window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pembeli Mitsubishi Triton ke-100,000 menang diesel percuma untuk 100,000 km!

Haris · Sep 12, 2022 07:00 PM

Pembeli Mitsubishi Triton ke-100,000 menang diesel percuma untuk 100,000 km! 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan bahawa Mitsubishi Triton telah mencecah jualan sebanyak 100,000 unit di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan, MMM telah memberi hadiah berupa isian diesel percuma sehingga 100,000 km bernilai RM 27,000 untuk pembeli bertuah ke-100,000 ini.

Pembeli bertuah tersebut adalah Muhammad Faerus yang merupakan seorang kontraktor pemasangan panel solar. 

Sejak penubuhan MMM pada tahun 2005, Triton sentiasa menjadi asas kejayaan jenama itu malah terbukti sebagai pick-up inovatif yang disukai oleh rakyat Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahun lepas, Triton mengekalkan pegangan pasaran yang kukuh sebanyak 22 peratus walaupun berdepan pandemik dan persaingan sihat daripada pesaingnya. MMM menjual sehingga 9,268 unit Triton pada tahun 2021, pertumbuhan 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pembeli Mitsubishi Triton ke-100,000 menang diesel percuma untuk 100,000 km! 01

Sempena sambutan ini, MMM turut menganjurkan 100,000 Triton Ambitions Contest bermula pada 14 September 2022. Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik Triton.

Penyertaannya mudah. Semua pemilik perlu mengisi borang tinjauan peraduan di laman web pada 14 September 2022 dan menyerahkan foto dalam salah satu atau keempat-empat kategori di bawah:

  • The Stylo King - aktiviti riadah pemilik yang paling tidak dapat dilupakan dengan Triton
  • Tough Champ - pengalaman paling sukar pemilik dengan Triton
  • Extreme Adventurer - perjalanan jarak jauh pemilik yang paling tidak dapat dilupakan dengan Triton
  • Mod Hero - Triton ubah suai paling hebat yang dilakukan pemilik

Dengan menyertai peraduan tersebut, pemenang daripada setiap kategori akan memenangi diesel sehingga 25,000 km bernilai RM 7,000.

Borang peraduan, penyerahan gambar dan terma dan syarat peraduan terperinci boleh didapati di laman web rasmi Mitsubishi Motors mulai 14 September 2022 dan seterusnya.

Baca: Saham Mitsubishi meningkat sebanyak 84 peratus pada 2022, hasil jualan di pasaran ASEAN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda