Sindiket curi Toyota Alphard/Vellfire melalui aplikasi sewa lepastu 'convert' kini berleluasa!
Faisal Β· Jul 8, 2022 05:00 PM
0
0
Baru-baru ini, riuh media sosial dengan kisah seorang insan yang menyewakan Toyota Alphard miliknya ke satu aplikasi sewaan kereta yang dikenal sebagai Trevo. Untuk makluman anda, anak syarikat SoCar ini mula naik sewaktu PKP kerana ramai yang menghadapi kesukaran untuk mencari sumber pendapatan.
Mengenai kes yang viral ini, MPV tersebut hilang dibawa lari oleh pengguna Trevo yang bernama Balamurugan Selvam. Lokasi terakhir yang diketahuinya adalah di Bangsar South iaitu tempat di mana MPV tersebut mula disewa.
Keraguan mangsa mula terjadi apabila Dasher(wakil Trevo) yang sepatutnya menguruskan pengambilan dan penghantaran semula kereta sewa memberitahu bahawa pengguna itu akan memulangkannya sendiri. Setelah lewat dari tempoh meminjam, mangsa terus berhubung dengan suspek tetapi banyak pula dalih yang diberi seperti di bawah:
Kini, ia dipercayai masih berlegar di sekitar Lembah Klang. Menurut mangsa, MPV itu adalah hadiah kepada si isteri. Menariknya, mangsa percaya bahawa aplikasi Trevo ada bersekongkol dengan sindiket curi kereta kerana rekod tempahan dalam aplikasi itu hilang secara tiba-tiba.
Yang tak tahannya, kes ini bukan kali pertama buat aplikasi Trevo kerana berdasarkan bebenang mangsa di Twitter, ada juga yang menghadapi insiden sama. Kereta pun sama.
Malah, Alphard milik salah seorang daripada mereka siap dah ditukar nombor pendaftaran dan geran JPJ. Yang kantoinya nombor casis sahaja kerana masih dalam proses penukaran.
Apapun, orang ramai yang jumpa Toyota Alphard bernombor pendaftaran VHL 805 diminta pantau dan segera laporkan kepada mangsa kerana ganjaran sebanyak RM 2,000 akan menanti kalau MPV itu berjaya dibawa pulang.
Malah, kalau jumpa sekali dengan pengguna yang Bernama Balamurugan Selvam itu juga akan ditambah lagi RM 1,000.
Menariknya, aplikasi Trevo baru sahaja memberitahu bahawa sesiapa yang jumpa akan turut diberi ganjaran RM 5,000.
Buat masa sekarang, mangsa telah mendapat pampasan kereta sementara dari Trevo iaitu Toyota Vellfire. MPV yang hilang itu pula akan diganti rugi oleh Trevo seandainya memang tidak dapat jumpa.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.