window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 sebab kenapa anda patut elak memandu di sebelah lori

Mersita · Jul 13, 2020 06:00 PM

5 sebab kenapa anda patut elak memandu di sebelah lori 01

Tak kiralah samada anda memandu di lebuhraya atau jalan kecil, kereta persendirian biasa patut sentiasa beringat untuk mengelak memandu bersebelahan atau di belakang lori atau kenderaan besar, berat dan tinggi. Walaupun anda rasa kereta anda boleh bergerak laju dan lengkap dengan pelbagai jenis ciri keselamatan, malang masih tak berbau.

Seperti video yang tular di media sosial dimuatnaik oleh FB Info Roadblock JPJ/POLIS baru-baru ini, lori pam konkrit telah hilang kawalan dan hampir terbalik di Lebuhraya ELITE. Video tersebut menunjukkan lori tersebut terhuyung-hayang di atas lebuhraya tetapi berjaya menstabilkan dirinya sebelum tergolek.

Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya harian patut mengambil langkah berjaga-jaga semasa memandu. Paling mudah, elakkan berada berhampiran kenderaan berat semasa memandu. Ini sebabnya:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo FM, lebih 'visibility'. Sumber: Volvo Trucks

Volvo FM, lebih 'visibility'. Sumber: Volvo Trucks

1. Trak yang lebih besar kini dilengkapi dengan kuasa kuda yang lebih tinggi

Menurut statistik kemalangan jalanraya dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, terdapat peningkatan sebanyak 6% bagi kemalangan melibatkan lori pada tahun 2018. Dalam kajian dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kebanyakan kenderaan berat (4.39% - 98.61%) bergerak melebihi had laju dan tidak mematuhi had kelajuan yang ditempatkan di pelbagai jenis jalan.

Semakin rendah had kelajuan yang dipaparkan, semakin tinggi peratusan kadar ketidakpatuhan yang bermaksud peningkatan kepatuhan meningkat apabila had laju meningkat. Tambahan pula, lori di beberapa kawasan pernah dilaporkan menggunakan tayar celup dan membawa muatan melebihi had.

Sumber gambar: Borneo Today

Sumber gambar: Borneo Today

2. Pemandu lori berisiko menghidap obstructive sleep apnoea (OSA)

Dalam satu kajian keletihan di kalangan pemandu lori dibuat oleh MIROS, mereka mendapati bahawa sebanyak 17.7% pemandu lori disahkan mengalami keletihan. Sebanyak 14.6% pula tergolong dalam kategori berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit obstructive sleep apnoea (OSA) dimana pemandu boleh tertidur tanpa sedar. Seramai 26 orang pemandu lori daripada 130 orang pemandu yang dikaji mempunyai kualiti tidur yang rendah.

Sumber gambar: Ministry of Transportation, Ontario

Sumber gambar: Ministry of Transportation, Ontario

3. Besar kemungkinan anda berada pada titik-buta lori

Apabila memandu, pastikan anda tidak berada terlalu dekat dan lama pada titik-buta lori. Titik-buta mereka tak sama dengan kereta kecil dan ia memakan masa lebih sedikit untuk lari daripada kawasan ini. Jangan salahkan pemandu lori pula apabila mereka telah memberi isyarat untuk beralih lorong dan terlanggar anda, barangkali mereka memang tak nampak anda berada di situ setelah memeriksa beberapa kali.

5 sebab kenapa anda patut elak memandu di sebelah lori 04

4. Kenderaan berat lebih sukar untuk mengelak

Dengan badannya yang besar dan berat, ia tidak setangkas kereta biasa. Kereta lain pun selalu buat hal atas jalan seperti menukar laluan atau membrek secara mengejut. Apabila perkara ini berlaku, sememangnya lori sukar untuk mengelakkan sebarang pergerakan mengejut. Sekali dia membuai, anda harus cepat-cepat beralih ke zon selamat. Nak selamat? Jangan rapat-rapat.

5. Tayar pecah

Ini bukan tayar Kancil yang kita bincangkan. Tayar lori setinggi orang dewasa dan dengan jumlahnya yang banyak boleh pecah bila-bila masa kerana haba panas, perjalanan jauh ditambah pula dengan muatan maha berat. Apabila tayar pecah tak kena pada masa dan tempatnya boleh menyebabkan kemalangan serius seperti lori hilang kawalan atau serpihan terpelanting ke kereta anda. Selain daripada tayar, muatannya seperti kelapa sawit atau balak boleh tergolek jatuh ke jalanraya.

Kesimpulannya, jaga-jagalah jarak selamat apabila memandu berhampiran kenderaan berat. Jika anda hendak memotong, pastikan anda mengambil semua langkah-langkah selamat yang sepatutnya. Yang paling penting, SABAR itu separuh daripada iman.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda