5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020

Faisal · Dec 21, 2020 01:00 PM

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 01

Berada di dalam industri ini, kami berasa cukup bertuah kerana dapat mencuba pelbagai kereta. Ditambah pula dengan spesifikasi yang telah ada di dalam minda, tidak dinafikan bahawa terdapat harapan dan jangkaan awal pada setiap kereta yang kami uji pandu.

Sesetengah daripadanya agak mengecewakan. Sesetengah pula agak menakjubkan. Oleh itu, mari kita lihat 5 kereta yang mengagumkan kami berdasarkan senarai Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar – BM (COTY 2020).

1. Nissan Almera 2020

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nissan Almera baharu mempesonakan kami di dalam dua aspek. Pertamanya ialah kebolehan enjin 1.0L turbo 3-silinder. Walaupun hanya 3-silinder, enjin ini cukup lancar dan berkuasa. Menurut ujian kami juga, enjin ini berupaya mencatat penggunaan minyak serendah 5.8 liter/100 km. Sebagai perbandingan, Perodua Axia mencatat penggunaan minyak sebanyak 6.5 liter/100 km.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 01

Tiada penutup enjin. Untuk kurangkan berat?

Aspek yang kedua ialah kesenyapan kabin. Pada kelajuan 110 km/j, Nissan Almera mencatat bacaan bunyi serendah 68 dB – paling senyap di segmen B. Pada kelajuan yang sama, Toyota Vios berupaya mencatat serendah 69 dB, manakala Honda City pula melakukannya serendah 70 dB.

2. Toyota RAV4 2020

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 02

Toyota RAV4 baru ialah model Toyota Malaysia yang pertama untuk hadir dengan enjin Dynamic Force. Enjin 2.5L aspirasi natural 4-silinder dengan suntikan terus (direct injection) ini gemar untuk beroperasi pada rpm yang tinggi. Transmisi 8 kelajuan yang dipadankan juga agak mengagumkan kerana ia terasa lancar dan padu.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 03

Pesaing seperti Honda CR-V dan Volkswagen Tiguan tidak kekurangan sama sekali namun mereka ada perangai masing-masing. Misalnya, suspensi pada Honda CR-V tidak begitu cekap dalam menguruskan gelombang jalan pada kelajuan tinggi dan kabinnya agak bising. Volkswagen Tiguan pula agak kekurangan pada ciri bantuan keselamatan ADAS dan keselesaan perjalanan pula boleh terasa agak kasar.

Sebagai perbandingan, Toyota RAV4 tidak mengalami satu pun daripada isu-isu di atas. Perkara ini menjadikannya sebuah pakej yang lengkap sekiranya anda sanggup berbelanja RM 200k.

3. Volkswagen Passat R-Line 2020

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 04

Sewaktu kami menguji pandu Volkswagen Passat Elegance tempoh hari, ia terasa cukup berdaya saing tetapi terdapat beberapa aspek yang kami rasa boleh dipertingkatkan lagi. Antaranya ialah bunyi tayar yang terlebih kuat, enjin yang terasa agak malas dalam mod pemanduan “normal”, dan kekurangan pada ciri bantuan keselamatan ADAS.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 05

Dengan pelancaran Volkswagen Passat R-Line, beberapa aspek yang kekurangan telahpun dipertingkatkan. Dengan penggunaan tayar yang berbeza, bunyi tayar kali ini lebih senyap.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 06

Walaupun Passat R-Line dilengkapi dengan roda 19 inci, ia terasa cukup selesa kerana ia mempunyai karakter yang boleh mengubah suai watak (Dynamic Chassis Control).

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 07

Di samping itu, sistem adaptif ini menyelesaikan sifat malas yang boleh dirasai pada Passat Elegance ketika dalam mod pemanduan “normal”.

4. Honda Accord 2020

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 08

Honda Accord baharu mempunyai segala kekuatan untuk menjadi sebuah sedan segmen D yang hebat. Malah berdasarkan pakej keseluruhan, ia mencapai skor yang paling tinggi. Baik keselesaan, ruang, ciri keselamatan, dan prestasi, semuanya dimiliki pada Honda Accord.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 09

Namun begitu, ia tidaklah sehandal Toyota Camry dan Mazda 6 jika anda mementingkan pengalaman pemanduan. Honda Accord sebenarnya lebih kepada jiwa yang matang dan santai.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 10

Ditambah pula dengan teknologi yang cukup moden, Honda Accord generasi ini sangat mengagumkan.

5. Mitsubishi Xpander

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 11

Mitsubishi Xpander mungkin agak lewat untuk bersaing di MPV segmen B tetapi ianya bersebab. Oleh yang demikian, MPV ini memiliki keseimbangan yang paling baik dari segi pengendalian dan keselesaan.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 12

Keselesaan perjalanannya cukup empuk walaupun pada permukaan yang teruk. Malah pada jalan yang lebih berliku, Mitsubishi Xpander mampu mengendalikannya dengan cukup baik. Di samping itu, kesenyapan kabinnya adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan Honda BR-V dan Toyota Rush/Perodua Aruz dimana ia mampu mencatat bacaan bunyi serendah 68 dB pada kelajuan 110 km/j. Untuk pengetahuan anda, tahap kesenyapan sebegini sudah seperti segmen D.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 13

Selain itu, Mitsubishi Xpander mempunyai pelbagai ruang storan yang praktikal. Malah ia mempunyai 18 tempat meletak bekas minuman. Dengan jarak roda (wheelbase) yang panjang, ruang di barisan ketiga juga adalah yang terluas di segmen ini. Kalaulah ciri keselamatannya lebih lengkap, Mitsubishi Xpander semestinya menjadi MPV yang terbaik untuk harga dibawah RM 100k.

Jadi inilah 5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020. Tidak mengira jenama atau menyebelahi mana-mana pihak, mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Akhir kata, kita hanya perlu membuka minda untuk menilai sesuatu kereta tanpa mengambil kira pengalaman terdahulu ataupun sebarang persepsi terhadap produk tersebut.

5 kereta yang mengagumkan kami pada tahun 2020 14

UNDI DI SINI

Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar – BM (COTY 2020) kini memberikan anda peluang untuk memilih kereta kegemaran anda. Tunggu apa lagi, undi sekarang!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

tradeInTool.upto20

2018 Honda Accord 2.0 VTi-L

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru