window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro!

Haris · Oct 3, 2022 02:30 PM

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro! 01

Bukan suatu gurauan apabila Chery menawarkan jaminan sehingga 10-tahun pada model baharu syarikat itu. Sebagai syarikat China yang pertama menawarkan tempoh jaminan sepanjang ini di Indonesia, PT Chery Sales Indonesia dengan bangganya telah meraikan titik permulaan pengeluaran Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro di dalam satu majlis yang bertempat di kilang pemasangan PT Handal Indonesia Motor di Bekasi, Jawa Barat.

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro! 02

Untuk pengeluaran pertama ini, Chery Indonesia menyasarkan 240 unit Chery Tiggo 7 Pro dan Chery Tiggo 8 Pro menjelang pelancaran rasmi pada Oktober 2022. Semua unit dipasang menggunakan komponen dan alat ganti yang dibekalkan dari kilang Chery Automobile di China.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Tempahan Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro di Indonesia dibuka, waranti 10 tahun / 1 juta km!

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro! 01

“Dengan permulaan pengeluaran Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro, kami mahu mengukuhkan keyakinan bakal pengguna terhadap komitmen Chery di Indonesia,” kata Tao Yong, Presiden Pengarah PT Chery Sales Indonesia dalam siaran rasmi syarikat, minggu lepas.

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro! 02

Chery telah melihat pertumbuhan yang mampan sekembalinya ke pasaran Asia Tenggara, di mana kebangkitan mereka di Indonesia dengan model siri Tiggo disokong oleh 12 pengedar di seluruh bandar terbesar di kepulauan nusantara itu.

Baca: Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton

Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro! 03

Selain itu, Chery juga telah menyatakan hasrat mereka untuk kembali ke Malaysia, membawa bersama SUV dari siri Tiggo ini beserta dengan model SUV serba baharu dari tanda nama Omoda, dengan model Omoda 5 yang lebih menarik. SUV Omoda 5 dilihat pesaing paling rapat Proton X50 yang kini merupakan antara SUV paling laris dalam pasaran.

Baca: Chery memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tentang servis selepas jualan, standard bertaraf global!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Chery Tiggo 7 Pro Upcoming Verison

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda