window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah!

Haris · Aug 19, 2020 03:00 PM

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 01

Polis Perak pada hari ini telah menerima sebanyak 44 buah Honda Civic sebagai kenderaan rasmi mereka. Ketua Polis Perak, Komander Datuk Razarudin Husain berkata, kenderaan tersebut bakal digunakan dalam mempertingkatkan operasi dan pemantauan terhadap warga Perak.

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 02

Komander Datuk Razarudin Husain turut berkata penggunaan Honda Civic tersebut merupakan suatu keperluan bagi kontinjen polis daerah dalam negeri Perak. Polis Perak kini mempunyai 288 buah kereta bagi kegunaan mereka selepas pertambahan 44 buah unit Honda Civic tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 01

Perak mempunyai populasi berjumlah 2.4 juta penduduk dan semakin berkembang. Bagi mengurangkan risiko jenayah, penggunaan kereta baharu ini sangatlah dipuji dalam usaha mempertingkat mutu kualiti kawalan keselamatan pihak polis terhadap masyarakat tempatan.

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 02

"Dengan adanya kereta tambahan, kita dapat membuat kehadiran yang digeruni dan mengurangkan rasa takut terhadap jenayah. Ini juga memberi keyakinan polis dan meningkatkan elemen ketakutan terhadap penjenayah," ujar Komander Datuk Razarudin Husin.

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 03

Sebanyak 75% daripada 244 buah kereta yang ada sekarang digunakan secara sepenuhnya oleh kontinjen-kontinjen polis di bahagian daerah. Diharapkan dengan adanya pertambahan Honda Civic ini, kehadiran pihak polis bakal menimbulkan rasa gerun terhadap penjenayah.

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 04

Antara daerah yang bakal menerima Honda Civic ini adalah Ipoh, Hilir Perak, Taiping, Manjung, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Muallim, Tapah, Kampar, Perak Tengah, Sungai Siput dan Kerian.

Komander Razarudin turut menambah bahawa terdapat rancangan untuk menggantikan Proton Inspira dengan Proton X70 di beberapa daerah.

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah! 05

"Kami telah merencanakan untuk tiga daerah iaitu Gerik, Pengkalan Hulu dan Selama, masing-masing akan menerima sebuah Proton X70 di masa depan sebagai sebahagian daripada perancangan fasa kedua.

"Ini berdasarkan kesesuaian kenderaan ini di kawasan di kawasan masing-masing," ujar beliau lagi.

Sumber: Perak Today, NST

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda