window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0

Faisal · Aug 15, 2022 06:00 PM

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 01

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perodua melalui perkongsian strategik sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua. Program ini bertujuan untuk menaik taraf bekalan automotif tempatan ke peringkat seterusnya dengan menggunakan teknologi dan jentera termaju serta mendigitalkan proses pembuatan dengan menggunapakai Industri 4.0.

Kata Datuk Arham Abdul Rahman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MIDA,“Syarikat-syarikat tempatan memainkan peranan utama dalam membina ekosistem industri negara ke arah menyokong syarikat-syarikat besar dan syarikat multinasional. Kerjasama antara MIDA dan Perodua yang bermula sejak tahun 2020 ini penting bagi memastikan keupayaan pemain tempatan kita dalam industri automotif terus kukuh. Dalam inisiatif MIDA yang memberi kemudahan kepada syarikat-syarikat untuk menggunapakai pendigitalan dan Industri 4.0, kami berjaya menyumbang kepada pertumbuhan besar pembuatan Perodua. Perkara ini dilaksanakan melalui pemerkasaan rakan kongsi industri dan menyedia perkhidmatan kepada mereka".

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambah Datuk Arham.“Kerajaan telah melaksanakan usaha bersepadu dalam mengkaji semula dasar sedia ada dan menentu ukur semula strategi pelaburan untuk memastikan persekitaran perniagaan Malaysia kekal kondusif kepada pelabur-pelabur global. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk mempromosi dan membantu syarikat tempatan bagi meningkatkan dan menyegerakan penggunaan teknologi pembuatan pintar dan Industri 4.0 melalui pelbagai insentif dan kemudahan".

Untuk tahun 2022, MIDA meneruskan inisiatifnya melalui seminar pelaburan domestik, penglibatan dengan persatuan-persatuan dan dewan-dewan perdagangan kebangsaan, program rantaian industri/rantaian bekalan serta komitmen platform penyelarasan pelaburan domestik. Dalam masa yang sama, MIDA juga akan berusaha menyelaraskan sesi pemadanan perniagaan antara syarikat-syarikat utama dengan bakal pembekal/penyedia perkhidmatan tempatan dalam industri tertentu. 

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 01

Sumber: MIDA.

Sehingga 30 Jun 2022, 238 syarikat milik rakyat Malaysia telah diluluskan dengan geran perniagaan bernilai RM138.5 juta. Untuk pengetahuan anda, penerima adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada industri intensif buruh seperti plastik, kayu, perabot dan tekstil, manakala selebihnya adalah daripada industri berkaitan perkhidmatan.

Sementara itu, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua berkata “Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan dari segi rantaian bekalan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan pengkomersilan".

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 02

Program ini telah menunjukkan sambutan yang memberangsangkan kerana para peserta kumpulan pertama telahpun melaksanakan projek cadangan mereka. Program ini adalah untuk mempamerkan kemajuan projek kumpulan pertama serta mengalu-alukan kumpulan kedua ke projek tersebut kerana mereka juga turut membentangkan idea Industri 4.0 yang boleh dilaksanakan di dalam operasi mereka.

Beliau menambah “Pelaksanaan Industri 4.0 bukan sahaja bermanfaat kepada para pembekal automotif, malah memberi impak yang besar kepada agenda transformasi digital negara. Program ini juga boleh menjadi laluan pantas (fast track) kepada industri Malaysia, dari kecil hingga besar, kerana ia menyediakan dana beserta bimbingan. Peranan Perodua adalah untuk sentiasa membangunkan ekosistem automotif dan program ini merupakan satu lagi contoh komitmen kami ke arah objektif tersebut.”

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 03

Fasa pertama perkongsian strategik MIDA-Perodua telah melahirkan 3 rakan kongsi niaga yang berpotensi, termasuk LSF Technology Sdn.Bhd., J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. dan Autoliv Hirotako Safety Sdn. Bhd. Syarikat-syarikat ini juga telah diberikan Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu syarikat tempatan memasuki rantaian bekalan global.

Di bawah program seumpama ini, MIDA dan Perodua telah mengenal pasti 5 vendor baharu yang telah menunjukkan potensi dan berpeluang untuk berkembang. Ini termasuk Armstrong Auto Parts Sdn. Bhd., Ingress Aoi Technologies Sdn. Bhd., Namicoh Suria Sdn. Bhd., P.D. Kawamura Kako Manufacturing Sdn. Bhd. dan Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.

Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0 04

MIDA, sebagai agensi promosi utama Malaysia akan memperluaskan perkhidmatan sokongan mereka untuk membantu lebih banyak syarikat memperoleh pertumbuhan dari segi produktiviti, bakat dan merapatkan jurang kewangan dan teknologi. Agensi itu yakin melalui kemudahan dan langkah pemerkasaan seumpama itu, pemain automotif ini akan dapat meningkatkan penawaran perniagaan dan kepakaran mereka untuk menginovasi produk dan perkhidmatannya serta meningkatkan ekosistem rantaian bekalan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda