window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta yang bunyinya lebih sedap dari kereta Formula Satu moden!

Zamil Syaheer · Jul 12, 2020 01:50 PM

5 kereta yang bunyinya lebih sedap dari kereta Formula Satu moden! 01

Bagi kebanyakkan orang, bunyi enjin hanyalah sekadar bunyi sahaja. Namun peminat kereta ni pelik sikit. Ia terasa seperti nikmat yang tidak terkata apabila mendengar deruman orkestra di Royal Albert Hall.

Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menyenaraikan 5 kereta dengan bunyi deruman enjin yang paling sedap. Sesetengah kereta dalam senarai ini lagi sedap bunyinya dari kereta Formula 1 yang moden.

Lexus LFA

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak sah kalau anda bercakap tentang kereta dengan bunyi yang sedap jika tidak memetik nama Lexus LFA. Enjin 4.8 liter V10 aspirasi natural menghasilkan 560 PS dan 480 Nm tork yang menjerit sehingga ke 9,000 rpm. Enjin ini dihasilkan dengan kerjasama Yamaha, maka tidak hairanlah bunyi V10 dia sungguh menggiurkan.

Mazda 787B

Mazda memang terkenal dengan idealogi dan pembuatan yang unik. Macam mana kami nak terangkan keputusan Mazda untuk menggunakan enjin Rotary dimana pereka asalnya sendiri telah putus asa untuk membinanya. Lebih menarik lagi, Mazda 787B ini bertarung di dalam perlumbaan ketahanan 24 jam yang paling sukar didunia dan memenanginya!

5 kereta yang bunyinya lebih sedap dari kereta Formula Satu moden! 01

Enjin 3-rotor 20B didalam 787B ini dikatakan mampu menghasilkan 900 PS, namun bagi sebab kebolehpercayaan dan ketahanan Mazda telah mengehadkan kuasanya ke 700 PS. Bukan sahaja ia dapat menahan seksaan selama 24 jam, malah jurutera Mazda berkata enjin tersebut mampu bertahan selama 24 jam lagi setelah pemeriksaan selepas perlumbaan.

Porsche 911 (991) RSR

Porsche 911 RSR dibina untuk FIA World Endurance Championship (WEC). Tapi model disini bukanlah model baharu dengan enjin 4.2 liter. Sebaliknya ia adalah dari generasi terdahulu dengan enjin 4.0 liter yang lebih simfonik.

Nissan Skyline GT-R (KPGC10) 1971

Ini adalah model Skyline GT-R yang pertama, lebih dikenali sebagai ‘Hakosuka’. Ianya datang dengan enjin 2.0 liter 6-silinder aspirasi natural dengan karburator yang direka khas untuk perlumbaan. Ia menghasilkan 160 PS dan 177 Nm. Pada zaman sekarang kuasa dan tork ini kedengaran biasa sahaja, tapi anda perlu ingat ini tahun 1971, sesuatu yang agak menggagumkan pada masa itu.

Ford Mustang Shelby GT350/GT350R

Adakah anda tahu bahawa Ford telah membuka dan mengkaji enjin 4.5 liter Ferrari 458 ? Ford ingin mengetahui bagaimana untuk mencipta resipi enjin V8 yang lebih mantap berbanding unit asal yang datang dalam Mustang 5.0.

5 kereta yang bunyinya lebih sedap dari kereta Formula Satu moden! 02

Hasilnya, enjin yang dinamakan 'Voodoo' ini telah dinaikkan sesaran ke 5.2 liter, menghasilkan 533 PS dan 582 Nm tork yang mejerit sehingga 8,250 rpm.

Anda tahu kereta lain dengan bunyi yang amat menggiurkan dari senarai kami ini? Tinggalkan komen anda.

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda