window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm

Mersita · Oct 15, 2022 01:00 PM

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini menayangkan dua unit SUV elektrik (EV) Volkswagen ID.4 di Volkswagen Fest 2022 yang kini sedang berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Hanya satu varian akan tersedia untuk pasaran Malaysia, iaitu Pro Performance, namun harganya masih belum diumumkan.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut spesifikasi yang diberi, VW ID.4 boleh dipandu sejauh 519 km mengikut kitaran WLTP dengan bateri berkapasiti 77 kWj; dan dipadatkan dengan motor elektrik 150 kW di bahagian belakang kereta, menjana kuasa 204 PS dan 310 Nm tork.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 01

VW ID.4 dikatakan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 02

EV ini menyokong pengecasan AC 7.2 kW (12 jam 40 minit, 0%-100%), AC 11 kW (7 jam 30 minit 0%-100%), dan juga pengecasan pantas DC 125 kW (38 minit 5%-80%).

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 03

Setelah melihat sendiri VW ID.4 di depan mata, SUV EV ini bersaiz lebih kurang seperti VW Tiguan namun reka bentuknya lebih membulat dan moden.

Ia dilengkapi dengan rim aloi 19 inci dengan saiz tayar 255/50 R19 di belakang dan 235/55 R19 di belakang.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 04

Ia turut didatangkan dengan Dynamic Chassis Control (DCC), Dynamic Light Assist, lampu brek kombinasi LED 3D, ‘dynamic turn signal’, pemegang pintu elektronik, dan lampu hadapan LED Matrix.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 05

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 06

Di dalam kabinnya pula, ia didatangkan dengan infotainment berskrin sentuh 5.3 inci berserta Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar, pengecas peranti nirwayar, tempat duduk hadapan ergoActive dengan pelaras elektrik berserta pelaras lumbar dan pengurut, stereng progresif, pedal 'stainless steel dengan logo 'play' dan 'pause', pengawal iklim 3 zon berserta salur hawa di belakang, sistem kamera 360 darjah, dan pencahayaan ambien 30 warna.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 07

Kelengkapan keselamatan ADAS VW ID.4 pula terdiri daripada Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi ‘stop and go’, Auto Emergency Braking (AEB) Front Assist dengan pemantau pejalan kaki dan penunggang sikal. EV ini turut dilengkapi Side Assist dengan sistem pertukaran lorong, Park Assist, serta Travel Assist, Lane Assist, dan Emergency Assist.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 08

VW ID.4 merupakan EV pertama diperkenalkan pengeluar kereta Jerman itu di Malaysia dan pelancarannya dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, berkata mereka akan mencuba sebaik boleh untuk melancarkan ID.4 di Malaysia secepat yang mungkin.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 09

Memandangkan ini hanyalah unit prebiu, kedua-dua VW ID.4 yang ditayangkan di acara ini bukanlah mengikut spesifikasi tempatan yang bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia kelak. Nantikan kemaskini kami dari masa ke semasa sementara kita menunggu pelancaran EV VW ini kelak.

Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm 10

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen ID.4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia