window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap!

Faisal · Oct 13, 2022 05:00 PM

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap! 01

  • Bateri lebih besar iaitu berkapasiti 72.8 kWj sekarang menawarkan jarak pandu sehingga 450 km
  • Infotainment baru yang lebih ergonomik, resolusi skrin lebih tinggi dan skrin yang lebih besar
  • Badan yang lebih kukuh
  • ADAS Lexus Safety System+ kini boleh kesan penunggang basikal pada siang hari dan pelintas jalan pada waktu malam

Lexus UX 300e, iaitu kereta EV Lexus pertama yang sudah ada di pasaran Indonesia, Singapura dan Thailand baru sahaja tampil dengan model tahun 2023.

Secara amnya, model baharu ini akan diperkenalkan di pasaran antarabangsa bermula tahun hadapan.

Juga bacaLexus UX terima kemaskini 2023: Bakal tiba di Malaysia dengan peningkatan keselamatan & prestasi

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap! 01

Sewaktu membuat debut pada tahun 2020, ia datang dengan bateri berkapasiti 54.4 kWj. Lexus UX 300e 2023 pula akan menggunakan kapasiti 72.8 kWj yang mana jarak pandunya (kitaran WLTP) mencecah 450 km.

Sama seperti selama ini, pengecas pantas DC masih menggunakan format Jepun iaitu CHAdeMo.

Dari segi kuasa, ia kekal pada 203 PS dan 300 Nm tork dan kuasa dihantar ke roda hadapan.

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap! 02

Masuk ke bahagian dalam, Lexus UX 300e 2023 hadir dengan infotainment lebih besar yang bersaiz 12.3 inci dan posisinya kini lebih dekat dengan pemandu. Skrin yang dipaparkan juga mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan ia datang dengan kemaskini over-the-air (OTA).

Pada masa yang sama, bahagian konsol tengah ditambah dengan 2 pengecas USB-C. Selain itu, saiz pad pengecas tanpa wayar juga dibesarkan lagi.

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap! 03

Infotainment baru pada bahagian atas.

Berkenaan keselamatan pula, ciri Pre-Collision System juga diperbaharui yang mana pada waktu siang, ia sudah boleh mengesan penunggang basikal. Malah pada waktu malam, ia juga boleh mengesan pelintas jalan.

Menariknya, aspek pengendalian dan pemanduan juga dinaik taraf dengan penambahan 20 titik kimpalan di serata casis.

Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap! 04

Di samping itu, EPS dan penyerap hentakan juga ditala semula di Toyota Technical Center Shimoyama iaitu trak mini ala Nurburgring yang mewakili situasi sebenar pemandu-pemandu Lexus akan hadapi dalam pemanduan harian mereka.

Secara amnya, penyerahan Lexus UX 300e 2023 akan bermula pada suku 2 tahun hadapan.

Juga bacaUMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Lexus UX 200 Urban

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda