window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Haris Β· Aug 9, 2022 02:00 PM

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 01

Toyota Motor Thailand Co., Ltd telah merasmikan penampilan pertama 2022 Toyota Vios generasi baharu. Dikenali sebagai Toyota Yaris Ativ di sana, Vios baharu ini merupakan generasi ke-4 dan bakal menjengah ke pasaran terbabit tidak lama lagi.

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 02

Merupakan sebuah model pembangunan bersama, Toyota Vios generasi baharu ini menggunakan platform DNGA dari Daihatsu serta dipacu oleh enjin 1.2 liter NA yang khusus untuk pasaran Thailand. Di luar pasaran tersebut ia bernadikan enjin 1.5 liter NA 2NR-FE yang sudah menjadi darah daging sedan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 01

Apa yang menjadi perhatian adalah rekaan Toyota Vios generasi baharu yang di luar kotak, tentunya menghasilkan pendapat kuat dalam kalangan pemerhati. Walaupun kekal dalam bentuk 3-kotak sedan, garis bumbung tiang-C kelihatan bersambung dengan bahagian but belakang - ciri paling ketara berbanding rekaan sedan biasa.

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 02

Bergerak ke bahagian hadapan, rekaannya seolah-olah merujuk kepada model Toyota Camry pada bahagian lampu hadapan dengan gril besar trapezoid masih dikekalkan. Lampu kabus kini berada pada sudut menegak di samping lampu siang DRL yang berbentuk L, juga saling tak tumpah seperti Camry.

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 03

Dengan kebanyakan perincian yang merujuk kepada Camry, kabin dalaman Toyota Vios juga dinaik taraf dengan sangat baik. Ia nampak lebih ringkas dan menarik dengan beberapa komponen yang dikongsikan bersama model Perodua - terutamanya pada bahagian stereng.

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 04

Dengan perincian 2 tona yang begitu berani dengan warna merah, Toyota Vios 2022 memberikan anjakan paradigma berbanding model generasi sebelum ini. Rekaan kabin dalaman tampak diberi lebih perhatian justeru mungkin inilah kepakaran Perodua diaplikasikan?

Baca: 2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua?

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 05

Terdapat brek letak kenderaan elektrik (EPB, kali pertama dalam Vios), gugusan meter digital 7-inci yang tidak berbeza dalam Ativa/Alza serta sistem infotainmen jenis terapung skrin sesentuh 9-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Varian yang lebih mahal akhirnya mendapat lubang penghawa dingin belakang, baru boleh bersaing dengan Honda City!

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 06

Dari segi keselamatan terdapat 6 beg udara standard dan beberapa sistem keselamatan pasif standard. Bagi ciri ADAS, suite Toyota Safety Sense (TSS) dalam Vios baharu adalah seperti berikut:

  • Pre-collision system
  • Lane departure alert
  • Front departure alert
  • Pedal misoperation control
  • Front Departure Alert
  • Adaptive Cruise Control

2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional? 07

Untuk pasaran Thailand terdapat gred khas yang menampilkan susun atur 6 pembesar suara Pioneer, tempat duduk kulit merah, lampu ambien 64 warna dan hiasan kelabu metalik pada bahagian luar.

Harga telah meningkat sedikit, namun varian pengenalan mengekalkan harga yang sama dengan model generasi sebelum. Secara keseluruhannya, peningkatan 2% boleh dijangkakan.

Harga 2022 Toyota Yaris Ativ di Thailand
Varian Harga 
Sport THB 539k (~RM 68k)
Smart THB 584k (~RM 73k)
Premium THB 659k (~RM 83k)
Premium Luxury THB 689k (~RM 86k)

Baca: Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda