window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'!

Faisal · Jul 25, 2022 02:00 PM

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 01

  • Platform casis ladder frame T6.2 telah dibesarkan, cukup muat untuk letak bateri bervoltan tinggi dan motor serta arkitektur elektrik yang 'future-proof'
  • Trak EV yang akan diposisikan bawah F-150 Lightning sudahpun disahkan
  • Rakan Global Alliance iaitu VW memberitahu bahawa Amarok versi elektrik juga tidak mustahil, kembar tidak seiras kepada Ranger

Ford Ranger elektrik sepenuhnya (EV) nampaknya boleh menjadi realiti. Untuk makluman anda, Ford berazam untuk menjadi peneraju dalam dunia trak pikap walaupun dunia sudah berubah ke arah elektrifikasi.

Juga bacaFord Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik!

Mengenai Ford Ranger generasi T6.2 yang dilancarkan di Malaysia pada Jumaat lalu, ia dibina berasaskan casis ladder frame terbaru. Ruang enjinnya juga direka menjadi lebih besar tetapi dengan struktur depan jenis hydro-formed, ia tidak menjejaskan ruang kabin langsung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Ford, perubahan mekanikal ini termasuk sekali dengan penerapan arkitektur elektrik yang menyokong tombol gear elektrik (shift-by-wire) dan brek parkir elektrik serta infotainment baru yang menyokong kemaskini perisian akan membuatkan Ranger 2022 'future-proof'.

Juga bacaFord Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 01

CIk Pritika Maharaj, Global Program Manager untuk Ranger dan Everest.

Cik Pritika Maharaj selaku Global Program Manager Ford yang duduk di Australia serta terlibat dalam pembangunan Ranger generasi lalu dan semua kenderaan berplatform T6 memberikan satu petunjuk melalui perkataan ‘alternative propulsion’. Tetapi setakat ini, belum ada maklumat yang lebih jelas.

Ulas beliau, “Apa yang kami telah lakukan pada Ranger generasi baharu adalah mempersiapkannya untuk masa depan. Lagipun, Ford sendiri memberitahu bahawa mereka akan ada kenderaan elektrik pada masa hadapan.”

Kalau anda nak tahu, Ford Ranger generasi baharu menggunakan casis ladder frame baharu yang 50 mm lebih lebar dan jarak roda sebanyak 50 mm lebih panjang. Posisi absorber belakang juga dikeluarkan lagi supaya ia duduk di luar kerangka platform.

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 02

Ford F-150 Lightning yang ada di pasaran Amerika sudahpun menunjukkan templat untuk trak bercasis ladder-frame jenis EV. Platform T6.2 sudahpun diperbesarkan untuk komponen elektrifikasi.

Menurut Ford, perubahan ini mempertingkatkan lagi mutu keselesaan dan pengendalian. Malah, ruang di dek belakang juga menjadi lebih luas. Tetapi dalam masa yang sama, modifikasi ini juga mungkin untuk memberikan ruang kepada bateri EV dan motor elektrik yang akan diletakkan pada kedua-dua gandar depan dan belakang.

Di samping itu, CEO Ford iaitu Jim Farley juga sudah mengesahkan bahawa selepas Ford F-150 Lighting, Ford akan memperkenalkan satu lagi trak EV. Walaupun apa yang dimaksudkannya mungkin versi EV untuk Ford Maverick yang berasaskan casis unibody, gambaran yang lebih menyeluruh menunjukkan bahawa ia mungkin juga sebuah Ranger.

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 03

Di sebalik VW Amarok ini adalah Ford Ranger.

Pada masa yang sama, Volkswagen Commercial Vehicles juga berkata bahawa menjelang 2030, 55% daripada kenderaan mereka yang dijual di Eropah akan meliputi EV. 45% lagi merangkumi hibrid plug-in dan enjin biasa.

Bagi anda yang belum tahu, Volkswagen Amarok sendiri diasaskan oleh Ford Ranger. Malah, ia juga dibina di kilang Ford di Pretoria, Afrika Selatan, sekali dengan Ranger.

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 04

Jadi, Amarok versi EV di pasaran Eropah sudah hampir pasti.

Lagipun, ahli lembaga pengarah Volkswagen Commercial Vehicle yang bertanggungjawab untuk pemasaran, Lars Krause telah memberitahu AutoCar UK sewaktu pelancaran Amarok di Wolfsburg, Germany bahawa “Kami sedang melihat kepada versi elektrik sepenuhnya. Ia masih terlalu awal tetapi ini adalah sesuatu yang kami pertimbangkan dalam generasi ini”.

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 05

Di Malaysia, Ford diwakilkan oleh kumpulan Sime Darby Motors. Mereka pula bercita-cita besar untuk segmen EV. Dalam strategi ‘Mobility’ terbaru mereka ada dua pendekatan iaitu perniagaan semasa dan masa depan untuk mengikuti perubahan trend.

Setakat ini, syarikat Hyundai, BMW dan Porsche mereka sudah ada dalam segmen EV.

Menariknya, satu sumber memberitahu kami bahawa SDAC sudahpun berusaha untuk Ford Mustang Mach-E.

Juga bacaEV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat?

Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'! 06

Secara keseluruhan, Ford Ranger EV dan VW Amarok versi elektrik mungkin debut serentak dan Malaysia akan jadi sebahagian daripada pelan mereka.

Walaupun belum disahkan mengenai kedua-dua model ini, mereka akan menjadi duo trak pikap EV pertama yang akan dijual di rantau Asia-Ocenia, mungkin buat Eropah juga.

Kalau ikut logik, ia mungkin dirasmikan secara global pada model facelift iaitu sekitar tahun 2025 -2026.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia