window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Mersita · Aug 28, 2020 04:00 PM

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 01

Selalunya, sebelum orang beli kereta terpakai, beberapa soalan biasa sering diajukan. Contohnya, “Kereta ni owner dulu beli tahun bila?” “Owner lama lelaki ke perempuan?” “Kereta ni pernah accident?” dan barangkali macam-macam soalan lagi. Kalau anda dapat penjual yang jujur, soalan ketiga mungkin akan dijawab dengan setulus hati. Kalau tak, macam mana anda nak tahu jawapan sebenar?

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 02

Perkara biasa bila tengok-tengok kereta terpakai antaranya ialah anda akan nampak calar, lekuk, atau 'putty' sikit-sikit di sekitar kereta. Kerosakan kecil kadang-kadang boleh jadi ‘senjata’ anda dalam proses tawar-menawar. Tapi, kereta terpakai yang ada kerosakan besar patut dielakkan saja.

Nak beli atau tak, terpulang pada anda. Entri kali ini hanya untuk menyatakan hal yang sebenar.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Persoalannya sekarang, bagaimana caranya untuk kita periksa kereta terpakai tersebut pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak?

Cara paling asas untuk memeriksa kerosakan tersorok ialah KONSISTENSI. Adakah sebelah kiri dan kanan kereta sama padan? Adakah cat sekitar badannya konsisten? Adakah benda-benda lain pun sama konsisten? Inilah tip-tip asas yang akan kami huraikan lagi nanti.

Untuk memudahkan anda, jom kita lihat 5 tanda-tanda ringkas yang menunjukkan sesebuah kereta pernah terlibat dalam kemalangan. Sememangnya tanda-tandanya ada lebih daripada 5, tapi kali ini kami akan fokuskan kepada perkara yang anda boleh periksa dengan mudah dan agak cepat.

1. Cat tak padan atau sekata

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 01

Perkara pertama yang paling senang untuk dikesan ialah cat kereta yang tak konsisten. Selalunya, hanya bahagian-bahagian yang terkesan akan dicat semula. Mengecat keseluruhan kereta memang mahal, dan selalunya mengganti keseluruhan panel lebih murah.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 02

Di WapCar, kami gunakan meter cat untuk memeriksa ketebalan cat pada setiap panel badan kereta untuk melihat konsistensinya. Jangan risau, kalau tak ada meter cat, cat yang tak sekata/padan pada kereta yang pernah rosak agak mudah untuk dikesan di bawah pencahayaan yang bagus. Lihat gambar-gambar di bawah dan lihat perbezaan pada tona cat kereta tersebut.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 03

Gambar: samarins.com

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 04

Gambar: samarins.com

Senang, kan? Pastikan anda minta betul-betul dan baik-baik dari penjual kereta supaya anda boleh periksa konsistensi cat di bawah pencahayaan yang bagus.

2. Bolt dan nat yang calar atau baru

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 05

Seterusnya, beri perhatian pada nat dan bolt di sekitar kereta. Selalunya, nat dan bolt dicat bersama-sama keseluruhan badan kereta. Lihat gambar di atas dan anda akan lihat bolt memegang pintu kereta pada badannya. Nampak tak bolt tersebut ada calar-balar?

Apa maksudnya?

Dalam hal yang satu ini, pintunya pernah ditukar. Apa yang membuatkan pemiliknya sebelum ini menukar pintu kereta? Sangat besar kemungkinannya yang pintu lama kemek atau rosak dalam kemalangan.

Ini ialah contoh lain dengan satu bolt disalut dengan marker cat manakala bolt lagi satu dibiarkan bogel tanpa cat:

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 06

Bolt kiri tidak dicat, bolt kanan dengan marker cat. Gambar: camaro6.com

3. Lampu hadapan atau bahagian lain yang nampak “baru”

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 07

Umur kereta sepatutnya sama dengan umur penutup lampu hadapan, begitu juga dengan umur radiator dan gril. Jika salah satu nampak “baru” bagi anda, kereta tersebut mungkin pernah terlibat dalam perlanggaran hadapan. Lampu hadapan yang tak padan ialah tanda paling mudah untuk dikesan. Bagi mengesahkan syak wasangka anda, anda boleh cari tanda bekas ‘welding’ yang tak sepatutnya ada dan bekas calar panel di bahagian depan kereta.

4. ‘Filler’ atau ‘putty’ di badan kereta

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 08

Gambar: autotrainingcentre.com

Jika anda pernah pergi ke pusat badan kereta, anda mungkin pernah lihat ‘body filler’, atau ‘putty’. Ini adalah inti penampal yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan badan kereta. ‘Putty’ bukannya besi, tapi ia diperbuat daripada resin dan bahan pengeras. Untuk mengesan samada sesuatu bahagian kereta pernah dibaiki dengan ‘body filler’ ini, anda boleh gunakan magnet biasa. Jangan luncurkan magnet tersebut di badan kereta, takut calar. Dengan perlahan-lahan dan lembut, periksa jika magnet tersebut melekat pada panel atau tidak.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 09

‘Body filler’ lebih senang untuk dikesan pada lengkungan bingkai roda.

Jika sesuatu bahagian badan kereta tersebut sepatutnya diperbuat daripada besi, magnet tersebut akan melekat. Jika ia tidak melekat, maksudnya ia hanyalah ‘putty’. Memandangkan ‘putty’ agak sukar untuk dikesan di atas permukaan rata badan kereta (tanpa magnet), ‘putty’ ini lebih mudah dikesan pada bingkai lengkungan roda. Periksa keempat-empat sisi kereta untuk mengesan penggunaan ‘putty’.

5. Panel yang tidak teratur

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 10

Akhir sekali, periksa jarak celah panel kereta tersebut. Periksa samada sebelah kiri dengan sebelah kanan sama atau tidak. Mustahil bagi kereta yang pernah kemalangan untuk dibaiki 100% sempurna. Jika kereta tersebut pernah dilanggar dari belakang, jurang pada sebelah kiri dan kanan bonet belakang selalunya tidak akan sekata.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 11

Perbezaan antara 0.5 mm – 1.0 mm antara sebelah kanan dan kiri agak biasa walaupun bagi kereta baru dan ia tidak begitu ketara pada mata kasar. Di WapCar, kami periksa jurang celah panel badan apabila kami menjalankan reviu. Di dalam kenderaan yang pernah mengalami kemalangan, perbezaan jurang di sebelah kiri dan kanan selalunya senang dilihat dengan mata kasar.

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 12

Perasan tak perbezaan jurang panel antara sebelah kiri dan kanan? Gambar: clublexus.com

Sambil-sambil tu, ambil masa untuk lihat betapa bagusnya panel (pintu, bonet, hud) boleh dibuka dan ditutup. Bunyi berderit atau pelik-pelik dan pintu yang susah untuk ditutup juga satu petanda tentang sejarah kemalangan kereta tersebut.

Rumusannya

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan 13

Jika anda berminat untuk membeli kereta terpakai, sila cari 5 tanda-tanda ini supaya anda tak terbeli kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan. Anda boleh gunakan kerosakan kecil yang tidak serius untuk tawar-menawar dengan penjual dan cuba untuk dapatkan harga yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Kesimpulannya, kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan bukanlah satu pilihan bijak jika anda mahu membeli kereta terpakai.

Jangan lupa ikuti WapCar – BM di Facebook untuk lebih banyak tip-tip berguna! Jangan terlepas tip-tip dan panduan pembelian kereta pada entri kami yang seterusnya.

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda