window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R!

Faisal · Jul 21, 2022 02:00 PM

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 01

Honda sebentar tadi baru sahaja merasmikan generasi baharu buat model berprestasi teragung mereka iaitu Honda Civic Type R generasi 2023 (FL5).

Jentera yang dibangunkan berdasarkan Civic FL iaitu versi hatchback (FE untuk sedan) ini tampil dengan gaya yang jauh lebih bersih dan kemas berbanding Type R ‘ketam’ selama ini.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, ia tetap kekal dengan sentuhan agresif. Antaranya seperti 3 corong ekzos, fender yang lebar, spoiler tambahan pada bahagian belakang, rim 19 inci (menurun daripada 20 inci) dan bampar yang nampak cukup garang. Gril di depan pula menyerlah dengan paten ala sarang lebah yang berkemasan hitam kilat. Antara sentuhan istimewa yang ada pada bahagian luar termasuklah brek Brembo, emblem Type R dan logo Honda yang berwarna merah.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 01

Dari segi pilihan, warna Historic Championship White masih kekal sebagai warna kegemaran untuk Type R. Untuk anda yang mahu sedikit kelainan pula boleh pilih di antara warna Rallye Red, Boost Blue, Crystal Black Pearl and Sonic Grey Pearl.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 02

Masuk ke bahagian interior, Civic Type R generasi baharu kekal dengan penerapan tempat duduk sport berbahan suede yang berwarna merah dengan emblem Type R tetapi apa yang unik untuk kali ini adalah kerpet lantainya sendiri diterapkan warna merah.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 03

Selain daripada itu, terdapat lencana Type R pada bahagian papan pemuka, tali pinggang merah dan logo Honda berwarna merah pada bahagian roda stereng. Jahitan berwarna merah yang meliputi bahagian kabin juga tidak terkecuali. Maklumlah, Type R kan? Kenalah ranggi.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 04

Bercakap mengenai ini, Civic Type R baharu hadir dengan kluster digital eksklusif yang memaparkan grafik unik kalau pemandu masuk ke mod +R yang mana butangnya terletak pada konsol tengah. Mod ini meletakkan fokus pada informasi yang perlu seperti rpm, penunjuk rev, posisi gear, putaran enjin dan bermacam-macam lagi.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 05

Di samping itu, skrin infotainment yang dilengkapkan juga ada paparan grafik istimewa seperti mod memandu dan bacaan prestasi.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 06

Dalam bab ini, Civic Type R baharu kekal menggunakan enjin 2.0L VTEC TURBO dan transmisi manual 6 kelajuan beserta sistem rev match.

Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R! 07

Setakat ini, output dan bacaan prestasinya belum lagi didedahkan tetapi ia dikatakan Type R paling berkuasa pernah dihasilkan. Malah sebelum perasmian, Civic Type R baharu telahpun mencatatkan masa terpantas di litar antarabangsa Jepun di Sizuka untuk kereta berpacuan roda depan (FWD).

Juga bacaHonda Civic Type R 2022 ‘belasah’ Suzuka Circuit, nampak lagi ‘pedas’ dari FK8!

Di Jepun sendiri, Honda Civic Type R baharu akan dirasmikan sekitar bulan September.

Juga bacaKilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda