window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k!

Haris Ā· Jul 24, 2022 10:00 AM

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 01

Sebagai antara pasaran istimewa, Honda HR-V 2022 serba baharu ditawarkan dalam pilihan enjin aspirasi semula jadi, enjin pengecas turbo atau hibrid - 3 pilihan enjin berbeza yang hanya ditawarkan untuk pasaran Malaysia sahaja setakat ini.

Untuk model hibrid, varian teratas Honda HR-V RS e:HEV memang sudah dirancang untuk bersaing secara langsung dengan peneraju pasaran SUV hibrid, Toyota Corolla Cross Hybrid.

Oleh itu, model yang mana patut anda beli sekiranya anda berminat dengan penjimatan minyak yang ketara tanpa mengorbankan prestasi?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Perbandingan harga
Model Harga
Honda HR-V RS e:HEV RM 140,800
Toyota Corolla Cross Hybrid RM 139,991
Semua harga OTR tanpa insurans, cukai jalan

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 01

Perbandingan harga dan spesifikasi.

Trenkuasa: Bukan semua hibrid diciptakan setaraf

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 02

Model hibrid mendapat logo aksen biru untuk Honda HR-V RS-e:HEV. Perincian hibrid seperti ini hanya terhad kepada logo Honda di hadapan dan belakang serta lencana RS pada bahagian gril dan RS e:HEV pada but belakang.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 03

Toyota mendatangkan lebih banyak perincian berbeza untuk model hibrid dengan logo aksen biru depan dan belakang, lencana "hibrid" pada bahu roda depan dan but belakang serta lampu LED dengan aksen biru.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 04

Walau bagaimanapun, rangkaian kuasa e:HEV i-MMD yang diambil daripada Honda City telah diubah suai untuk Honda HR-V.

Dua perubahan utama: bateri voltan tinggi mempunyai ditambah dengan lebih banyak sel bateri (60 sel, berbanding 48 dalam City/City Hatchback RS) yang membawa kepada peningkatan kuasa.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 05

PCU kini terletak di ruang enjin, lebih ruang untuk kabin

Enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi DOHC suntikan port petrol kini mampu menghasilkan lebih kuasa dengan 107 PS dan tork 131 Nm. Motor daya tarikan juga telah dipertingkat kepada 131 PS dan 253 Nm tork yang tersedia serta merta.

Ini lebih tinggi daripada model Honda City RS hibrid (sedan/hatchback), yang mana enjin mereka menghasilkan 98 PS/127 Nm, manakala motor mereka menghasilkan 109 PS/253 Nm.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 06

Honda HR-V RS e:HEV menggunakan sistem hibrid dwi-motor penuh, yang berfungsi sedikit berbeza daripada Toyota Hybrid System II (THS-II) siri selari (parallel series) yang menjana kuasa pada Toyota Corolla Cross Hybrid.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 07

Untuk kebanyakan masa, pacuan dijana oleh motor daya tarikan elektrik untuk Honda HR-V RS justeru memberikan pengalaman pemanduan yang lancar seperti kenderaan elektik (EV). Lebih mengujakan adalah tork 253 Nm yang tersedia dari pegun yang menjamin keterujaan pemanduan dan kuasa elektrifikasi.

Sementara itu, enjin petrol kitaran Atkinson berfungsi sama ada untuk memacu penjana (generator) untuk memberikan kuasa tambahan untuk motor, atau untuk memacu roda semasa pemanduan pada kelajuan tinggi.

Dalam Toyota Corolla Cross, masih terdapat juga 3 mod berbeza tetapi ia berfungsi secara berbeza: bateri tulen (EV), motor serta enjin yang memacu roda dan akhir sekali motor dan enjin yang memacu roda sambil mengecas bateri.

Dalam mod EV, bateri membekalkan kuasa secara langsung pada motor yang memacu kenderaan, bermakna pada kelajuan rendah ia adalah kenderaan elektrik.

Walau bagaimanapun, disebabkan saiz bateri yang kecil, anda tidak dapat pergi jauh sebelum enjin dihidupkan dan memacu kenderaan.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 08

Output kuasa juga berbeza: HR-V RS menghasilkan 131 PS / 253 Nm (motor sahaja), manakala Corolla Cross Hybrid menghasilkan 122 PS output gabungan.

Jika kelajuan sebenar adalah yang anda cari, maka Honda HR-V RS mungkin dapat memenuhi nafsu anda itu dengan lebih baik – rakan sekerja kami di Autofun Thailand berjaya melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam HR-V RS dalam masa 9.86 saat, manakala kami melakukan 12.9 saat dalam Toyota Corolla Cross Hibrid.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 09

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 10

Angka penggunaan bahan api juga berbeza sedikit; Toyota mendakwa Corolla Cross Hybrid hanya mencatatkan serendah 4.3 liter/100 km (ujian kami mendapati 5.1 liter/100 km lebih dekat di dunia nyata).

Manakala Honda mendakwa 4.1 liter/100 km yang lebih rendah. Ikuti Wapcar.my untuk pemanduan ujian dunia nyata kelak.

ADAS: Sensing menang dengan ciri EPB, Low-Speed Follow

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 11

2022 Honda HR-V menawarkan EPB

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 12

Toyota Corolla Cross masih menggunakan... brek kaki

Honda HR-V 2022 serba baharu hadir dengan brek parkir elektronik (EPB) standard dalam kelasnya. Namun, Toyota Corolla Cross Hybrid masih menggunakan brek kaki (foot brake) - juga standard untuk semua varian.

Hal ini memberi kelebihan kepada Toyota Corolla Cross dari segi kosmetik, bermakna konsol tengah bebas brek tangan. Jangan terkejut kerana ada yang gemarkan rekaan visual seperti ini.

Honda HR-V tentunya lebih baik dengan EPB yang bermakna ia mampu menawarkan ciri kawalan pelayaran adaptif (ACC) dengan fungsi Stop-and-Go yang lebih lancar. Bersama-sama dengan fungsi Low Speed Follow (LSF) dan ini memberikan pemanduan yang selesa dan selamat untuk trafik perlahan secara autonomi daripada Honda HR-V serba baharu.

Brek kaki pula bermakna anda perlu menetapkan semula kawalan pelayaran adaptif (ACC) apabila anda menekan brek. Tiada ketersambungan perjalanan yang sama seperti Honda HR-V.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 13

Bercakap mengenai keselamatan, kedua-dua kereta didatangkan standard dengan ciri keselamatan termaju (ADAS), di mana Honda HR-V dilengkapi dengan suite Honda Sensing, manakala Toyota Corolla Cross mendapat Toyota Safety Sense 2.0 (TSS 2.0).

Ciri-ciri yang ditawarkan agak maju di antara mereka, tetapi Honda HR-V menambah ciri Lead Car Departure Notification (LCDN), yang merupakan amaran audio visual untuk memberitahu anda kereta di hadapan telah bergerak sekiranya pemandu lalai.

Pakej ADAS pada HR-V vs Corolla Cross
Honda Sensing TSS 2.0

Front Collision Warning (FCW)

Collision Mitigating Braking System (CMBS)

Lane Keep Assist (LKA)

Road Departure Mitigation (RDM)

Lane Departure Warning (LDW)

Auto High Beam (AHB)

Adaptive Cruise Control w/ Low Speed Follow (ACC, LSF)

Lead Car Departure Notification (LCDN)

Pre-collision System with Pedestrian Detection (PCS)

Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)

Lane Departure Alert (LDA)

Lane Tracing Assist (LTA)

Automatic High Beam (AHB)

Blind Spot Monitor (BSM) & Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Bagi ciri keselamatan pasif, Honda HR-V RS e:HEV mendapat 6 beg udara,  hill descent control (HDC), dan vehicle stability control (VSC). Ciri yang sama turut ditawarkan pada Toyota Corolla Cross Hybrid, tetapi dengan penambahan 7 beg udara pada kesemua varian. Kita memahami bahawa memang ada yang mementingkan jumlah beg udara justeru Toyota Corolla Cross menang untuk aspek keselamatan pasif.

Rekaan dalaman: HR-V banyak gimik, Corolla Cross bermain selamat

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 14

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 15

Ciri keselamatan dan output kuasa adalah 2 perkara awal yang selalu dibincangkan justeru kali ini kita ke bahagian kabin dalaman untuk perbandingan seterusnya. Berdasarkan percubaan kami, kedua-dua SUV mampu memuatkan lima penumpang dengan baik serta mempunyai pendingin hawa dwi-zon dan sentuhan dalaman khusus.

Honda HR-V RS menggunakan jahitan kontras merah pada upholsteri bahagian dalam manakala Toyota Corolla Cross Hybrid pula mengenakan pencahayaan ambien biru sebagai perbezaan dengan varian lain.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 16

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 17

Sebagai model mercu, kedua-duanya menawarkan pendingin hawa belakang, begitu juga tempat duduk kulit (boleh laras kuasa 8 hala untuk pemandu), pilihan mod pemanduan dan stereng multi-fungsi.

Baca: Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%!

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 18

Pencahayaan di sekeliling tombol ini adalah sesuatu yang biasa dilihat pada kereta premium, bukan dalam kategori ini

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 19

Air Diffusion System

Tentunya ciri Air Diffusion System adalah ciri yang paling mengujakan kerana ia bukan sekadar membuat penampilan sulung pada Honda HR-V tetapi pertama kali ditawarkan dalam sebarang model Honda.

Putar tombol ke kedudukan paling atas (mod Diffusion), dan corong udara kini berfungsi seperti "tirai udara" untuk mengurangkan haba yang masuk dari tingkap sisi. Ini juga menghilangkan perasaan kurang senang apabila udara dihembus terus ke muka anda.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 20

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 21

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 22

Walau bagaimanapun, Toyota Corolla Cross juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ya, untuk semua gimik yang ditawarkan dalam kabin Honda HR-V, Toyota Corolla Cross terbukti lebih selesa.

Hal ini kerana kotak kabin yang lebih lapang dengan garis bumbung yang konvensional dan lebih tinggi, manakala HR-V berasa sedikit sesak kerana bahagian belakangnya yang condong ke bawag dan garis bumbung yang lebih kecil. Bukan semuanya teruk jika mengikut jalur konvensional, kan?

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 23

Nampak biasa tapi sebenarnya sangat selesa

Toyota Corolla Cross juga mempunyai tempat duduk hadapan yang berani kami cakap, ianya menakjubkan dan antara antara yang terbaik dalam industri. Sungguh menyelesakan untuk diduduki, ia mampu membuatkan perjalanan jarak jauh terasa mudah, dan sehingga satu tahap boleh dikatakan lebih baik berbanding kereta premium.

Infotainment: Toyota jika anda luar biasa penyabar

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 24

Kamera bantuan ini akan menutup aplikasi navigasi. Untuk keluar dari pilihan skrin ini pula memerlukan masa

Kedua-dua model dari segi infotainment menawarkan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay berwayar; walaupun skrin sentuh dalam Toyota Corolla Cross adalah satu inci lebih besar dalam berbanding unit 8-inci pada Honda HR-V RS e:HEV. Kekurangan satu inci skrin tersebut tidaklah begitu ketara kerana yang penting adala

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 25

Bercakap mengenai skrin infotainment, antara muka sistem hiburan dalam Honda HR-V terasa jauh lebih baik. Audio kedengaran lebih dalam berbanding Toyota Corolla Cross yang kedengaran cetek. Ya, walaupun Lanewatch kadangkala mengganggu operasi skrin dalam beberapa situasi, anda boleh kembali ke menu yang diinginkan semudah menekan butang.

Terus terang di sini, unit infotainment pada Toyota Corolla Cross terasa sedikit jeda masa ketika menggunakannya. Juga masalah kamera bantuan yang dihidupkan pada kelajuan rendah dan tidak dapat dimatikan. Mungkin ini bukan isu untuk anda, siapa tahu?

Praktikaliti: Mungkin lebih banyak yang boleh dimuatkan Honda

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 26

Walaupun terpaksa mempunyai pek bateri di bawah lantai but pada kedua-dua kereta, ia masih mempunyai saiz yang agak munasabah dan mencukupi untuk kegunaan keluarga.

Kapasiti 440-liter Corolla Cross Hybrid tidak berubah daripada model petrol standard. Malangnya, tiada angka kapasiti but belakang yang diumumkan oleh Honda Malaysia untuk H-RV RS setakat ini tetapi kami berani bertaruh dengan anda bahawa anda mungkin tidak memerlukan lebih banyak ruang daripada apa yang ditawarkan.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 27

"Liter" tidak mencerminkan segala-galanya, hanya penanda aras bagi pengguna media sosial yang bernafsu dengan perbandingan spesifikasi. Toyota Corolla Cross secara teknikalnya mempunyai but yang lebih besar namun Honda HR-V mempunyai helah yang menarik - tempat duduk boleh lipat Multi Utility Seat serta gerbang roda minimal - tidak seperti Corolla Cross.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 28

Toyota Corolla Cross juga menawarkan tempat duduk belakang lipat biasa 60:40, berguna untuk mengangkut kargo yang panjang. Tanpa berdolak dalik, apa kata baca sendiri ulasan kami mengenai penggunaan ruang yang bijak pada Honda HR-V melalui pautan berikut.

Baca: Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya

Khidmat Selepas Jualan: Toyota tawar jaminan yang lebih baik

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 29

Honda HR-V dijamin oleh waranti perbatuan 5 tahun dengan jarak tanpa had, yang mana datang dahulu. Untuk varian Honda HR-V RS e:HEV, bateri hibrid voltan tinggi dilindungi oleh waranti perbatuan lanjut, mencecah 8 tahun tanpa had perjalanan tetapi kaveat utamanya, ia hanya menjamin bateri SAHAJA.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 30

Toyota menawarkan terbaik dalam pasaran hibrid dengan waranti 5 tahun/tanpa had standard untuk seluruh kereta serta jaminan 8 tahun, perbatuan tanpa had merangkumi bukan sahaja bateri voltan tinggi, tetapi juga inverter dan komputer kawalan kenderaan hibrid (hybrid vehicle control computer).

Toyota juga mempunyai reputasi yang lebih cemerlang dalam hal perkhidmatan selepas jualan dan itu merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan.

Baik beli Honda HR-V RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid? SUV hybrid RM 140k! 31

Jika anda masih ragu-ragu dengan hibrid, Toyota juga menawarkan lanjutan waranti untuk di atas waranti biasa mencecah sehingga 10 tahun (jumlah keseluruhan)/tanpa had dengan tambahan hanya RM 2,950.

Honda tidak menawarkan lanjutan waranti sedemikian.

Konklusi: Kami pernah beritahu, ia akan bersaing rapat

Honda atau Toyota mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri menjadikan harga yang dibayar sangat berbaloi bagi kedua-dua model. Malah, Wapcar.my pernah memberi petanda sebelum ini bahawa ia akan bersaing dengan sangat rapat, sehinggakan tiada persaingan antara model kenderaan lain yang dilihat sengit seperti ini.

Baca: Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga?

Honda HR-V pasaran Malaysia juga masih belum rasmi di atas jalan raya kita (model ulasan pandu uji kami adalah di Thailand), manakala Toyota Corolla Cross Hybrid telah menetapkan standard keselesaan pemanduan yang agak tinggi. Bagi pengguna yang sanggup menunggu tempoh waktu yang lama untuk kedua-duanya, berikan pendapat anda mengapa anda memilih satu berbanding yang lain?

Baca: Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda