window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda!

Faisal · Oct 6, 2022 05:00 PM

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 01

Gambar hiasan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) baru-baru ini memberitahu bahawa mereka berhasrat untuk memperkenalkan sistem plaza tol tanpa palang yang dikenali sebagai Multi Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2025. Pelaksanaan yang telahpun mendapat persetujuan dari Jemaah Menteri ini merupakan satu bentuk usaha bagi mengurangkan kesesakan di kawasan plaza tol.

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 02

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, dengan melaksanakan sistem MLFF, kenderaan kiranya tidak perlu berhenti untuk membayar tol kerana ia tiada palang. Kaedah pembayaran yang bakal diguna adalah jenis RFID.

Juga bacaDengar keluhan pengguna, lorong RFID ditambah di beberapa laluan PLUS dan NKVE!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 01

Sistem MLFF sudah mula diuji di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Ulas beliau, “MLFF adalah antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019 - 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya”.

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 02

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 03

Selepas ini, rundingan bersama semua syarikat konsesi tol akan dibuat. Contohnya dari segi command centre (pusat arahan) yang mana ia akan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan perlu diintegrasikan dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya.

Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda! 04

Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah proses membangunkan penimbang berat kenderaan untuk mengesan lori yang lebih muatan. Kalau ikut teknikal, ia boleh menjadi punca terhadap kesesakan dan kerosakan jalan raya. Menariknya, ia boleh mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Sumber: Kementerian Kerja Raya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda