window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda!

Faisal · Sep 2, 2020 11:31 AM

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 01

Untuk kebanyakan orang, kereta adalah keperluan. Ia digunakan untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dalam pelbagai keadaan. Antara tips untuk membeli kereta pertama anda ialah:

1. Beli kereta yang baru

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta terpakai mungkin berharga lebih murah tetapi untuk kegunaan harian yang lasak, kemungkinan untuk meragam adalah lebih tinggi. Sesetengah kereta mempunyai komponen enjin dan kotak gear yang tahan lama dan lasak tetapi setiap komponen juga memiliki jangka hayatnya seperti kipas radiator, penyaman udara dan sistem suspensi.

Semakin lama usia kereta, semakin tinggi peluang untuk meragam. Walaupun berharga lebih mahal, kereta baru tidak dinafikan lebih tahan.

2. Jangan terburu-buru untuk membeli model baru

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 01

Pasukan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasangan perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan model baru ini. Oleh itu, setengah perkara mungkin terlepas pandang. Contohnya Proton Persona generasi (CM) dimana cermin sisinya tidak menunjukkan titik buta yang betul. Isu ini telah diselesaikan pada model 2010. Penambahbaikan yang paling ketara pada Persona generasi ini ialah sistem Intake Air-Fuel Module (IAFM).

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 02

Seperti Perodua Axia, pada awalnya ia tidak didatangkan dengan enjin VVT. Untuk model 2017, Axia telah menerima ciri keselamatan ABS pada semua varian kecuali varian E. Sebagai tambahan, kami cadangkan untuk menunggu sehingga model facelift dimana masalah dan spesifikasi kelengkapan kebiasaannya sudah tidak menjadi isu.

3. Pilih model yang lebih asas

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 03

Sekiranya anda boleh hidup tanpa roda aloi, anda boleh memilih roda keluli. Sekiranya anda boleh memandu kereta manual walaupun dalam kesesakan lalu lintas, anda boleh memilih model manual. Kereta manual mempunyai komponen yang lebih ringkas dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, anda tidak perlu khuatir akan kelengkapan yang didatangkan pada varian yang lebih rendah untuk kereta jenis ekonomi. Ini kerana varian tertinggi pada kereta ekonomi kebiasaanya tidak memberikan penambahan yang banyak dari segi kelengkapan. Ciri keselamatan seperti ABS dan ESC kebiasaannya sudah didatangkan pada varian pertengahan.

4. Pilih model yang dibeli oleh orang ramai

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 04

Walaupun terasa bosan, model yang dibeli oleh orang ramai kebiasaanya memiliki peralatan yang turut dikongsi oleh model lain. Ini memudahkan pusat servis untuk menyelenggara kereta tersebut disamping berharga lebih murah untuk digantikan.

5. Elak kereta yang mempunyai nilai jualan semula yang rendah

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 05

Untuk kereta pertama, anda akan menggunakannya untuk beberapa tahun sebelum menukar dengan kereta yang lebih baik. Nilai kereta semasa kebiasaannya digunakan untuk membayar deposit atau bayaran pendahuluan untuk kereta seterusnya.

Oleh itu, anda akan memperoleh lebih nilai sekiranya kereta yang anda gunakan mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

5 tips terbaik untuk membeli kereta pertama anda! 06

Tips khusus: Dapatkan kereta jenis hatchback. Ia lebih praktikal daripada sebuah sedan dimana kerusi belakang boleh dilipat untuk memuatkan lebih barang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda