window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda!

Faisal · Oct 19, 2020 01:00 PM

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 01

Kes kecurian hak milik seperti kereta sering kali berlaku walaupun kereta sudah dilindung dengan rapi.

Dengan itu, kita sama-sama boleh mempelajari petua mudah supaya kes kecurian kereta dapat dielakkan. Mari kita mulakan dengan lokasi meletak kenderaan.

1. Letak kenderaan di tempat yang cerah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 01

Tempat meletak kenderaan yang ideal - cerah dan menghadap pintu

Tempat meletak kenderaan yang cerah boleh mengurangkan risiko pecah masuk. Perkara ini lebih baik jika anda meletakkan kenderaan di khalayak ramai atau berdekatan dengan pengawal supaya kenderaan sentiasa boleh diperhatikan daripada berlakunya sebarang cubaan untuk memecah masuk atau mencuri.

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 02

Untuk maklumat anda, pencuri berpeluang untuk melakukan kerja sekiranya perbuatan mereka tidak boleh dilihat oleh orang lain. Logik bukan?

2. Jangan menyimpan barangan berharga di dalam kereta

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 03

Tinggalkan kenderaan anda dalam keadaan kosong sebegini

Barang yang berharga boleh menarik perhatian pencuri untuk memecah masuk kenderaan kerana barang tersebut sememangnya berharga. Untuk itu, anda boleh merancang untuk menyimpan segala barangan berharga terlebih dahulu sebelum meninggalkan kenderaan.

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 04

Keadaan yang ideal dimana barangan yang berharga tidak kelihatan sama sekali

Selain itu, anda dinasihatkan untuk membawa tiket tempat meletak kenderaan bersama anda. Sekurang-kurangnya, pencuri tidak boleh melarikan kenderaan anda dari tempat tersebut.

3. Mengunci stereng atau pedal brek

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 05

Walaupun kereta kini mempunyai sistem pengera (alarm), anda boleh menggunakan pengunci stereng atau brek sebagai perlindungan tambahan kerana ia merupakan komponen asas yang mengawal pergerakan kenderaan. Oleh itu, pencuri akan mengalami kesukaran untuk melarikan kenderaan walaupun mereka berjaya memecah masuk sekalipun.

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 06

Pada masa yang sama, anda disarankan untuk membeli pengunci stereng atau brek yang berkualiti kerana ia berfungsi dengan lebih baik dan lebih sukar untuk digodam.

4. Tutup cermin dengan rapat dan pastikan kenderaan dikunci

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 07

Dengan bukaan cermin yang sedikit sekalipun, pencuri mempunyai alat khas untuk membuka kunci

Tingkap cermin yang ditutup rapat menyukarkan pencuri untuk mendapat akses ke dalam kenderaan. Oleh itu, kenderaan anda terlindung daripada sebarang akses nyata.

Setelah kenderaan anda diletakkan, kuncikan kenderaan dan periksa sama ada ia telah dikunci atau belum. Anda boleh cuba untuk membuka pemegang pintu sebagai kepastian.

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 08

Jangan lupa untuk menutup lampu kenderaan setelah dikunci untuk mengelakkan kehabisan bateri

Sebagai tambahan, anda juga boleh mengunci pintu sebaik sahaja anda masuk ke dalam kenderaan supaya pencuri tidak berpeluang untuk mengambil hak milik anda.

5. Kunci jenis Keyless Entry/Smart Entry pula bagaimana?

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 09

Untuk pengetahuan anda, kunci jenis ini mempunyai isyarat untuk membuka kenderaan anda. Pencuri boleh menggunakan penguat isyarat (relay amplifier) yang berupaya mengesan dan memantulkan isyarat daripada kunci kereta supaya kenderaan anda boleh dibuka dan dihidupkan.

Untuk mengelakkan terjadinya perkara sebegini, anda boleh merujuk buku panduan untuk mematikan isyarat daripada kunci kereta apabila diperlukan.

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 10

Contoh Faraday pouch

Di samping itu, anda boleh mendapatkan bekas kunci Faraday (Faraday pouch). Bekas kunci ini mengelakkan kebocoran isyarat supaya pencuri tidak berpeluang untuk mendapat sebarang isyarat daripada kunci kenderaan anda.

Konklusi

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda! 11

Setiap kali anda keluar dan masuk kenderaan, anda boleh mengamalkan petua yang telah kami berikan. Pada masa yang sama, anda boleh berkongsi petua dengan kami supaya kita sama-sama dapat menghindari sebarang kecurian yang tidak diingini terutama pada hak milik yang disayangi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda