window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: "Macam tunjuk red card" - pemandu tayang passport Malaysia untuk potong 'queue', minta laluan tak dapat!

Haris ยท Aug 8, 2022 10:00 AM

Video:

Anda mungkin pernah mendengar bahawa passport Malaysia antara 10 passport paling berkuasa di dunia. Hal ini kerana dokumen tersebut membenarkan rakyat Malaysia pergi ke mana sahaja pelusuk dunia sehingga 180 negara kecuali Israel (tidak diiktiraf sebagai negara), turut meliputi negara bergolak seperti Korea Utara (larangan baru diumumkan tahun 2017).

Kita mungkin menerimanya sebagai anekdot sahaja tetapi seorang pemandu didapati mengambil serius ayat "paling berkuasa" selepas dirakam menayangkan passport Malaysia ketika cuba memotong barisan kenderaan.

Dalam satu hantaran daripada Joanna Loh, seorang pemandu Honda Accord didapati cuba memotong barisan ketika beratur di Link Kedua, Malaysia–Singapura menghala ke Johor Bahru pada hari Sabtu (6 Ogos).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu tersebut dilihat cuba memotong dengan cara yang agresif malah turut menayangkan passport kepada kenderaan perakam sambil menunjukkan isyarat tangan seolah-olah tidak berpuas hati.

Tak cukup dengan itu, pemandu tersebut juga sanggup berhenti dan turun dari kenderaan lalu menunjukkan ke arah nombor plat paling berkuasa "J" sambil menunjukkan ke arah telefon pintar miliknya dengan nada yang masih tidak berpuas hati.

Video:

Loh berpendapat bahawa tindakan lelaki itu adalah berpunca daripada kenderaan perakam yang menggunakan nombor plat Singapura.

Walaubagaimanapun, Loh dan penumpangnya juga merupakan warganegara Malaysia dan menegaskan bahawa tidak semestinya kenderaan bernombor plat Singapura dipandu oleh warganegara itu.

Ketika ini, hantaran tersebut telah menerima sehingga ribuan tontonan dan perkongsian. Masih belum ada sebarang laporan mengenai kejadian itu di laman sosial pihak berkuasa.

Baca: Video: "Pemandu Vios bodoh, tak reti sabar", kantoi potong barisan langgar Perodua Myvi sampai terbalik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda