window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k?

Haris · Oct 8, 2021 03:00 PM

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 01

Dengan gesaan anjakan paradigma kepada kenderaan yang lebih mesra alam, Weststar Motors, pengedar recond terkemuka di Malaysia telah mengambil peluang untuk memperkenalkan model Honda e di Malaysia.

Hatchback cilik ini dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik dan dijual pada harga RM 210k. Namun, apa sebenarnya yang membawa Honda e mencapai harga tersebut? Ini 5 perkara tentang Honda e!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Lebih murah berbanding pesaingnya

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 01

Harga tersebut meletakkan Honda e sedikit lebih murah berbanding pesaing terdekat iaitu MINI Cooper SE. Ketika pelancaran, MINI Cooper SE berharga RM218,370.78. Malah, MINI Cooper Electric First Edition yang dilancarkan selepas itu berharga RM 238,380.78.

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 02

Untuk harga tersebut, anda mungkin menjadi satu-satunya pemilik Honda e di Malaysia berbanding MINI Cooper SE yang mempunyai 25 unit di Malaysia atau MINI Cooper Electric First Edition dengan 15 unit di Malaysia. Ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gah di dalam kumpulan Pemilik EV di Malaysia.

Baca: MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km!

2. Bukan varian ‘cikai’

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 03

Menurut Westar lagi, Honda e yang dibawakan ini adalah varian Advance, yang menggunakan motor elektrik yang lebih berkuasa (154 PS dan 315 Nm). Varian Honda e biasa selain Advance hanya mencapai 136 PS dan 315 Nm.

3. Tahan 220km sekali caj

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 04

Kuasa untuk Honda e berasal dari pek bateri 35.5-kWj yang diletakkan di lantai kenderaan. Honda mendakwa bahawa Honda e mampu menempuh jarak sehingga 220 km dengan sekali cas. Pengecasan pantas DC dilakukan melalui penyambung CCS 2 dan memerlukan 30 minit untuk mengecas dari sifar hingga 80%.

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 05

Sekiranya dicas menggunakan pengecas AC biasa, Honda mengatakan ia boleh mengecas hingga 100% dalam 9 jam menggunakan bekalan kuasa fasa tunggal 3.7 kW atau bekalan kuasa tiga fasa 22 kW.

Baca: Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda?

4. Rekaan papan pemuka yang futuristik

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 06

Berbeza dengan pesaingnya, Honda e mempunyai rekaan papan pemuka yang sangat futuristik. Malah, ia tidak mempunyai cermin sisi yang digantikan dengan kamera dan skrin - suatu inovasi yang mungkin tak akan ada pada kenderaan baru, 10 tahun mendatang.

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 07

Keseluruhan papan pemuka mempunyai skrin untuk fungsi pelbagai. Namun begitu, masih terdapat tombol pelarasan dan punat butang di konsol tengah bagi yang menggemari perasaan taktil. Keseimbangan antara masa depan dan lampau.

5. Masih dilengkapi ciri keselamatan terkini

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 08

Unit yang dibawa oleh Weststar Motor ini juga dilengkapi dengan cukup baik. Ia sarat dengan ciri seperti:

  • Lampu depan LED automatik
  • Adaptive Cruise Control
  • Collision Mitigation Brake System (AEB)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Traffic Sign Recognition Sistem (TSRS)
  • Sistem Maklumat Blind Spot dengan Cross Traffic Monitor - hanya ada pada varian Advance ini

5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k? 09

Belakangan ini, memang banyak pilihan yang menarik muncul bagi penggemar EV. Adakah anda akan memilih Honda e berbanding MINI Cooper SE atau Hyundai Kona EV?

Honda e boleh didapati di bilik pameran Weststar Motors, Safz Auto Sdn Bhd, Reflection Residences, No 5, 1st Floor, Jalan PJU 7/6 Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda