window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar!

Faisal · Jan 13, 2023 11:00 AM

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar! 01

Setelah sebulan BYD Atto 3 dilancarkan, syarikat itu mengumumkan bahawa 500 unit telahpun sedia untuk menuju Malaysia.

Hantaran Facebook BYD Asia Pasific berkata, “500 BYD Atto 3 sedang menuju ke Malaysia untuk diserah milik”.

“Disebabkan tempoh menunggunya tidak sampai sebulan, perkara ini sekali kali menunjukkan bahawa rantaian bekalan dan kapasiti produksi BYD cukup kukuh”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar! 01

Bagi anda yang belum tahu, BYD Atto 3 didatangkan secara import (CBU) dengan harga RM 149,800 (Standard) dan RM 167,800 (Extended).

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar! 02

Varian standard menggunakan pek bateri 49.92 kWj. Varian Extended pula mengunakan kapasiti 60.48 kWj. Kedua-duanya menggunakan teknologi bateri ‘Blade’ LFP.

Juga baca5 sebab bateri LFP Blade BYD Atto 3 lebih hebat berbanding EV saingan lain

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar! 03

Dari segi jarak pandu, varian Standard boleh pergi 410 km NEDC (345 km WLTP), manakala Extended boleh mencapai 480 km NEDC (420 km WLTP).

Kedua-dua BYD Atto 3 dikuasakan oleh bateri depan yang menghasilkan 203 PS dan 310 Nm tork. Pecutan 0  - 100 km/j pula mengambil masa 7.3 saat.

500 unit BYD Atto 3 sedang dihantar ke Malaysia untuk diserah milik, 1 bulan selepas dilancar! 04

Akhir bulan lepas, Sime Darby Motors Malaysia iaitu pengedar sah BYD Auto di pasaran kita berkata bahawa tempahan BYD Atto 3 dalam 10 hari pertama sudah mencecah 1,000 unit. Jadi dengan 500 unit yang sedang dalam penghantaran, sasaran penyerahan mereka untuk suku 1 2023 di Malaysia nampaknya boleh dicapai.

Juga bacaBYD Atto 3 - Selepas 10 bulan di pasaran, apa kata para pemilik di China? Bagus, atau hampeh?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia