window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k!

Haris · Jul 22, 2022 11:05 AM

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 01

  • Varian tunggal ditawarkan - EQS 450+
  • Lebih murah daripada Mercedes-Benz S580e
  • EV dengan jarak gerak paling jauh di Malaysia, ketika ini

 

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model EV mercu jenama itu, Mercedes-Benz EQS dengan varian tunggal yang ditawarkan - EQS 450+.

Berharga RM 698,888 (diatas jalan tanpa insurans, dengan SST), EQS 450+ adalah RM 10k lebih murah daripada Mercedes-Benz S580e (RM 708k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam majlis yang sama, 2 model kenderaan elektrik (EV) iaitu Mercedes-Benz EQB dan EQC turut dipratonton.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 01

Mercedes-Benz EQS diimport dari kilang Sindelfingen di Jerman. Sebagai model kenderaan EV bateri (BEV), duti import, eksais serta cukai jalan telah dikecualikan - sah sehingga 31-Disember 2023 untuk BEV yang diimport (CBU).

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 02

Pacuan hadir daripada motor elektrik (RWD) yang dipasang di roda belakang yang menghasilkan 333 PS/565 Nm, cukup untuk mendapatkan EQS 450+ dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat, dengan kelajuan maksimum pada 210 km/j.

Ia mempunyai bateri 107.8 kWj yang memberikan julat pemanduan mengikut ujian WLTP sehingga 782 km, cukup untuk pergi dari Johor ke Pulau Pinang (sekitar 700 km) hanya sekali caj.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 03

Pengecas terbina dalam membolehkan pengecasan AC sehingga 11 kW manakala pengecasan DC maksimum dinilai pada 200 kW, yang mengambil masa 31 minit untuk mendapatkan jular pengecasan 10 hingga 80 peratus.

Kabel pengecas akan diberikan percuma untuk kotak dinding (wallbox) atau stesen pengecas awam, berukuran lima meter.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 04

Dari segi pemulihan jarak pemanduan, Mercedes berkata ia mampu memulihkan jarak yang dioptimumkan dengan bantuan ECO Assist dan bertindak dengan fungsi foresight, mengambil kira keadaan trafik, topografi, dan lain-lain.

Pemulihan jarak pemanduan ini adalah berdasarkan cara melepaskan pedal selepas memecut sehingga titik berhenti tanpa menggunakan pedal brek yang didakwa 'mengecaj kenderaan semula' sehingga 290 kW.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 05

Memandangkan tiada bunyi enjin untuk memberi amaran kepada pejalan kaki berhampiran, kereta itu mempunyai ciri Acoustic Presence Indicator yang menjana bunyi Mercedes-Benz tertentu di luar kenderaan pada kelajuan sehingga sekitar 30 km/j.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 06

Bagi bahagian luar pula, Mercedes-Benz EQS 450+ memakai gaya luaran dan badan daripada barisan AMG, menampilkan roda aloi ringan berbilang jejari AMG 21-inci.

Ia menerima Digital Lighting, jalur pemantul berterusan di hadapan dan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 07

Mercedes mendakwa bahawa EQS adalah kereta pengeluaran massa yang paling aerodinamik di dunia, dengan pekali seretan (drag coefficient) 0.20 Cd. Hal ini turut menghasilkn julat pengendalian serta tahap hingar yang lebih baik.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 08

Di dalam, EQS 450+ dilengkapi dengan MBUX Hyperscreen yang merentangi papan pemuka. Berbilang paparan skrin dengan teknologi OLED digabungkan dengan seragam untuk mencipta skrin melengkung yang mengagumkan.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 09

EQS 450+ juga termasuk realiti tambahan MBUX untuk navigasi, MBUX High-End Rear Seat Entertainment System, 2 set kepala nirwayar, Pre-installation for Remote and Navigation Services, Integrasi Telefon Pintar dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 10

EQS 450+ tidak senyap semasa bergerak, menampilkan dua pilihan bunyi Silver Waves dan Vivid Flux, yang dihasilkan semula melalui sistem bunyi sekeliling 3D Burmester. Walaupun Mercedes mengatakan bahawa lebih banyak pilihan bunyi boleh dipilih menggunakan teknologi over-the-air (OTA).

Ia mendapat kerusi Comfort Seats dengan upholsteri kulit Nappa, kain lantai velor, pelapik bumbung dalam fabrik hitam, stereng dibalut kulit Nappa, trim lime wood struktur garisan Anthracite dan konsol tengah kayu bergaris struktur dengan liang terbuka Anthracite .

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 11

Dari segi ciri-ciri lain, EQS 450+ mendapat pencahayaan ambien aktif 64 warna, tablet MBUX belakang, sistem pengecasan nirwayar untuk peranti mudah alih dan kawalan iklim automatik 4 zon. Ia juga mempunyai kaca berlamina penebat haba, penebat hingar dan cermin berlamina pemantul inframerah (pengguna SmartTag harap maklum).

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 12

EQS 450+ disertakan dengan Driving Assistance Plus Package termasuk:

  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Sokongan Evasive Manoeuvre
  • Pre-Safe Impuls pada bahagian sisi
  • Sensor belakang untuk lane departure assistant

Ia turut menawarkan Parking Package dengan kamera 360-degree dan Active Parking Assist.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 13

Mercedes-Benz EQS 450+ didatangkan dengan waranti standard 4 tahun, manakala bateri voltan tinggi mempunyai waranti 10 tahun/250,000km, yang mana datang terdahulu.

Johor ke Pulau Pinang sekali caj, Mercedes-Benz EQS 450+ dilancarkan - jarak gerak 782 km, dari RM 698k! 14

Baca juga: 

Mercedes-Benz EQB 350 didebut di Malaysia - SUV EV 7 tempat duduk, anggaran harga dari RM 330k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz EQS AMG 53 4MATIC+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda