window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia!

Haris ยท Nov 23, 2020 10:00 AM

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 01

Jenama GPX mungkin tidak asing bagi penggemar cafe racer tetapi ia mungkin akan berubah tidak lama lagi. Jenama motosikal dari Thailand itu dikatakan bakal membawa model skuter terbaru mereka ke Malaysia sekitar Jun 2021. Rakyat Thailand yang terawal pula bakal menerima GPX Drone 150 2021 sekitar bulan Disember 2020.

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 02

Skuter berkenaan merupakan hasil kerjasama GPX (GP Motor Thailand Company Limited) dengan SYM (Sanyang Motor) dari Taiwan. SYM sememangnya terkenal dengan model skuter mereka tetapi kini lebih dikenali dengan model moped bersesaran paling besar di dunia dengan 185cc iaitu SYM VF3i PRO (V3).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, apa yang ditawarkan oleh skuter GPX Drone 2021 ini?

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 01

1. Enjin bersesaran 150cc 4 lejang dengan sejukan cecair. Belum ada sebarang output kuasa yang didedahkan namun boleh dikatakan bahawa ia akan bersaing dengan Yamaha NVX 155 dan Honda Vario 150.

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 02

2. Rekaan yang urban dengan penggunaan lampu LED sepenuhnya. Selain daripada penggunaan lampu LED penuh, GPX Drone 150 2021 juga menggunakan brek cakera depan dan belakang tetapi tanpa ABS.

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 03

3. Ciri keselamatan anti pencuri yang ditawarkan pada GPX Drone 150 2021 adalah kunci pintar dengan penghidup tanpa kunci. Tambahan pula, anda akan menerima panel instrumen meter digital.

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 04

4. Ia sesuai dengan perjalanan yang jauh dengan tangki sebesar 7.5 liter dengan ruang di bawah pelana sebesar 18 liter dan mampu memuatkan satu helmet fullface. Untuk kemudahan penunggang, terdapat juga 2 pengecas USB di dalam poket skuter di hadapan!

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 05

5. Merujuk kepada model-model GPX yang dijual secara tempatan, terdapat kemungkinan bahawa GPX Drone 150 2021 akan dijual sekitar RM 10k! GPX Drone 150 dijual di Thailand pada harga THB 69,800 (RM 9,427) dan sebagai jiran yang dekat dengan kita, pertambahan harga sekitar RM 1k adalah dijangkakan.

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia! 06

Sangat menyegarkan untuk melihat skuter selain Yamaha dan Honda menelusuri di jalan raya. Ditambah dengan harga yang berpatutan, ini mungkin akan menjadi model popular di Malaysia. Apa pula kata anda?

Kredit: GPX Malaysia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda