window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami!

Mersita · Sep 19, 2021 04:00 PM

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 01

Anda sedang mencari sedan 'second hand' dengan bajet RM 80,000 sahaja? Senarai kami kali ini dibuat berdasarkan laporan yang mengatakan majoriti pembeli kereta terpakai sanggup berbelanja bawah RM 80,000 saja. Oleh itu, kami ingin berikan anda beberapa cadangan menarik dengan kepelbagaian yang mungkin boleh beri anda inspirasi atau idea sebelum pergi 'memburu' di pasaran.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 02

Anda boleh beli sedan segmen B serba baru, atau anda boleh dapatkan kereta yang lebih besar lagi

Untuk senarai ini, kami telah singkirkan kereta-kereta yang samada terlalu ‘premium’ ataupun sudah terlalu lama (lebih dari 10 tahun, kerana kebanyakan pinjaman bank untuk kereta mesti dilangsaikan sepenuhnya sebelum kereta masuk usia 13 tahun).

Selain dari itu, kami juga cuba pelbagaikan segmen-segmen dan jenama-jenama kereta yang dipilih sebaik mungkin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 01

Kalaulah kami masukkan sekali pilihan seperti E60 BMW M5 (ya, anda boleh dapatkannya dengan harga sekitar RM 80,000), kami mungkin bertanggungjawab dalam membuatkan anda ‘kering poket’ dikemudian hari. Mungkin kami boleh terbitkan satu lagi artikel untuk pilihan kereta sebegini di masa hadapan jika anda berminat.

Apa-apa pun, senarai ini adalah untuk golongan rakyat marhaen yang belum berpeluang lagi untuk berbelanja besar bagi penjagaan kereta. Oleh itu, untuk senarai kali ini, kami berikan pilihan yang lebih masuk akal dengan saranan yang cukup pelbagai.

Nissan Teana (L33) – RM 60,000

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 02

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan 3 varian untuk model ini dengan dua pilihan enjin – enjin ‘naturally aspirated’ 4 silinder 2.0 liter dan 2.5 liter, masing-masing menjana 136 PS/190 Nm dan 173 PS/234 Nm.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 03

Seperti kebanyakan model Nissan di Malaysia, Teana boleh dikatakan sebuah permata yang jarang diberi perhatian. Ciri-ciri terbaik yang ada pada kereta ini pastinya keselesaan pemanduannya. Dengan sistem suspensi yang diperhalusi, tempat duduk ‘Zero Gravity’, dan penebatan bunyi yang hebat – Teana ialah sebuah kereta yang amat-amat selesa untuk perjalanan pemandu dan juga penumpang. Sarung fabrik untuk tempat duduknya juga bagus, berserta rekaan ergonomik yang merehatkan badan dalam postur semulajadi.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 04

Tambahan pula, kelengkapannya juga tidak kurang sama sekali. Antara yang standard bagi semua varian termasuklah 6 beg udara, kawalan cengkaman dan penstabilan, dan ‘keyless entry’ berserta butang ‘push start’. Varian paling tinggi iaitu jenis 2.5 liter diberi lampu hadapan Xenon, bumbung suria, dan juga sistem bunyi Bose dengan 9 ‘speaker’.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 05

Selain daripada kelengkapan yang pelbagai, Teana juga menawarkan pemanduan yang seimbang dan meyakinkan. Ia tidak terlalu lembut ataupun keras, disempurnakan lagi dengan trenkuasa yang lancar.

Baca juga: Nissan Teana (L33) terpakai - serendah RM 60k, lagi selesa daripada Camry & Accord, baloi beli?

Honda Civic (FC) 1.85 – RM 80,000

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 06

Buat masa ini, model inilah sedan segmen C kegemaran ramai. Keunggulan Lambang ‘H’ yang digemari ramai menawarkan segala kualiti kemudahan dan ruang dalaman yang luas, seperti yang sering dijangkakan dari Honda.

Malangnya, varian berpengecas turbo yang menjadi igauan ramai masih lagi berharga atas RM 80,000. Nilai jualan model ini tentunya mampu bertahan lama, hanya varian enjin NA saja yang turun harga di bawah paras ini.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 07

Namun, jika difikirkan, memandangkan unit yang kami maksudkan ialah unit terpakai, Civic 1.8 NA ini sebenarnya satu pilihan yang masuk akal. Trenkuasanya mempunyai rekod sejarah lampau yang amat bersih dan perkara ini amat membantu apabila kita mencari kenderaan terpakai di pasaran.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 08

Varian 1.5 TC-P facelift ditunjukkan

Ini bukanlah bermaksud yang enjin berpengecas turbo itu tak cukup lasak, namun sifat pengecas turbo yang lebih rumit boleh bermaksud yang ia didatangkan sekali dengan kos penjagaan lebih tinggi.

Bagi varian model yang dipilih ini pula, enjin 1.8 liter tersebut mampu menjana 141 PS/174 Nm. Angka prestasinya tidaklah terlalu mengujakan, tapi sebagai kereta harian, ini lebih daripada cukup. Aduan paling kerap diterima ialah tempat duduknya yang rendah. Selain daripada itu, tiada masalah lain yang cukup besar – kereta ini memang datang dalam pakej yang cukup memuaskan hati.

Baca juga: ‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga?

Toyota Mark X (X130) – RM 60,000 hingga RM 80,000

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 09

Selain daripada Toyota Camry, kami rasa kami patut pilih dan cadangkan Marx X untuk anda. Pendek cerita, Toyota Mark X ialah Camry versi pacuan roda belakang.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 10

Mark X tidak pernah dijual di luar negara Jepun, kecuali pasaran China dimana model ini dijual dengan nama yang berbeza. Namun, menerusi penjual kenderaan recond di Malaysia, ada beberapa unit Mark X dalam simpanan mereka yang anda boleh beli.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 11

Mark X generasi kedua didebut pada tahun 2009 dan ia dihasilkan sehingga tahun 2019 di Jepun. Model ini belum ada generasi pewarisnya lagi, oleh itu model ini agak eksklusif. Pilihan enjin adalah antara enjin V6 NA 2.5 liter atau 3.5 liter – masing-masing menjana 203 PS/243 Nm dan 318 PS/380 Nm.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 12

Pacuan roda belakang ialah ‘resepi rahsia’nya.

Kebanyakan unit-unit Mark X di Malaysia didatangkan dengan enjin 2.5 liter yang lebih kecil bagi mengekalkan kos cukai jalan yang rendah. Unit bertahun pendaftaran 2011 dijual pada harga sekitar RM 60,000 – 80,000 buat masa ini, dan unit facelift yang lebih baru pastinya lebih mahal. Oleh itu, Mark X cukup-cukup melayakkan diri dalam senarai ini.

Proton Saga FLX – RM 15,000

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 13

Kredit foto: Proton Certified Pre Owned

Jika bajet anda ‘tak kencang’, contohnya RM 20,000 sahaja, dan anda berhasrat untuk membuat pinjaman bank, salah satu calon paling ketara ialah Proton Saga FLX.

Proton Saga FLX dilancarkan pada 2011 sebagai model naiktaraf dari Saga FL dan ia dijual sehingga tahun 2016. Perubahan paling besar dari model FL ialah pengenalan kepada sistem Continuously Variable Transmission (CVT) bersumberkan Punch yang menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan dari model terdahulu.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 14

Naiktaraf ini juga merangkumi penambahan ABS dan EBD dalam varian Executive. Ia ditawarkan dengan satu saja pilihan enjin iaitu jenis 1.3 liter ketika ia dilancarkan, dan kemudiannya disertai dengan Saga FLX SE dengan enjin 1.6 liter.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 15

Enjin CamPro IAFM+ 1.3 liter ini menjana 95 PS/120 Nm manakala enjin 1.6 liter di dalam Saga FLX SE pula menjana 110 PS/150 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan CVT Punch, dan ini telah menerima pelbagai kritikan sejak ia dikeluarkan. Namun, sebagai kereta harian, Proton Saga FLX cukup bagus untuk anda.

Baca juga: Proton Saga FLX / FL kini serendah RM 15k, sedan bajet terbaik?

Mazda 3 (BM) – RM 60,000 hingga RM 80,000

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 16

 Memandangkan kami tak dapat nak masukkan BMW 3 Series F30, pilihan yang leih masuk akal dan akan memuaskan hati peminat ialah Mazda 3 generasi BM. Ia bukannya pacuan roda belakang tapi ia masih seronok dipandu.

Baca juga: Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 17

Tindakbalas sterengnya terasa langsung dan intuitif, posisi pemanduan rasa hebat, dan penentukuran (calibration) pedalnya cukup sempurna. Pengalaman memandu Mazda 3 tiada tandingan apabila anda bandingkannya dengan pesaing dalam kelas yang sama. Segalanya berfungsi dengan baik dan harmoni bagi memberikan anda pengalaman pemanduan yang hebat.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 18

Keselesaan bukanlah kekuatannya yang paling utama kerana ‘suspension’ kereta ini keras sedikit dan penebatan bunyi di dalam kabinnya tidak cukup setara dengan pesaing lain. Ruang dalamannya juga tidaklah begitu luas. Ini membuatkannya menjadi pilihan bagi pembeli yang hanya pentingkan pengalaman pemanduan lebih dari aspek-aspek lain.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 19

Semua varian Mazda 3 dikuasakan dengan enjin 2.0 liter ‘naturally aspirated’ 4 silinder yang menjana 164 PS/210 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.

Kesimpulan

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 20

Kami harap anda berpuas hati dengan senarai sedan terpakai berharga bawah RM 80,000 ini yang cukup pelbagai dan praktikal dari segi perbelanjaan. Pilihan kami diharapkan boleh menepati citarasa pelbagai jenis pemandu – Nissan Teana untuk keselesaan maksima, Honda Civic untuk keluasan kabin dan kemudahan, Mazda 3 untuk para peminat pemanduan, Toyota Mark X bagi mereka yang mahu kelihatan unik, dan Proton Saga bagi mereka yang hendak berjimat.

5 sedan terpakai bawah RM 80,000 – Ini pilihan terbaik kami! 21

Semestinya ada banyak pilihan lain lagi yang hebat-hebat dijual di pasaran kereta terpakai. Jika anda tak mahu Nissan Teana dan sebaliknya mengidam-idamkan Toyota Camry atau Honda Accord, kami faham situasi anda. Namun, bagi parameter yang telah kami tetapkan, inilah senarai pilihan terbaik kami.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda