window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Renault bakal "rebadge" model CMA seperti Geely Boyue L (Proton X70), menyusul tahun 2024!

Haris · Oct 19, 2022 03:00 PM

Renault bakal

Walaupun masih dalam muafakat perikatan bersama Nissan dan Mitsubishi, Renault juga nampaknya bakal melakukan pakatan bersama Geely. 

Hal ini kedengaran rumit kerana Geely kini memiliki 34.02 peratus saham Renault Korea Motors, sebelum ini dikenali sebagai Renault Samsung Motors. Syarikat ini adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan generasi kedua Cefiro A32 dan Sentra N16 untuk Nissan, untuk dijual di pasaran Asia.

Renault bakal

Renault Captur dengan lencana Samsung

Sejak kebelakangan ini, model Renault berlencana Samsung tidak mendapat sambutan yang baik di Korea kerana model yang dibangunkan jenama Perancis ini tidak mempunyai kelebihan daya saing yang ditawarkan oleh model Hyundai dan Kia yang setara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun mempunyai hubungan dengan Renault, Samsung masih dilihat oleh pembeli Korea sebagai jenama domestik, sama seperti model kita melihat model Perodua keluaran Toyota / Daihatsu.

Perkongsian Renault-Samsung kini dalam fasa peralihan untuk menjadi jenama Renault sepenuhnya, kerana Samsung (khususnya Samsung Card, yang memiliki 19.9 peratus daripada usaha sama itu) telah bersetuju untuk menggugurkan namanya daripada model Renault yang dijual di Korea dan sedang menjual semua kepentingannya dalam Renault Korea Motors.

Renault bakal

Geely Xingyue L

Bagi menangani kedudukannya yang lemah di Korea, Renault Korea Motors ingin memanfaatkan pengalaman Geely yang lebih besar dalam hibrid, untuk membangunkan model baharu yang akan dibina di kilang Busan, Korea Selatan, untuk dijual di Korea serta pasaran eksport, mulai 2024.

Model Geely berlencana Renault baharu untuk Korea ini akan dibangunkan berdasarkan platform Geely CMA, yang telah pun menyokong Volvo XC40, 2023 Geely Boyue L, serta model SUV-Coupe seperti Volvo C40 dan Geely Xingyue.

BAaca: Produksi Geely Boyue L di China sudah bermula, bakal pewaris Proton X70 ini akan masuk pasaran

Renault bakal

Prebiu Geely berlencana Renault pertama, yang akan dilancarkan pada 2024

Model pertama daripada perkongsian ini akan mempunyai gaya badan SUV-Coupe, tetapi Renault menyifatkan ia sebagai model segmen D, yang juga boleh dimuatkan oleh platform CMA (Geely Xingyue L sebagai contoh).

Renault Korea Motors juga berkata ia akan melabur lebih 900 juta euro di Korea Selatan dalam tempoh enam tahun akan datang, dengan perbelanjaan untuk perisian, ketersambungan dan elektrifikasi.

"Kilang Renault Korea Motors di Busan akan menjadi hab eksport utama untuk kenderaan bersaiz sederhana hingga besar kami," kata Luca de Meo, Ketua Pegawai Eksekutif Renault Group pada sidang akhbar di Seoul minggu lepas.

“Untuk itu, Renault Group sanggup melabur ratusan juta Euro di Korea untuk 6 tahun akan datang.”

Renault bakal

"Korea adalah platform yang sangat baik untuk mengeksport produk kami," tambah de Meo. "Korea telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan begitu banyak negara, dan ia mempunyai peranan sebagai jambatan pengilang kenderaan dan mengeksportnya."

Sementara itu di seberang tanah Sonata Musim Salju, Renault mahu memasuki semula China dengan bantuan Geely, 2 tahun selepas perpisahan buruk dengan rakan pintu belakang pakatan Dongfeng Nissan dan Dongfeng Renault.

Baca: Geely cadang beli unit pembangunan enjin Renault - konvensional, hibrid dan PHEV sekaligus!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda