window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight

Zamil Syaheer ยท Sep 7, 2022 08:00 PM

Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight 01

Subaru Corporation mengumumkan bahawa mereka telah menjual lebih 5 juta kenderaan yang menampilkan teknologi EyeSight mereka (versi ADAS Subaru) secara kumulatif sejak ia mula diperkenalkan pada 2008.

Baca juga: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Subaru merupakan perintis dalam menggunakan kamera stereo semata-mata untuk bantuan pemanduan yang menyediakan ciri seperti kawalan pelayaran adaptif (ACC) dan brek pra-perlanggaran (PCB) yang mengesan bukan sahaja kereta, tetapi juga pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang motosikal di laluan kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight 01

Model yang dilengkapi EyeSight kini menyumbang 91% daripada jualan global Subaru.

Baca juga: Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'?

Bagi rakyat Malaysia, teknologi EyeSight membuat penampilan sulungnya pada 2018 semasa pelancaran Subaru Outback. Kedua-dua Subaru XV dan Forester turut disertakan dengan suite ADAS EyeSight.

Baca juga: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

@wapcar_zamil Boleh curi awek minat lambang H tak? ๐Ÿคฃ #cartok #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #kelastiktok #belajaronline #malaysia #subaru โ™ฌ Despair (ๆŠ–้Ÿณ็ƒญๆ’ญ) - ๅˆๆขฆ

Ketika berita ini ditulis, Subaru XV hadir dalam dua varian: 2.0i-P EyeSight (RM 139,788) manakala 2.0i-P EyeSight GT Edition berharga (RM 146,788).

Sebaliknya, Subaru Forester didatangkan dengan empat varian iaitu 2.0i-L GT Lite Edition (RM 163,788), 2.0i-S (RM 169,788), 2.0i-S EyeSight (RM 179,788) dan akhir sekali 2.0i-S EyeSight GT7 Edition (RM 187,788).

Sejak 2008, Subaru telah menjual 5 juta kereta yang dipasang dengan sistem ADAS EyeSight 02

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita telah melihat banyak video kamera pemuka yang mempamerkan ramai pemandu dan penunggang motosikal yang cuai di jalan raya. Pembantu pemanduan seperti EyeSight kadangkala boleh menyelamatkan nyawa anda daripada kemalangan yang mengancam nyawa.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda