5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia!

Zamil Syaheer · Jan 28, 2021 06:00 PM

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 01

SUV dulu dipanggil 4x4, dan hanya mereka yang memerlukan kenderaan pacuan empat roda yang lasak akan membelinya. Pada tahun 90-an pula, muncul SUV yang dikenali sebagai ‘soft off-roader’, tetapi sejak beberapa tahun ini ianya telah menjadi satu trend dan perkara biasa di Malaysia.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 02

Sebilangan besar SUV di kawasan bandar ini adalah pacuan roda depan seperti kereta biasa. Ianya terasa seperti memandu sebuah sedan ataupun wagon yang lebih tinggi. Jadi apakah sebab kenapa SUV meningkat naik dalam populariti?

1. SUV mempunyai ruang yang lebih luas dan praktikal

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 01

Rata-rata pembeli kereta di Malaysia sukakan ruang yang luas. Kebanyakan SUV bersaiz sederhana dan kompak mempunyai jumlah dan kelenturan kargo lebih banyak daripada kebanyakan sedan di pasaran.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 02

Pelbagai tempat letak barangan dan pemegang cawan pada Volkswagen Tiguan Allspace.

Sebab itulah, para pembeli cenderung pada jenis kenderaan yang mempunyai apa yang mereka perlukan, walaupun mereka tidak benar-benar memerlukannya.

2. Kebanyakan pemilik SUV adalah orang yang lebih tua

Di Malaysia dan kebanyakan negara luar, kebanyakan pemilik SUV terdiri daripada orang yang lebih tua berumur dalam lingkungan 40-60 tahun.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 03

Kebanyakkan sedan dan hatchback pada masa kini agak rendah (contoh: Honda Civic FC) sehingga terasa sukar untuk masuk dan keluar jika anda sudah tua. Selain itu, ia juga menyukarkan anak-anak masuk dan keluar dari tempat duduk kereta.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 04

Sebab itulah banyak ibu bapa memilih SUV. Pintu yang lebih panjang, tempat duduk dan bumbung yang tinggi menjadikan akses lebih baik ke tempat duduk belakang, memudahkan hidup mereka.

3. Posisi pemanduan yang tinggi

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 05

Pemandu SUV menyukai kedudukan pemanduan yang tinggi kerana ia mempunyai penglihatan serba lengkap (all-round visibility), memudahkan pemanduan di sekitar lalu lintas atau mengelak halangan lain di dalam atau di luar jalan raya.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 06

Tiada masalah bagi sesetengah SUV. Sedan boleh ke? Imej dari Subaru XV Club Malaysia

Malah, kedudukan pemanduan yang tinggi juga membuatkan anda terasa lebih selamat.

4. Reka bentuk SUV juga lebih stailo

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 07

Penggayaan itu amat penting bagi kebanyakkan individu, terutamanya zaman media sosial ini dimana ramai suka bergaya ataupun ‘show-off’. Tambahan pula, kebanyakan rakyat Malaysia ini senang dipengaruhi oleh faktor imej atau jenama.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 08

Pakai MPV nampak macam bapa-bapa atau mak-mak pula, tetapi bila anda pakai SUV - imej tersebut tidak muncul, kerana ianya nampak lebih ‘rugged’ dan stailo.

Statistik Persatuan Automotif Malaysia pada tahun 2019 menunjukkan SUV menyumbang hampir 25% daripada jumlah keseluruhan kenderaan persendirian sebanyak 270,875 unit yang dicatatkan dalam tempoh tersebut. Bahagian pasaran SUV untuk enam bulan pertama tahun 2018 hanya 14%.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 09

Penjualan MPV merosot sebanyak 32.6% atau 10,059 unit kepada 20,757 kenderaan dalam tempoh Januari-Jun berbanding 30,816 pada tempoh yang sama pada tahun 2018.

MPV hanya menyumbang 7.7% dari pasaran kereta penumpang untuk separuh pertama tahun 2019 (1H19), penurunan yang ketara berbanding dengan bahagian pasaran 11.8%.

5. Banyak pilihan SUV membuatkan harganya kompetitif

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 10

Pendekatan ‘one-size-fits-some’ SUV yang lama telah digantikan oleh pasaran yang lebih spesifik oleh pengeluar kereta. Kini, jika anda mahukan SUV atau crossover, terdapat banyak pilihan segmen dan spesifikasi sehingga hampir dengan apa sahaja bajet yang anda ada. Jika anda tak mampu nak beli SUV baru, terdapat lambakan pilihan SUV terpakai di pasaran.

Konklusi

2020 Proton X50 Accessories Urban Package

Antara aksesori tambahan yang ada untuk Proton X50.

Pada masa kini, pengeluar kenderaan mereka SUV dengan mengambil beberapa ciri dan kelengkapan daripada hatchback, sedan, wagon, dan kenderaan off-road untuk mencipta sebuah SUV dengan pakej dan gaya yang menarik.

5 sebab kenapa SUV atau crossover lebih baik dari sedan untuk rakyat Malaysia! 12

Trend ini bukan saja hanya di Malaysia, malah di serata pelusuk dunia. Persoalannya, berapa lamakah trend ini akan bertahan sebelum pembeli berubah angin? Kita tunggu dan lihat.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru