window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal!

Haris · Sep 11, 2022 02:00 PM

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 01

  • Toyota Hilux Rogue terima kemaskini di Australia
  • Naik taraf meliputi dimensi, sistem gantungan dan brek
  • Harga kekal

Toyota Australia telah mengumumkan butiran harga dan spesifikasi bagi Toyota Hilux Rogue yang dinaik taraf, bakal tiba di bilik pameran pada bulan Oktober.

Toyota Hilux Rogue 2023 dijual pada harga bermula dari AUD 70,200 atas jalan, juga bermakna kemaskini ini akan ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang kenaikan harga.

Apabila anda mempunyai sebuah trak pikap yang hampir sempurna, tak banyak peningkatan yang boleh dilakukan melainkan ke kiri, kanan, atas dan bawah merujuk kepada Hilux Rogue ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 01

Jarak ketinggian Toyota Hilux Rogue kemaskini Australia ini meningkat kira-kira 20 mm manakala suspensi pada bahagian tengah dikelilingi tayar hadapan dan belakang meningkat kira-kira 140 mm.

Sean Hanley, Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia berkata, "Dengan kelebaran trek tayar dan ketinggian pemanduan yang lebih tinggi, Toyota Hilux Rogue yang dipertingkatkan ini bukan sekadar lebih besar tetapi ia juga menawarkan fungsi".

Baca: Toyota Hilux 2022 dinaik taraf; 'fender' lebih lebar, 'disc brake' belakang, lagi tinggi untuk tapau Ranger Raptor!

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 02

Jurutera Toyota menaik taraf suspensi Rogue dengan memanjangkan lengan suspensi hadapan dan bar penstabil hadapan, sambil melaraskan sudut penyerap hentak hadapan untuk meningkatkan kecekapan.

Selain itu, gandar belakang juga telah dipanjangkan justeru, penyerap hentak belakang telah diposisikan ke arah luar dari roda.

Buat pertama kalinya, Toyota Hilux Rogue menampilkan bar penstabil belakang, yang akan meningkatkan ketegaran body roll sebanyak 20% dan meningkatkan feel stereng apabila mengambil selekoh serta ketika menukar lorong.

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 03

“Kebolehan pemanduan yang dipertingkatkan di dalam dan di luar jalan digabungkan dengan rupa baharunya yang kekar dan harga yang menarik menjadikan Hilux Rogue baharu satu cadangan yang sangat menarik untuk pelanggan Toyota,” ujar Hanley.

Di samping itu, tugas pemberhentian trak ini dipertingkatkan lagi dengan brek cakera pengudaraan belakang menggantikan brek dram sedia ada. Rim pula dikemaskini dengan rim aloi 18-inci dengan kemasan gelap, menggantikan rim aloi 17-inci sebelum ini.

Baca: Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso!

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 04

Ciri-ciri unik untuk varian Hilux Australia seperti penutup bermotor kargo yang inovatif dan dibangunkan tempatan, bar sukan resin yang bergaya dan ruang kargo yang dialas dengan pelapik gred marin masih dikekalkan.

Ciri standard lain termasuk pemanas tempat duduk hadapan dengan upholsteri kulit berongga, skrin pandangan panoramik (360-darjah) dan bebola penunda. Terdapat juga trailer wiring harness yang direka bersepadu dengan trak pada bahagian belakang.

Sistem audio premium 9-pembesar suara juga standard untuk Hilux Rogue tetapi pelanggan boleh memilih untuk menggugurkan ciri ini lalu menerima sistem 6-pembesar suara untuk diskaun AUD 750.

Hanley berkata harga yang dikekalkan ini akan menjadi tawaran yang sangat menarik untuk pelanggan.

Toyota Hilux Rogue kemaskini dimensi, brek dan suspensi di Australia - harga kekal! 05

Hilux Rogue dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.8 liter turbodiesel dengan kuasa kuda 204 PS dan 500 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dan kuasa dihantar ke semua roda.

Toyota Australia berkata terdapat 9 warna pilihan untuk Hilux Rogue iaitu, Glacier White, Frosted White, Silver Sky, Graphite, Eclipse Black, Nebula Blue, Feverish Red, Saturn Blue dan Oxide Bronze.

Baca: Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda