window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan

Mersita · Sep 26, 2022 04:00 PM

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 01

Lima pemilik bertuah disambut gembira dalam majlis penyerahan Perodua Ativa Hybrid 2022 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan langkah besar syarikat otomotif Malaysia itu kajian konsumer unik untuk kenderaan hibrid pertamanya.

Para pemilik Perodua Ativa Hybrid baharu ini dan yang akan datang bakal menjadi penyumbang penting kepada usaha syarikat berkenaan dalam kajian dua bahagian untuk melihat kepenggunaan dan penerimaan pelanggan.

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahagian pertama kajian ini adalah untuk mendalami tabiat pemanduan kenderaan hibrid secara berkumpulan di kawasan berkepadatan tinggi iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.

Tujuan kedua kajian ini adalah untuk memahami dan mendalami penerimaan pelanggan terhadap servis "langganan (subscription)" 5 tahun, yang ditawarkan Perodua kepada klien korporat di bawah cabangnya, EZ Mobi.

Program percubaan ini juga membolehkan syarikat berkenaan untuk mengkaji tahap penerimaan di kalangan pelanggan terhadap program langganan jangkamasa panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan pemilikan kereta secara konvensional.

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 01

"Perodua Hybrid akan menjadi kenderaan terbaik untuk kami mendapatkan pandangan unik dalam tabiat warga Malaysia sebagai kumpulan terkawal, memandangkan data ini bakal digunakan untuk menjangka keperluan pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

Walaupun pemilikan kenderaan masih menjadi aspek utama dalam perniagaan, Dato' Zainal tidak menyangkal kemungkinan yang model perniagaan kenderaan secara langganan boleh menjadi kebiasaan bagi lebih ramai pengguna di masa hadapan.

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 02

"Inilah yang kami maksudkan dengan 'langganan' - satu servis dimana semua kewajipan lain-lain dalam pemilikan kenderaan - misalnya mengikut jadual servis, membayar insurans kereta dan membayar cukai jalan - akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Pelanggan hanya perlu membayar fi langganan untuk menikmati pakej ini," tambahnya lagi.

Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Sri Lokman Hakim Ali, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, dan Pengerusi Daihatsu Sunao Matsubayashi.

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 03

Dilengkapi dengan sistem telematik untuk pengumpulan data, Ativa Hybrid boleh dibawa pulang menerusi pajakan selama 5 tahun dengan had perbatuan 100,000 km sepanjang tempoh tersebut. Pelanggan hanya perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM 2,150 sekali dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM 500.

Pelan pajakan ini termasuk sekali dengan cukai jalan, insurans, dan kos servis. Oleh itu, pelanggan hanya perlu menampung kos alat ganti ‘wear-and-tear’ dan minyak kereta.

5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan 04

Namun, pemilik Ativa Hybrid pastinya tak perlu berbelanja lebih untuk minyak kereta kerana menurut Perodua, sistem hibrid SUV ini dikatakan boleh mencapai 31.3 km/liter berdasarkan ujian Malaysian Driving Cycle.

Perodua Ativa Hybrid 2022 merupakan ‘rebadge’ asli Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid dengan emblem dan lencana Perodua, diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Dapatkan spesifikasi dan maklumat lebih terperinci tentang SUV hibrid ini dalam artikel kami di sini.

Juga baca: Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda