window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi!

Faisal ยท Jul 24, 2022 04:00 PM

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi! 01

Sijil Hak Memiliki Kenderaan di Singapura (COE) bagi Kategori Terbuka semalam mencecah rekod baru iaitu pada S$114,001 (~RM 364,890). Prestasi ini sekaligus memecahkan rekod S$110,524 (~RM 353,725) dalam bidaan lalu yang ditutup pada 6 Julai lepas.

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi! 02

Kredit foto: Motorist.sg

Malah, Kategori Terbuka kali ini juga memotong rekod lepas yang diraih 28 tahun lalu (dahulu sebagai Kategori Keempat) yang mana ia mencapai S$110,500 (~RM 353,631), iaitu pada Disember 1994.

Juga bacaKos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, COE bagi Kategori Terbuka boleh diguna untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya untuk kereta besar.

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi! 01

Kredit foto: Singapore Today.

Dalam masa yang sama, premium COE untuk kategori lain juga didapati meningkat.

Contohnya untuk Kategori A (kereta sehingga 1,600 cc & 130 PS), premiumnya ditutup pada S$78,899 (~RM 252,467) berbanding S$78,001 (~RM 249,625) dalam bidaan lalu,

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi! 02

Kredit foto: SG Family Man.

Sementara itu, premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$110,003 (~RM 352,041) daripada S$107,800 (~RM 344,991).

Untuk kenderaan komersial termasuk muatan dan bas pula, COE di sana meningkat kepada S$54,889 (~RM 175,660) berbanding S$54,011 (~RM 172,818) dalam bidaan sebelumnya.

Syukur duduk Malaysia - Harga COE kategori terbuka dah cecah RM 365k, belum masuk kereta lagi! 03

Kredit foto: The Straits Times.

Malah untuk motosikal juga, premiumnya ditutup pada S$10,910 (~RM 34,915), naik sedikit daripada S$10,889 (~RM 34,848) dalam bidaan lalu.

Secara keseluruhannya, harga COE berdasarkan beberapa bidaan sebelum ini menunjukkan trend yang meningkat. Untuk makluman anda, premium bagi Kategori B dan Kategori Terbuka juga tidak pernah-pernah menjangkaui S$100,000 (~RM 320,028), sampailah 8 Jun yang lepas.

Juga bacaKos untuk miliki motosikal di Singapura terus melonjak, deposit bidaan COE bakal naik dari RM 615 ke RM 2.5k!

Sumber: Mediacorp.sg

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda