window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%!

Faisal ยท Jul 14, 2022 12:30 PM

Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%! 01

Sewaktu pelancaran Honda HR-V baharu 2022 yang berlangsung awal hari ini, Honda Malaysia sempat mengesahkan bahawa tempoh menunggu untuk SUV segmen B yang hangat ini mencecah 12 bulan.

Setakat ini, Honda Malaysia telah menerima lebih 20,000 tempahan buat Honda HR-V 2022 serba baru. Dalam jumlah itu, 20% merangkumi varian RS, 75% varian turbo dan 5% untuk varian 1.5 NA.

Untuk makluman anda, syarikat itu menyasarkan jualan HR-V baharu sebanyak 1,600 unit setiap bulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%! 01

Dalam kemelut isu bekalan komponen dan tempoh menunggu yang lama buat pembelian kereta baru, pelanggan sebenarnya didapati membuat tempahan model sama di dua pengedar Honda yang berbeza. Malah, mereka turut menempah Toyota Cross Cross sekali. Akhirnya, model yang sampai dahulu yang akan mereka pilih dan batalkan semua yang lain.

Disebabkan itu, jumlah tempahan yang tinggi tidak menunjukkan permintaan yang sebenar.

Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%! 02

Apapun, CEO Honda Malaysia iaitu Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Kami sedang berusaha untuk menyerahkan kenderaan yang dibeli secepat yang mungkin”.

Encik Sarly Adle Sarkum iaitu Presiden dan COO Honda Malaysia turut menambah, "Disebabkan jualan akan bermula bulan ini, kami akan tukarkan tempahan kepada jualan dan kami akan lihat kadar pembatalan dan tempahan baru yang masuk supaya trend sebenar dapat dilihat".

Secara amnya, Honda HR-V 2022 serba baharu ditawarkan dengan 4 varian yang bermula dari RM 114,800 hingga RM 140,800. Untuk anda yang berminat, tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar Honda yang sah.

Juga baca2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

@wapcar_zamil Amacam, sanggup ke tunggu 12 bulan nak beli HR-V baru? ๐Ÿ˜ #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #belajaronline #kelastiktok #honda #hondahrv โ™ฌ Despair (ๆŠ–้Ÿณ็ƒญๆ’ญ) - ๅˆๆขฆ

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda