window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya!

Faisal Β· Oct 18, 2022 08:00 PM

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 01

Seperti yang anda tahu, Perodua Alza 2022 dan Toyota Veloz 2022 adakah kereta 7 tempat duduk dengan asas dan komponen yang serupa. Malah, mereka turut dibina di kilang Perodua yang terletak di Rawang.

Tetapi dengan harga RM 95k, Veloz sebenarnya RM 20k lebih mahal daripada Alza. Jadi, adakah ia sekadar lambang yang berbeza atau ada lagi?

Mari sama-sama kita rungkaikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Veloz dan Alza pakai bampar depan dan belakang yang berbeza

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 01

Atas: Toyota Veloz, Bawah: Perodua Alza.

Pertama sekali dari segi rupa paras dan antara perbezaan yang dapat dilihat pada dua saudara kembar ini adalah pada reka bentuk bampar depan dan belakang. Yang paling ketara adalah pada bahagian gril dan lampu kabus di hadapan.

Veloz pakai rim yang lebih besar

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 02

Satu lagi aspek yang membezakan Veloz dengan Alza adalah penggunaan rim bersaiz 17 inci berbanding 16 inci pada Alza. Secara tidak langsung, ini membuatkan Veloz nampak lebih premium dan sporty.

Veloz ada DRL LED

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 03

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 04

Selain lampu depan jenis LED, Veloz juga ada lampu siang DRL LED.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 05

Kit GearUp di belah kini. Perasan tak ada DRL?

Alza pula ada lampu kabus LED. Kalau nak juga DRL, pembeli perlu tambah kit GearUp yang berharga RM 2,500 tetapi itu pun hanyalah lampu nyalaan LED, bukannya betul-betul DRL yang diintegrasikan seperti Myvi.

Veloz ada pilihan warna badan dwi-tona

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 06

Silver Metallic

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 07

Walaupun kedua-dua MPV ini hadir dengan pilihan 5 warna badan, Veloz tampil lebih istimewa dengan warna badan dwi-tona kalau anda pilih warna perak atau biru. Untuk makluman anda, pilihan yang menggunakan warna hitam pada bahagian bumbung ini berharga RM 1,300.

Veloz lebih tinggi daripada Alza

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 08

Kelegaan tanah yang dimiliki oleh Veloz sebenarnya 30 mm lebih (190 mm) daripada Alza (160 mm).

Perkara ini membuatkan Veloz nampak lebih SUV, manakala Alza pula lebih kepada MPV tradisional seperti Proton Exora.

Veloz ada rel bumbung

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 09

Bercakap mengenai SUV, Veloz juga datang dengan rel bumbung yang mana pemilik boleh memasang kargo untuk ruang menyimpan yang lebih banyak.

Veloz ada nyalaan lampu bar yang penuh di belakang

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 10

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 11

Veloz juga dilengkapkan istimewa dengan elemen nyalaan bar yang menjadi trend sekarang ini dan ia melintang di antara kedua-dua lampu belakang. Alza pun ada cumanya ia pendek dan tidak melintang atau bersambung di antara kiri dan kanan.

Veloz ada kabin yang lebih premium

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 12

Tema warna yang Veloz terapkan pada bahagian kabin membuatkan ia lebih premium.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 13

Alza 2022 varian AV.

Antara elemen yang dapat dilihat adalah pada bahagian trim papan pemuka yang menggunakan warna krim dan perak serta elemen yang ala gentian karbon. Sebagai perbandingan, Alza varian 1.5 AV menggunakan tema warna merah gelap.

Di samping itu, bahagian kawalan penyaman udara dan corongnya juga lain di antara mereka.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 14

Satu lagi, Veloz ada batang pemegang tambahan pada bahagian pintu depan, manakala Alza hanya dengan jenis yang diintegrasikan terus pada panel pintu.

Veloz ada lampu pencahayaan ambient lighting berwarna biru

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 15

Menariknya, Veloz ada lampu ambient lighting biru yang menyinari bahagian panel pintu dan konsol tengah.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 16

Untuk Alza, pembeli yang mahukan pencahayaan tambahan yang mana ia sekadar lampu lantai perlu menambah kit GearUp yang berharga RM 250.

Veloz adalah Toyota pertama di Malaysia yang menawarkan Android Auto/Apple CarPlay jenis nirwayar

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 17

Infotainment 9 inci yang ada pada Veloz.

Secara amnya, Veloz dan Alza menggunakan infotainment 9 inci tetapi Veloz dilengkapkan istimewa dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto jenis nirwayar.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 18

Kalau Alza, pemilik masih perlu menyambungkan telefon dengan kabel dan untuk pengetahuan anda, hanya varian 1.5 AV sahaja yang ada ciri ini.

Veloz ada pengecas nirwayar Qi

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 19

Salu lagi ciri yang Veloz ada berbanding Alza adalah pengecas tanpa wayar Qi. Ia terletak di belakang butang EPB iaitu di bawah perehat tangan konsol tengah. Alza pula masih menggunakan kaedar konvensional iaitu kabel pengecas.

Veloz ada penyaman udara automatik

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 20

Veloz juga hadir dengan kawalan penyaman udara yang berbeza dan ia ada ciri Auto.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 21

Alza pula tiada ciri ini tetapi apa yang uniknya adalah si Perodua ada 2 fungsi memori yang boleh ditetapkan oleh pengguna. Alza juga ada hembusan bahagian kaki dan cermin depan tetapi untuk Veloz, ia belum dapat disahkan.

Veloz ada pelaras roda stereng jenis teleskopik

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 22

Veloz di Indonesia.

Antara ciri yang lebihnya Veloz berbanding Alza adalah pelaras stereng jenis teleskopik. Kiranya, dalam segmen ini, Veloz dan Xpander sahaja yang ada ciri pelaras seperti ini. Alza dan BR-V pula masih tiada.

Konklusi

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 23

Dengan badan lebih tinggi, roda lebih besar dan ada rel bumbung, Veloz menampilkan imej yang lebih menyerlah. Begitu juga pada bahagian dalam yang mana trim yang didatangkan nampak lebih mewah dan dengan adanya penyambungan dan pengecas jenis nirwayar, Veloz dilihat sebagai MPV yang betul-betul lebih atas daripada Alza.

Perodua Alza vs Toyota Veloz - tambah RM 20k untuk lambang 'T', ini 13 benda yang membezakannya! 24

Walaupun jualannya tidak akan selaku Alza, Veloz sebenarnya akan tertumpu pada pelanggan setia Toyota yang mungkin hendak menggantikan Avanza ataupun Innova lama mereka. Malah, mereka yang sudah ada kereta yang lebih mahal pun tiada masalah untuk menambah Veloz sebagai kereta yang akan kerap digunakan kerana ia sarat dengan pelbagai ciri moden dan tetap serba boleh.

Juga bacaApakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza?

@wapcar_zamil Amacam, mana satu lagi baloi? #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #toyotaveloz #peroduaalza #alza2022 #veloz2022 ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda