window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna

Haris ยท Jun 23, 2021 12:30 PM

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna 01

Sekurang-kurangnya 5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari penurapan jalan yang tidak sempurna. Angka tersebut dilaporkan oleh Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia melalui aduan yang diterima oleh persatuan itu.

Pengasasnya Azlan Sani Zawawi berkata, jalanraya pecah dan berlubang disebabkan penggunaan tar yang tidak berkualiti membahayakan nyawa dan fizikal pengguna jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna 01

Gambar hiasan

"Kita difahamkan bahan yang digunakan juga tidak sempurna akibat kuari yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

"Akibatnya pengguna menjadi mangsa apabila mengalami kecederaan. Keadaan ini perlu ditangani segera," katanya.

Azlan menerima aduan tersebut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan turut meminta maklum balas kontraktor mengenai hal tersebut.

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna 02

Datuk Eddin Syazlee Shith

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith pula, beliau berkata pihaknya melakukan pemantauan berkala untuk sebarang kerja penurapan jalan supaya kerja-kerja tersebut dilakukan dengan sempurna.

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna 03

"Pada masa ini, kementerian melihat serius isu ini dan saya sendiri turun padang bagi meninjau kerja berkaitan. Antara isunya ialah kekurangan pekerja teknikal untuk kerja ini.

"Tanggungjawab penyelenggaraan jalan persekutuan ini kebanyakannya kita bagi kepada syarikat konsesi dan kita akan minta mereka pastikan mereka melihat perkara ini," katanya.

5 kes kemalangan sehari di Malaysia berpunca dari turapan jalan yang tak sempurna 04

Pihak Kementerian Kerja Raya turut mengesahkan bahawa terdapat kontraktor yang tidak memenuhi piawaian turapan jalan. Walaubagaimanapun, pihak kementerian tidak memberitahu lebih lanjut tentang apa tindakan daripada mereka terhadap pihak yang menurap jalan secara sambil lewa ini. Sumber: Harian Metro

Bacaan Lain:

Samseng jalanan Proton X50 buli pemandu lain sambil tunjuk isyarat lucah!

Polis trafik selamba tengok penunggang motosikal langgar lampu merah?

Shuib & Siti Sarah buru Perodua Myvi hijau langgar-lari pekerjanya di hadapan Econsave Muar

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda