window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun!

Khairil ยท Oct 4, 2022 01:00 PM

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 01

EP Blueshark Sdn Bhd (EP Blueshark), anak syarikat penuh EP Manufacturing Bhd (EPMB)  akhirnya memperoleh kelulusan untuk memasang dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) beroda dua oleh kerajaan secara pemasangan tempatan (CKD), baru-baru ini.

Lesen Pengilangan untuk menjalankan aktiviti pemasangan di kemudahan pembuatannya di Glenmarie, Shah Alam itu diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 26 September lalu.

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

EPMB yang juga syarikat pengeluar alat ganti automotif dalam satu kenyataan, berkata kebenaran itu, yang telah diberikan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, akan diguna pakai secara retrospektif mulai 25 Julai 2022, memetik laporan BHarian.

Menurut EPMB, Lesen Pengilangan itu membolehkan EP Blueshark mengimport komponen motosikal elektrik dalam bentuk Semi Knocked Down (SKD) dan/atau pemasangan tempatan (CKD) dan dipasang dan dikilangkan di Malaysia untuk diedarkan ke pasaran tempatan dan ASEAN.

Juga baca: EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS!

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 01

Sebagai rekod, EPMB menjalin kerjasama dengan Sharkgulf Technologies Group Ltd yang berpangkalan di China untuk memasang, mengeluarkan dan mengedarkan EV dua roda berjenama Blueshark di Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.

Menerusi kelulusan itu, EPMB berkata mereka sudah bersedia untuk mempercepatkan usahanya untuk melancarkan 50,000 unit EV dua roda BlueShark secara komersial setiap tahun bagi tahun-tahun awal.

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 02

Menurut Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah, syarikat itu menjangkakan untuk memulakan pembinaan kilang pembuatan pada awal tahun 2023 dan menyasarkan untuk menyiapkannya menjelang suku ketiga tahun depan.

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 03

Hamidon berkata kemudahan pembuatan itu bukan sahaja akan maju dari segi teknologi tetapi juga akan menggaji sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat Malaysia dalam tenaga kerja dan melatih mereka melalui pemindahan kemahiran dan teknologi.

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 04

Salah satu model EV syarikat berkenaan, Blueshark R1 sudah pun mendapat kelulusan VTA daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) pada 30 Ogos lalu di bawah Jalan Malaysia, Akta Pengangkutan 1987. 

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 05

Sebagai info, Blueshark R1 adalah skuter elektrik yang dijana dua bateri berkapasiti 1.44 kWh dengan kuasa dihasilkan adalah 5 kW dan tork 201 Nm. Untuk pengecasan penuh, ia boleh mencapai jarak 160 km pada kelajuan 25 km/j.

EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun! 06

Mempunyai berat 92 kg (tanpa bateri), skuter ini boleh membawa muatan sehingga 200 kg dan turut datang dengan pelbagai ciri canggih seperti sistem tanpa kunci, kamera dan pelbagai lagi.

Juga baca: EPMB dah dapat 'lampu hijau', skuter elektrik Blueshark SG3000DT lulus ujian JPJ!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda