window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa?

Haris Β· Aug 10, 2022 11:00 AM

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 01

  • Varian spesifikasi pertengahan lebih murah sekitar 2 peratus
  • Varian spesifikasi teratas hampir sepadan dengan Honda Sensing pada City, TSS kini ada lebih banyak ciri

2023 Toyota Vios D92A serba baharu (kod model NGC100) telah dirasmikan dan persoalan hangat di fikiran semua orang ialah, "adakah Toyota Vios bakal lebih mahal untuk generasi baharu ini?"

Di tanah kelahirannya, Vios dirujuk sebagai Yaris Ativ dengan penggunaan enjin 1.2 liter NA yang lebih kecil untuk mematuhi skema Eco Car di sana (setaraf polisi EEV di Malaysia) untuk cukai yang lebih rendah.

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, Toyota Vios 2023 serba baharu berharga seperti berikut:

  • Sport - THB 539,000 (~RM 67k)
  • Smart - THB 584,000 (~RM 73k)
  • Premium - THB 659,000 (~RM 83k)
  • Premium Luxury - THB 689,000 (~RM 87k)

Bagi model generasi sebelumnya, anggaran harga adalah sekitar THB 539,000 hingga THB 679,000.

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 01

Di antara varian ke varian, harga bagi model spesifikasi asas tidak berubah. Namun apabila mula mendaki hierarki spesifikasi tersebut, varian Yaris Ativ varian pertengahan baharu lebih murah daripada model yang digantikannya sebanyak 2.25 peratus hingga 2.5 peratus.

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 02

Varian Premium Luxury spesifikasi teratas pula cuma sekitar 1.46 peratus lebih mahal daripada model terdahulu, sudah tentu dengan beberapa ciri-ciri baharu.

Antara penambahan ciri yang dibuat, termasuk dalam suite Toyota Safety Sense yang dipertingkat adalah:

  • Adaptive Cruise Control
  • Blind Spot Monitoring dengan Rear Cross Traffic Alert
  • Warna ambien 64-warna
  • Automatic climate control dengan penapis kabin PM2.5
  • 6-pembesar suara Pioneer

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 03

Untuk pasaran Malaysia sebagai konteks, Toyota Vios NSP151 generasi semasa sudah menawarkan lebih banyak nilai wang yang jauh lebih berbaloi daripada pesaing segmen seperti Honda City dan Nissan Almera. Kekurangannya mungkin adalah daripada umurnya.

Baca: Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa!

Toyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa? 04

Toyota Vios NSP151 generasi sekarang di Malaysia

Semua varian NSP151 Vios menawarkan 7 beg udara, manakala varian pertengahan dan spesifikasi teratas menambah Sistem Pre-Collision System (PCS) Toyota, pada masa yang sama masih lebih murah daripada varian setaraf City dan Almera.

Ketibaan Toyota Vios serba baharu pada tahun 2023 nampaknya akan meniru trend Perodua yang memberikan ciri kelengkapan yang lebih banyak lagi pada harga yang mampu milik. Lagi pun, ini kan model pembangunan bersama? 

Baca: 2022 Toyota Vios generasi baharu debut - dibangunkan bersama Perodua, platform DNGA, bukan sedan konvensional?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda