window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30?

Faisal Β· Sep 19, 2022 03:00 PM

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 01

Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) iaitu pengedar baru Peugeot di Malaysia bakal melancarkan Peugeot e-2008. Secara amnya, e-2008 adalah versi elektrik kepada SUV segmen B Peugeot 2008. Kalau anda nak tahu, versi petrol itu dipasang lokal (CKD) di fasiliti Stellantis di Gurun, Kedah.

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 02

Dari segi teknikal, Peugeot e-2008 menggunakan motor elektrik berkuasa 136 PS/260 Nm dan sumber kuasanya datang dari pek bateri berkapasiti 50 kWj yang terletak di bawah tempat duduk depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 01

Menurut Peugeot, e-2008 dalam kitaran WLTP boleh dipandu sejauh 345 km dan angka ini sendiri lebih hebat daripada Mazda MX-30 dan Hyundai Kona (e-Lite & e-Plus).

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 02

Apa yang membezakan 2008 varian elektrik dengan biasa adalah gril depan yang berwarna badan, lencana “e” pada bahagian eksterior dan port mengecas yang menggantikan tempat mengisi minyak.

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 03

Bercakap mengenai ini, Peugeot e-2008 menggunakan penyambung CCS Type 2 yang menyokong pengecas pantas DC sehingga 100 kW. Kiranya, pengecasan pantas selama 30 minit sahaja sudah membolehkan baterinya mencapai 80%. Kalau pengecas DC tiada, menggunakan soket di rumah yang berkapasiti 7.4 kW akan mengambil masa 8 jam untuk membuat satu pengecasan yang penuh.

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 04

Setakat ini, antara pasaran yang menjual Peugeot e-2008 adalah United Kingdom, Di sana, harga e-2008 bermula dari 33,230 GBP (~RM 173k). Kalau diikutkan, ia sedikit mahal berbanding Mazda MX-30 (25,545 GBP, ~RM 133k) dan Hyundai Kona Electric (30,450 GBP. ~RM 159k).

Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30? 05

Selain itu, antara pasaran yang bakal melancarkan Peugeot e-2008 adalah Singapura dan baru-baru ini, Peugeot Singapore telahpun membuka tempahan buat e-2008. Jadi, adakah crossover ini lebih memukaukan anda daripada Mazda MX-30 dan Hyundai Kona EV?

Juga bacaRebiu: Peugeot 2008 CKD Malaysia - Bosan tengok HR-V / Corolla Cross? Ini dia SUV Perancis mampu milik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Peugeot 2008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia