window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

Faisal Β· Aug 18, 2020 04:20 PM

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 01

Toyota Alphard dan kembarnya Vellfire yang sporty telah mengungguli jalan raya di Malaysia selama bertahun-tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2002 dan 2008. Walau bagaimanapun, masa untuk mengganas di landasan kanan, memandu VIP dan tow-kay mungkin berakhir buat salah satu dari mereka.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 02

"Tanks for the memories" bak kata omputeh

Menurut laman sesawang Jepun Best Car, Toyota akan menggugurkan beberapa modelnya yang bermula dengan Toyota Tank iaitu kenderaan jenis MPV mini. Tank akan terus dijual sehingga 15 September 2020 sebelum digabungkan dengan kembarnya, Roomy.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 03

Kenderaan jenis ini mempunya logo "Toyota Netz" di hadapan, tidak mungkin dikelirukan dengan sebuah Perodua

Toyota menjual kereta di Jepun melalui empat saluran penjualan pengedar yang berbeza iaitu Toyota Store, Toyopet Store, Corolla Store, dan Netz Store. Setiap rangkaian peniaga menjual model Toyota yang berbeza, beberapa di antaranya hanya eksklusif di kedai tertentu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 01

Sebagai contoh, Toyota Tank dijual di Toyota Store dan Corolla Store sementara Toyota Roomy dijual di Toyopet Store dan Netz Store. Namun mulai Mei 2020, Toyota memutuskan untuk menarik eksklusiviti pengedar tersebut.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 02

Di Jepun, Toyota mempunyai 54 model berbeza yang tersenarai di laman sesawang rasmi mereka. Syarikat gergasi Jepun tersebut telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan separuh daripada jumlah sekarang menjelang 2025 dan salah satu caranya ialah menggabungkan model kembar menjadi satu model tunggal. Toyota Regius Ace telah digabungkan menjadi Hiace pada Mei 2020 dan Toyota Succeed digabungkan menjadi Probox pada bulan Ogos ini.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 03

Toyota Roomy: Luas. Seperti namanya

Model-model tersebut adalah kenderaan komersial dan Roomy / Tank adalah kembar Toyota pertama yang digabungkan bukan daripada keluarga komersial. Roomy dipilih kerana ia adalah model yang lebih popular di antara keduanya.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 04

Model kembar lain yang berspekulasi untuk digabungkan menjadi satu termasuklah Porte / Spade, Premio / Allion, Noah / Voxy / Esquire (ini adalah kembar tiga), dan Alphard / Vellfire.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 05

Van kesukaan pemandu Malaysia untuk dicucuk/menyucuk di lebuh raya ini akan datang dengan generasi baru perubahan generasi pada awal 2022 iaitu ketika Best Car membuat spekulasi tahun terakhir kita dapat melihat Vellfire.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 06

Rata-rata penjualan bulanan untuk Alphard di Jepun adalah 6,500 unit, manakala Vellfire hanya 2,000 unit sebulan. Berdasarkan angka penjualan ini, mungkin mudah untuk melihat mana yang akan berakhir hayatnya.

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard 07

Namun demikian, kedua-dua Vellfire dan Alphard pada dasarnya adalah kenderaan yang sama walaupun Vellfire kelihatan lebih sporty di antara keduanya. Penggabungan ini masuk akal logik buat syarikat dan juga pelanggan. Adakah anda akan merindui Vellfire sekiranya ia digugurkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda