window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal!

Faisal · Jul 21, 2022 09:00 AM

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal! 01

Bagi anda yang belum tahu, industri automotif sekarang sedang bergelut dengan isu logistik dan kenaikan harga bahan mentah. Malah, mereka turut berhadapan dengan kekangan bekalan komponen semikonduktor dan bilangan tenaga kerja. Sejak bulan Jun, beberapa pengeluar sudah mengumumkan kenaikan harga yang mana ia bukan sebab cukai SST semata-mata (untuk memudahkan peralihan, kedua-dua faktor sebenarnya digabungkan dalam satu kenaikan harga).

Toyota sebagai contoh telah mengumumkan kenaikan harga sekitar RM 3,000 walaupun untuk Toyota Hilux yang mana sebagai kereta komersial, ia tidak mendapat pengecualian SST. Jadi, perubahan harga ini tiada kaitan dengan SST yang diperkenalkan semula pada 1 Julai 2022 yang lalu.

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam masa yang sama, jenama nasional seperti Proton turut menaikkan harga Proton X70 2022 1.8 TGDi Premium mereka sebanyak RM 6,000 berbanding harga pra-SST yang diumum pada Februari 2020 walaupun tiada perubahan pada spesifikasinya.

Jenama kegemaran Malaysia seperti Honda juga turut mengumumkan harga terbaru tetapi memandangkan model-model baharu mereka telah dilancarkan dalam tempoh pengecualian SST ataupun mengalami perubahan dari segi kelengkapan, agak sukar untuk membuat perbandingan sebenar.

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal! 01

Dengan tempoh menunggu yang cecah 1 tahun untuk Honda HR-V 2022 dan 6 bulan untuk Honda Civic, persoalan yang paling tepat ialah adakah ia akan mengalami perubahan harga? Maklumlah, kenaikan / penurunan harga kan bergantung pada bekalan dan permintaan.

Juga bacaTempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%!

Sewaktu ditanya mengenai kenaikan harga pada masa akan datang untuk kereta Honda di Malaysia, Yujiro Sugino, selaku Penyelaras Eksekutif dalam sesi wawancara selepas pelancaran Honda HR-V 2022 berkata, “Kami baru sahaja mengumumkan harga (baru) kami pada bulan Julai. Jadi buat masa sekarang, tidak akan ada lagi sebarang kenaikan harga”.

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal! 02

Apabila ditanya sama ada harga akan dikekalkan pada 2023 pula, Sugino mengulas bahawa harga baharu ini akan beransur sama “buat masa sekarang”.

Untuk makluman anda, Honda Malaysia dagang dalam kedua-dua Yen (ada kadar yang menguntungkan buat Ringgit) dan US Dollar (paling menguntungkan). Kalau anda nak tahu, kebanyakan urusan mereka berdagang dalam matawang US Dollar bagi mengimport barang dari Thailand iaitu kilang serantau buat Honda.

Juga baca2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Honda Malaysia: Kos bahan mentah naik tapi untuk sekarang, harga kereta akan terus kekal! 03

Ada tak SUV lain dalam harga ini yang boleh sumbat semua barang seperti ini?

Buat masa ini, matawang Ringgi agak lemah yang mana ia mencecah RM 4.45 iaitu paling rendah sejak kebelakangan ini. Dari segi analisa, Ringgit paling rendah sebenarnya adalah pada 8 Januari 1998 iaitu pada RM 4.71.

Mengenai Honda HR-V 2022 yang baru sahaja dilancarkan, harganya bermula pada RM 114,800 ke RM 140,800.

  • HR-V 1.5 S: RM 114,800
  • HR-V 1.5 E: RM 129,800
  • HR-V 1.5 V: RM 134,800
  • HR-V 1.5 RS e:HEV: RM 140,800

Juga baca: Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya

Memandangkan bekalan komponen untuk kereta baru agak terhad, akan jadi sukar untuk kami membuat rebiu penuh dalam masa terdekat. Nasib baiklah sementara waktu, kami berpeluang untuk membuat rebiu berdasarkan sesi pandu uji di Thailand yang mana kami sendiri dapat merasai Honda HR-V RS e:HEV. Selain ciri bumbung suria panoramik, spesifikasi untuk pasaran kita dengan mereka adalah sama walaupun yang kita dipasang lokal di kilang Honda yang terletak di Pegoh, Melaka.

Juga bacaRebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda