window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

Haris · Oct 19, 2022 06:00 PM

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 01

Mitsubishi XFC Concept SUV telah melakukan penampilan pertamanya di bandar Ho Chi Minh yang bermakna ia akan turut dipamerkan pada Vietnam Motor Show 2022 akan datang.

Disifatkan sebagai SUV kompak generasi akan datang dengan slogan "best-suited buddy for an exciting life", Mitsubishi XFC Concept pada asasnya merupakan pandang pertama SUV kompak terbaharu Mitsubishi yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Lancer Evo SUV? Mitsubishi rancang 2 model SUV baharu untuk pasaran Malaysia - pesaing HR-V dan Ativa!

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 01

Dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023, Mitsubishi bergantung pada versi pengeluaran XFC Concept untuk menjadi satu lagi model popular di Asia Tenggara selepas kejayaan Xpander. Ia akan melengkapi barisan produk semasa jenama Tiga Berlian ini yang dijual di rantau ASEAN termasuk Triton, Pajero Sport dan Outlander.

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 02

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 03

Reka bentuk XFC Concept sememangnya mengekalkan rekaan signature Mitsubishi dengan gril hadapan Dynamic Shield diberikan rupa baharu dan lebih berotot manakala bahagian belakang mempamerkan lampu belakang berbentuk T yang sinonim dengan jenama itu. Agaknya berapa banyak perincian ini yang akan dibawa ke model pengeluaran terakhir?

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 04

Secara teknikalnya, XFC masih lagi sekadar model konsep sahaja namun bahagian kabin dalaman XFC Concept kelihatan sudah sedia untuk pengeluaran dengan panel instrumen mendatar yang digabungkan dengan infotainment tengah ala Mercedes-Benz. Malangnya, tempat duduk dengan upholsteri kuning dan kelabu dua tona yang gembira ini berkemungkinan kekal sebagai konsep.

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 05

Mitsubishi mengeluarkan kenyataan bahawa XFC Concept direka untuk memudahkan operasi pemanduan dengan memberikan darjah penglihatan hadapan yang baik dan menjanjikan kabin yang luas, terutamanya bagi mereka yang berada di belakang. Melihat kepada praktikaliti Xpander, Mitsubishi XFC mungkin akan mengotakan janji itu untuk menyaingi tahap praktikaliti Honda HR-V yang bakal menjadi saingan terdekatnya.

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 06

Walaupun tidak disebutkan mengenai sebarang spesifikasi untuk XFC Concept, ia didatangkan dengan empat mod pemanduan - Normal, Wet, Gravel dan Mud yang memberi bayangan bahawa model pengeluaran boleh datang dengan pacuan empat roda.

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 07

Namun, kita juga boleh menjangkakan XFC Concept versi pengeluaran kelak akan ditawarkan dengan rangkaian kuasa petrol dan juga hibrid. Mengenai nama yang sesuai untuk SUV ini, Mitsubishi sepatutnya menghidupkan semula salah satu nama yang menjadi kegemaran peminat mereka iaitu Lancer ASX.

Baca: 2023 Mitsubishi ASX generasi baharu didedah - rebadge Renault Captur, selepas bertahun tiada khabar!

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 08

Mitsubishi ASX sebelum ini adalah antara crossover kompak pertama yang memasuki pasaran serta menjadi penanda aras kepada jenama lain. Walaupun Mitsubishi mempunyai kelebihan sebagai peneraju utama segmen tersebut, ia akhirnya kalah kepada model lain seperti Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, dan tidak kurang juga, Subaru XV.

Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN? 09

Dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, jenama Tiga Berlian itu digalas dengan tanggungjawab untuk memfokuskan pasaran ASEAN justeru adakah pengganti ASX ini mampu bersaing dengan jenama arus perdana lain dalam persaingan atau sebaliknya?

Baca: Jualan meningkat 66%, Mitsubishi kini selesa dalam Top 3 Jenama Kereta bukan Nasional di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda