window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k!

Khairil ยท Jul 19, 2022 05:30 PM

 

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 01

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini penawaran untuk skuter Yamaha NMax 155 (2022) dengan dua pilihan warna baharu - Matte Blue dan Matte Green bersama harga asas yang juga baharu, RM 9,498

Untuk versi Yamaha NMax 155 (2021), pilihan warna yang ditawarkan adalah Icon Grey dan Power Grey dan dijual bersama harga RM 8,998 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 01

Matte Green

Juga sedikit mengecewakan, kemas kini yang dilakukan HLYM untuk Yamaha NMax 155 (2022) hanya membabitkan perubahan kosmetik dan ia masih belum dilengkapi teknologi seperti sambungan Y-Connect, Sistem Kunci Pintar (keyless), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi.

Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 02

Matte Blue

Turut tidak berubah adalah di bahagian trenkuasa dengan Yamaha NMax 155 (2022) masih kekal dengan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, VVA, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 03

Kuasa yang dihasilkan adalah 14.9 Hp pada 8,000 rpm dan tork 14.4 Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 04

Antara ciri-ciri yang boleh dianggap menarik untuk Yamaha NMax 155 (2022) adalah ia menggunakan lampu LED untuk lampu utama dan belakang dengan lampu signal masih menggunakan 'bulp' konvensional.

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 05

Panel meter menggunakan digital LCD 'monochrome' dengan akses kepada menu diletakkan di bahagian bar 'handle' dan turut menggunakan sistem 'Start Stop' dan mempunyai port pengecas USB.

Juga baca: Yamaha NMAX 155 (2021) dapat warna baharu, tapi masih belum spesifikasi penuh!

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 06

Storan bawah pelana berkapasiti 23.3 liter tetapi apa yang lebih menarik, tangki bahan api untuk Yamaha NMax 155 (2022) ini cukup besar iaitu 7.1 liter.

Beralih kepada sistem suspensi, tiada perubahan dibuat dengan ia masih menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak berkembar. Sistem brek juga kekal dengan cakera depan dan belakang dengan saiz cakera 230 mm. 

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 07

Seperti kebiasaan, Yamaha NMax 155 (2022) ini memiliki jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km dan setiap pembelian akan memperoleh kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.

Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k! 08

Kepada yang berminat, Yamaha NMax 155 (2022) sudah pun tiba di cawangan pengedar sah HLYM bermula hari ini.

Juga baca: Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda