window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari!

Zamil Syaheer · Nov 6, 2020 05:00 PM

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 01

Silabus pemanduan di sekolah belajar memandu kita sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Mana taknya, kita belajar untuk lulus dan bukannya belajar untuk menghadapi segala macam situasi pemanduan.

Ambil contoh negara maju seperti Jerman. Tahukah anda bahawa anda perlu mengambil ujian latihan pertolongan cemas dan sokongan hidup sebelum anda dapat mengambil lesen memandu di Jerman?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, anda mesti mengambil bahagian dalam 12 "latihan khas" termasuk 5 perjalanan merentas desa, 4 perjalanan lebuh raya ("Autobahn") dan 3 perjalanan pada waktu subuh atau malam bagi ujian praktikal? Sebab itu ramai pemandu di Jerman sebenarnya berhemah berbanding negara kita.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 01

Dalam rencana kali ini, kami akan kongsikan 5 teknik pemanduan yang diajar pada sekolah pemanduan defensif (defensive driving atau advanced driving dalam Bahasa Inggeris) dimana anda boleh gunapakai untuk membantu anda menjadi pemandu yang lebih baik.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 02

1. Posisi pemanduan yang betul adalah segalanya

Sebelum anda mulakan perjalanan, amatlah penting bagi anda untuk melaras posisi tempat duduk dan stereng supaya badan anda berada dalam posisi pemanduan optimum. Posisi pemanduan yang betul sepatutnya membuat anda berasa rileks dan dalam kawalan. Rasa letih juga berkurang.

Kami ada huraikan cara untuk melaras posisi pemanduan yang lebih mendalam dalam rencana kami sebelum ini, jadi pastikan anda mengambil masa anda untuk membacanya!

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 03

2. Gunakan mata anda dengan efektif

Memang betul kita kena gunakan mata untuk melihat hala tuju, tapi yang paling penting adalah ARAH dan SEJAUH MANA anda melihat. Dalam pemanduan harian mahupun perlumbaan, anda sepatutnya melihat sejauh mungkin dan bukannya dengan jarak 1 kereta di hadapan anda, tetapi 4-5 kereta kehadapan.

Mata anda akan memberitahu tangan dan kaki anda mana untuk memandu kereta.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 04

Ni baru sapu kon, kalau orang atau harta benda macam mana?

Apabila anda melihat dengan jauh, anda dapat sediakan diri anda dengan lebih lanjut untuk menghadapi segala macam kemungkinan yang bakal berlaku, seperti mengelak kemalangan di depan, kereta memotong tanpa signal, dan sebagainya.

Lagi satu, pemanduan anda secara tak langsung menjadi lebih lancar kerana anda dapat mengagak poin untuk memusing stereng, memecut, dan brek dengan lebih efisyen. Luaskan pandangan anda.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 05

"Fuh, dia tengah 'screenshot' ke tu?!"

3. Memecut dan membrek secara kasar bukan teknik berlumba

Kerap kali kami nampak banyak pemandu menyamakan pemanduan secara kasar sebagai teknik perlumbaan (bak kata kebanyakkan orang “ni barulah motorsports”). Ini sebenarnya salah faham terbesar sekali.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 06

Tenang tapi tangkas mengambil selekoh. Imej dari Fydography.

Dalam pemanduan trek, anda sebenarnya ingin memandu selancar yang boleh. Maksudnya, input terhadap kawalan stereng, brek, gear, dan pedal minyak anda haruslah lancar dan tepat kerana ianya membolehkan anda fokus dengan pemanduan,  secara tak langsung anda berada dalam kawalan maksima.

Bagaimana pula ini membantu untuk pemanduan harian? Senang cerita, anda menjadi pemandu yang lebih selamat di jalan raya dan dapat menjimatkan minyak kerana tiada input berlebihan. Dalam situasi kecemasan, input berlebihan atau kasar sebenarnya boleh mengganggu imbangan kereta anda.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 07

4. Bagi ruang diantara anda dan pemandu lain

Jangan percaya orang di sekelling anda untuk membuat keputusan yang baik. Berikan diri anda dan pemandu di sekitar anda banyak masa dan ruang. Ini bermaksud mengekalkan jurang sekurang-kurangnya tiga saat ketika mengikuti kereta lain.

Jangan mengekor kereta lain dengan rapat, kerana ini akan melepaskan peluang untuk anda untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang perubahan mendadak. Secara tak langsung, anda membahayakan diri sendiri dan orang di sekitar anda.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 08

Adoi.

Banyak kemalangan dapat dielakkan. Sebagai contoh, bayangkan keadaan di mana kenderaan lain terlanggar bahagian belakang kereta anda. Kemungkinan ini dapat dielakkan sekiranya anda meninggalkan lebih banyak ruang antara anda dan kenderaan di hadapan.

Teknik memandu defensif jenis ini mungkin memberi anda pilihan untuk bergerak terus kehadapan atau mengelak kereta yang sedang laju tersebut.

Paling penting sekali, beri isyarat lebih awal dan meminimumkan perubahan lorong sekiranya ia selamat untuk melakukannya. Ini membantu pemandu lain dijalan raya menyedari niat anda. Takdelah nak bergaduh atau maki hamun.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 09

"Uish, stereng tercabut ni, camne weh?!"

5. Rajin-rajinlah cek kereta anda sebelum bergerak

Bila kali terakhir anda cek bunga atau angin tayar anda? Minyak enjin masih elok lagi atau perlu diservis? Ada hos yang merekah? Ada kebocoran tak dekat bahagian enjin sehingga menitis ke lantai?

Benda yang dianggap remeh temeh bagi kebanyakkan orang inilah sebenarnya paling penting. Walaupun ini bukanlah teknik pemanduan defensif, tapi ini sebenarnya untuk memastikan anda menjadi pemandu/pemilik yang bertanggungjawab.

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 10

"Aiseyman tayar pancit pulak...".  Imej dari Fydography.

Benda paling bahaya yang kita lakukan setiap hari adalah dengan memandu di jalan raya. Jadi kita perlulah sentiasa menjaga kereta kita kerana kereta kita akan menjaga kita juga.

Tak guna kalau anda duduk dengan betul mahupun memandu berhemah jika tayar anda botak, pengilap cermin dah haus dan sebagainya.

Konklusi

5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari! 11

Kami harap tips diatas dapat membantu anda! Ingatlah, memandu dengan selamat, berhemah serta bijak adalah jauh lebih penting daripada memandu secara laju dan kasar. Sebagai seorang pengajar pemanduan defensif, saya sendiri mempraktikkan kesemua petua ini didalam pemanduan harian saya.

Jika anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut, anda boleh lihat video yang saya dan rakan sekerja Adrian dan Jason buat tempoh hari dengan Toyota GR Supra. Selamat memandu!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda