window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Altis kini "Kapten Perlahan" - ganti 1.8L dengan enjin 3-silinder 1.5L Dynamic Force!

Haris · Oct 4, 2022 08:00 PM

Toyota Corolla Altis kini

Berapa perlahan lagi kelajuan yang boleh dicapai oleh Toyota? Cukup perlahan apabila model Toyota Corolla sedan yang dikemaskini di Jepun menerima enjin 1.5L Dynamic Force selepas menggugurkan enjin 1.8 liter 2ZR-FXE yang selalu ditawarkan pada model segmen-C mereka.

Secara ringkasnya, Toyota mengemaskini model segmen-C dengan enjin yang selalu ditawarkan pada model segmen-B.

Toyota Corolla Altis kini

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan, Toyota Corolla sedan mendapat rekaan berbeza mengikut pasaran dan turut dikenali sebagai Toyota Corolla Altis di Malaysia. Model JDM prominen dengan logo C yang menggantikan logo Toyota di hadapan.

Toyota Corolla Altis kini

Toyota Corolla Prestige pasaran Afrika Selatan

Model pasaran Jepun adalah Toyota Corolla sedan generasi ke-12 dan sudah mula dijual sejak tahun 2018 lantas facelift ditawarkan untuk tahun ke-4 kitaran hayat produknya baru-baru ini. Toyota Corolla Altis di Malaysia boleh dikatakan merujuk kepada model Toyota Corolla sedan Prestige.

Toyota Corolla Altis kini

Toyota Corolla Altis kini

Menariknya, Toyota Corolla sedan terbaharu ini menawarkan enjin 3-silinder 1.5 liter Dynamic Force M15A-FKS (120 PS dan 145 Nm) yang lebih terkenal digunakan pada model satu segmen bawah seperti Toyota Sienta, Toyota Yaris dan Yaris Cross pasaran Eropah.

Baca: 2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang!

Toyota Corolla Altis kini

Dari kiri: Toyota Corolla Touring (Wagon), Toyota Corolla Sport (Hatchback), Toyota Corolla sedan, Toyota Corolla Cross 

Ia turut kehilangan beberapa kuasa kuda kerana enjin 4-silinder 1.8 liter aspirasi semulajadi 2ZR-FAE menghamburkan sehingga 140 PS dan 170 Nm. Transmisi pula digantikan kepada Direct Shift CVT dan bukannya Super CVT-i seperti model pra-facelift.

Toyota Corolla Sport seperti namanya menerima enjin yang lebih bersemangat dalam bentuk enjin 4-silinder 2.0 liter Dynamic Force M20A-FKS (170 PS, 202 Nm).

Toyota Corolla Altis kini

Pembeli mempunyai dua saiz paparan skrin infotainment, iaitu Display Audio 8-inci dan unit Display Audio Plus 10.5-inci, kedua-duanya dengan Apple CarPlay nirwayar dan sokongan Android Auto berwayar. Kelompok instrumen juga nampaknya telah dinaik taraf kepada skrin digital sepenuhnya

Toyota Corolla Altis kini

Peningkatan lain termasuk tambahan ciri Toyota Safety Sense ADAS yang menambah Junction Assist yang mengesan pejalan kaki apabila membelok ke kiri atau kanan serta Proactive Driving Assist yang menyokong operasi stereng dan brek pemandu untuk mengelakkan terlalu dekat dengan kenderaan yang diletakkan, pejalan kaki dan penunggang basikal.

Harga untuk Toyota Corolla sedan bermula dari 1,990,000 yen dan meningkat kepada 2,998,000 yen (RM 63,855 hingga RM 96,200).

Baca: Toyota Corolla Altis akhirnya berjaya tapau jualan Civic di Thailand pada Mei 2022, tapi sipi-sipi sahaja!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda