kereta. Untuk sebuah mesin homologasi WRC dengan harga yang diminta, murah habis!

Disini ada satu unit yang datang dengan kemasan World Rally Blue yang menjadi trademark Impreza WRX STi.

5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh dibeli bawah RM 80k! 16

Ini dia, 5 kereta untuk peminat pemanduan yang boleh anda beli dengan harga di bawah RM 80,000. Kesemua ini memberi keseronokan memandu dengan cara tersendiri. Oleh itu, apa sahaja yang menggelitik minat anda, anda pasti menikmati pemilikan diantara 5 kereta ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda