window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula

Mersita · Jun 24, 2020 03:31 PM

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 01

Pada tahun 2015, Suzuki dilaporkan telah memberhentikan jualan dan operasi produksi di Malaysia dan sejurus selepas itu cawangan Suzuki ditukar ke Proton pada 2016. Setelah itu, Proton dan Suzuki bergabung dan mereka menghasilkan Ertiga.

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 02

Suzuki telah menghilangkan diri di Malaysia selama lebih kurang 4 tahun dan kali terakhir Suzuki Swift Sport secara rasminya terjual di Malaysia adalah model generasi ketiga – kod nama ZC32S.

Ia adalah kombinasi antara old-school fun dengan sentuhan moden seperti keyless entry dan butang tekan-mula, lampu hadapan bi-xenon, 6 beg udara serta ESC.

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Swift Sport terbaru dibina dengan perincian ini dan inilah sebabnya kenapa ia perlu dikembalikan secara rasmi di Malaysia.

Hatchback berprestasi lebih mudah-milik

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 01

Jika anda ingin membeli hatchback berprestasi dengan transmisi manual, pilihan yang ada sekarang ialah Renault Megane RS, Honda Civic Type R dan Hyundai i30N. Kereta-kereta berada dalam lingkungan RM 300 ribu.

ZC32S dilancarkan dengan harga permulaan sebanyak RM 97,888 untuk transmisi manual dan RM 102,888 untuk automatik. Jika Swift Sport baharu datang ke tanah air kita, ia barangkali akan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 02

Di United Kingdom, Swift Sport baharu dijual pada harga £17,999, berbanding ZC32S yang dijual pada £13,999.

Harga-harga untuk grey imports berada dalam lingkungan RM 130 ribu ke 140 ribu. Unit serba baru dijangka akan jatuh dalam lingkungan harga ini.

Selamatkan transmisi manual!

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 03

Transmisi manual sememangnya menjadi semakin usang. Sayangnya, kerana memandu kereta manual adalah seperti memasak di rumah; ia menyeronokkan, anda sentiasa ada sesuatu untuk dibuat dan sangat memuaskan jika dilakukan dengan betul.

Sama juga seperti membasuh pinggan yang sebahagian daripada proses memasak; memandu kereta manual pada trafik terhenti-henti adalah resam dalam pengalaman itu sendiri.

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 04

Tapi bagi mereka yang masih gemar memandu dengan batang gear dan tiga pedal, kita boleh kekalkan tradisi ini dengan membeli kereta sebegini.

Seperti generasi sebelumnya, ia klasik dan seronok dengan perincian moden

Swift Sport baharu dipadatkan dengan Advanced Driver Assistance Systems, Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning, High Beam Assist serta Adaptive Cruise Control.

Transmisi manual dan ADAS ialah kombinasi yang jarang boleh didapati di pasaran Malaysia. Malah, hanya ada satu kereta yang mempunyai kombinasi ini – iaitu Hyundai i30N.

Prestasi cermat di jalanraya

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 05

Hatchback popular semakin lama semakin laju. Civic Type-R dan Megane RS menjana hampir 300 PS, membuatkannya seronok untuk dipandu dan agak berisiko untuk tertangkap oleh kamera AES.

Dengan 140 PS dan tork 230 Nm dari enjin turbocharged 4 silinder 1.4 liter, anda boleh memandu dengan lebih ‘patuh undang-undang’.

Ketenangan minda dengan kereta baru

5 sebab utama kenapa Suzuki Swift Sport patut buat kemunculan semula 06

Pada harga RM 140,000, anda mesti terfikir, “Kenapa tak beli Toyota 86/Subaru BRZ je?”

Dengan kereta terpakai atau recond, ia seperti bermain dengan nasib kerana tak semua kereta terpakai itu sama. Oleh itu, anda perlulah mencari unit yang bagus dari penjual yang betul.

Jika Suzuki Swift Sport baharu datang ke Malaysia, ia akan menjadi satu pembelian yang memuaskan, berserta waranti pengilang dan sokongan selepas-jualan yang elok.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda